translate

Friday 13 January 2012

Gulai Nangka Putik Bersama Udang


Bahan-bahannya
Sekeping nangka putik(muda)
10 ekor udang sederhana besar
5 biji bawang merah
Seulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit kunyit (guna serbuk kunyit pun boleh)
1 sudu besar cili giling(nak pedas campur dengan cili api)
Sekeping asam gelugur
Sebiji cili hijau
2 cawan santan

Cara-caranya
Nangka direbus sehingga empuk. Bila sejuk remas-ramaskan sedikit untuk mengeluarkan airnya.
Bawang merah, putih, halia dan kunyit ditumbuk atau diblender.
Tumis dengan minyak yang sedikit bahan blender bersama cili giling sehingga naik bau.  Masukkan santan. dan asam keping. Biarkan seketika(kena kacau ni) Bila sedikit mendidih masukkan nangka tadi bersama lada hijau dan udang. Masukkan juga gula dan garam .Didihkan sehingga masak.

5 comments:

  1. as-salam
    npk menarik resepi ni...disini saya nak tanya nangka putik ni nangka muda ke..?

    ReplyDelete
  2. yala nangka putik tu nangka mudala....

    ReplyDelete
  3. Saya suka ikut blog Dapur Kak Yah ni. Resepinya banyak kepada resepi harian yang selalu kita masak. Sekurang-kurangnya memberi idea kepada sesiapa sahaja yang ketandusan idea dan memikirkan apakah menu yang patut dihidangkan pada hari ini? Dah follow Kak Yah... dan blog Kak Yah in my list.

    ReplyDelete
  4. Terimaa kasih banyak-banyak...tapi janganlah menharap yang terbaik dari kak yah ni sebab bila ada masa aja boleh aktif bila sibuk dengan kerja kat sekolah nanti mungkin kena kurangla sedikit...

    ReplyDelete
  5. kalau x tumis bhn blender tu xleh ker kak yah?

    ReplyDelete