translate

Sunday, 1 January 2012

Laksa Penang




Laksa penang(Kuah)

6 ekor ikan Selayang yang agak besar(direbus dengan sedikit air bersama 7 - 10 keping asam keping dan garam..agak masin pun tak apa)
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 inci halia
2 batang serai
4 sudu besar cili giling
5 biji cvili api
Segenggam daun kesum
Sekuntum bunga kantan
10 keping asam keping(gelugur)
3 sudu besar pes otak udang
Belacan bakar

Ikan yang telah direbus disejukkan terlebih dahulu.  Kemudian dibuang tulangnya(fangan dibuang..kita nak blender asing tulangnya) dan isi ikan itu diblender dengan air.  Seperti yang telah diberitahu tulang ikan juga turut diblender dan ditapis dan diambil airnya.
Bawang merah, putih, halia, cili padi  dan lengkuas diblender bersama dengan sedikit air dan kemudian dimasukkan ke dalam periuk.  Campurkan bersama ikan yang diblender, air tulang yang ditapis,cili giling  belacan, pes otak udang, asam keping(asam dalam rebusan ikan pun jangan dibuang masukkan sekali ke dalam ini biar lebih banyak), serai yang telah diketuk, daun kesum, bunga kantan yang telah dipotong dan air(nampak ia cair pekat secukupnya dan air rebusan ikan pun boleh dimasukkan juga. Masukkan juga gula dan garam.  Masaklah sehingga mendidih dan nampak airnya menjadi agak jernih atau kita nampak lapisan atasnya naik minyak dengan lada giling tadi(berminyak)

Sambal Kicap
Secawan kicap manis
4 sudu besar gula
3 ulas bawang merah
Seulas bawang putih
3 sudu besar bawang goreng
2 bili limau nipis
7 biji cili api

Semua bahan diblender kecuali limau nipis. Perah limau nipis dalam bahan-bahan yang diblender tadi. Kalau nak sedap lagi masukkan pes otak udang dalam sambal kicap ini.

Ulam-ulaman

Bawang besar (dipotong bulat dan diramas-ramas)
Daun salad(dipotong kecil)
Timun(dipotong)
Cili merah(dipotong)
Taugeh
Telur rebus
nenas

4 comments:

  1. peberet kita ni kak yah.. kalau makan, 4 pinggan pun boleh habis..hehe

    ReplyDelete
  2. Ada lagi ni datanglah rumah...hehehehe

    ReplyDelete
  3. Saya orang Penang. Laksa Kak Yah nampak sedap. Ada ngan sambal kicap lagi. Tu cuba resepi laksa orang Penang sejati pulak. Layan resepi ini di http://sajiandapurbonda.blogspot.com/2011/10/laksa-penang.html

    ReplyDelete
  4. Terima kasih..haa boleh cuba ni...lagi banyak resepi lagi bagus

    ReplyDelete