translate

Saturday, 29 October 2011

mashmellow



resepinya
B - 120ml air sejuk
      50gm geletin halal gel

campurkan keduanya dan biarkan seketika.

A - 120ml air biasa/paip
      300gm gula pasir
      220gm golden sirap
      sedikit garam (1/2 sudu teh)
      1 sudu teh vanilla
 masak bahan2 A di atas sehingga betul-betul  mendidih.Angkat periuk dan kemudian dimasukkan ke dalam bekas bahan B tadi.  Putar dengan kelajuan tinggi selama 10 - 15 minit (sehingga betul-betul pekat....orang kelantan kata pekat gelemat).  Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu minyak dan di siompan semalaman (nak letak dalam peti sejuk pun boleh)

Cara memotongnya....Sebelum memotong mashmellow sapukan permukaan atas dan bawah mashmellow dengan campuran tepung jagung dan gula ising (kalau nak kurangkan manis 4 tepung jagung 1 gula iasing)  Potonglah dengan pisau pizza atau menggunakan gunting dan biarkan bergaul dengan campuran tepung tadi...selamat makan....

golden sirup..kak beli siap tapi bagi yang nak mencuba membuatnya

200gm gula
50gm air
1kg gula
600gm air mendidih
2 keping lemon

Masak 200gm dengan 50gm air sehingga kuning
selepas itu masukkan air mendidih dan  1kg gula  serta lemon
Masak sehingga 45 minit dan agak pekat.