translate

Thursday, 29 December 2011

Satay Ayam dan Kuah Kacang


Satay Ayam

Seekor ayam dipotong empat dan dibuang tulangnya dan dipotong kecil-kecil
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 inci lengkuas
1 sudu besar jintan manis- jangan yang serbuk
1 sudu besar jintan putih - jangan yang serbuk
3 sudu besar ketumbar- jangan yang serbuk
1 inci kunyit
2 batang serai
Gula dan Garam - Gula agak banyak kalau 2 kilo ayam hampir 1/4 kilo gula

caranya
Bawang merah, putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit diblender dengan sedikit air.
Jintan manis, putih dan ketumbar digoreng tanpa minyak sehingga berbau wangi dan diblender kering
Campurkan semua bahan tersebut dan masukkan gula dan sedikit garam dan peraplah bersama ayam yang telah dipotong kecil dan dibersihkan tadi selama 1 jam.
Siap untuk dicucuk.dan dibakar.(kalau akak hanya masak atas pan rata dan telah disapu munyak dan bercampur sedikit air perapan satay tadi

Kuah Kacang
1 1/2 cawan kacang tanah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Seinci lengkuas
3 sudu besar cili giling
3 batang serai
3 sudu besar air asam jawa
2 keping gula melaka
sedikit belacan
Gula dan garam
1 cawan Santan( kalau kuah nampak pekat boleh tambah air)

Kacang tanah digoreng di dalam minyak sehingga kelihatan masak dan ditoskan dan diblender dengan lapisan kulit nipisnya bersama air.
Bawang-bawang, halia dan lengkuas diblender dengan sedikit air dan ditumis besama serai yang telah diketuk dan cili giling dan belacan sehingga naik bau. Masukkan kacang yanng telah diblender tadi. Kemudian masukkan santan , air asam jawa, gula melaka  dan garam rasalah  untuk kesesuaian lidah masing-masing.  Biar mendidih agak lama atau sehingga pekat dan naik minyak.

4 comments:

  1. kak yah..kenapa jangan yang serbuk..??
    kalau pakai serbuk tak sedap ker..??

    ReplyDelete
  2. kalu pakai serbuk aromanya kurang menyerlah dan yang biji2 ni bila kita goreng mereka bertiga ni wanginya dan bila kita blender dia dan masukkan dalam bahan2 blender lain warnanya jadi lebih cantik dan wanginya....gimik la tuuu

    ReplyDelete
  3. Kak yah. Bagaimana nak buat satay toto..dan kuahnya sekali.

    ReplyDelete