translate

Sunday 5 February 2012

Nasi Goreng Pattaya








4 mangkuk nasi dingin
5 ulas bawang putih
3 biji cili api
2 sudu besar sayur campur
3 sudu besar sos tiram
Daun sup
lada sulah
2 sudu besar bawang goreng
5 biji telur(bersihkan dahulu kulitnya dengan air)
Beberapa ekor udang yang telah dibuang kulitnya
Beberapa ekor sotong dipotong bulat-bulat
Gula dan garam
Lada hitam

Ketuk bawang putih dan cili api dipotong kecil
Panaskan minyak dan tumislah bahan di atas tadi.
Apabila bawang sudah kekuningan, angkat/ketepikan sedikit bahan goreng tadi dan masukkan sebiji telur dan kacau.
Apabila telur agak masak, gaulkan kesemua bahan dan kuali tadi, biar bercampur dan kemudian masukkan udang dan sotong serta lada sulah.  Kacau seketika.
Masukkan sos tiram, gula dan garam.
Masukkan nasi dan gaul biar sebati.
Masukkan bawang goreng dan daun sup.
Rasalah kesedapan ikut cita rasa masing-masing dan tambah apa yang perlu(kalau dah masuk nasi gula tidak lagi boleh dimasukkan cuma masukkan ajinomoto atau lada sulah)
Angkat dan ketepikan.

4 biji telur dipukul dengan garfu dan ditambah dengan sedikit garam, bawang goreng(sedikit sahaja) dan air limau nipis serta lada hitam(yang sudah ditumbuk)
Masukkan dalam kuali dalam kuantiti 1/5 daripada telur tersebut.  Golek-golekkan kuali biar nipis serata dan masuklah nasi goreng dan letak ditengah-tengahnya..  Bila nampak masak lipatlah lebihan telur tersebut (biar kemas dan rapi)
ambil pinggan dan terbalikkan kuali ke dalam pinggan kita.(yang bawah telur dah jadi kat atas dalam pinggan kita)

2 comments:

  1. Kak Yah, bab menggoreng nasi tu ok. Tapi bab nak menyalut nasi dengan telur tu... sukar sikit. Baru-baru nak belajar....

    ReplyDelete
  2. kak tak salut pun tapi bungkus sebab cara ni lebih mudah...

    ReplyDelete