translate

Wednesday 22 February 2012

Pizza Daging




250 gm tepung roti
140ml air suam

1 1/2 sk mauripan

1 sk gula
1/2sk garam
1sb marjerin
oregano
topping(apa-apa pun yang bersesuaian)
1.Masukkan semua bahan dankalu guna BM tekan butang menu Dough dan tunggu siap dan boleh ke 4
2.Kalu uli tangan masukkan semua bahan dan uli  hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit.Keluarkan dan uli seketika.
3Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 40 minit.  Apa bila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin,
4.Jadikan adunan kepada dua bahagian yang lebih kecil. Canailah adunan tersebut dan diletakan dalam dulang pizza atau bekas yang sesuai yang telah disapu dengan sedikit marjerin.  Biarkan seketika selama 40 minit.
5. Sebelum disapu topping cucuk-cucuk dahulu permukaan pizza dengan garfu bagi mengelak pizza ketika bakar mengelembung.
6. Bakar pizza yang telah siap topping selama 20 - 25 minit dengan suhu 180C.

Bahan untuk topping
Daging dikisar (tak kisah banyak mana pun)
2 ulas bawang putih
Setengah labu bawang besar
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh oregano
Sedikit garam
Tumis sedikit minyak dan masukkanlah bawang putih(dihiris nipis) biarkan sedikit garing kemudian masukkan daging diikuti sos cili, origano,bawang besar yang telah dipotong dadu dan seterusnya garam. Pastikan tidak berair.

Lain-lain bahan
6 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu teh oregano
Selabu bawang besar(dipotong dadu)
Potongan nanas dalam tin (dibelah kecil)
Lada benggala(dipotong dadu - besar)
Cendawan butang(dibelah nipis)
3 batang sosej(direbus dan dipotong nipis-nipis)
120 gm mozarella
Cara nak topping
1.Sapu campuran soscili, tomato dan oregano pada permukaan pizza (nak topping sebelum bakar pizza atau nak bakar dulu kulit pizza baru nak topping dan bakar sekali lagi - ikut suka hati)
2 kemudian tabur bahan tumis tadi(daging dan kawan-kawannya)
3. Tabur sosej , diikuti bawang, nanas, cendawan dan akhir sekali mozarella parut.

4 comments:

  1. Assalamualaikum..., Kak yah... terliur lah pulak tengok piza ni..,nant nak try buat jugaklah.,saya tak pernah buat lagi piza...tapi nak kena beli oven baru dulu la.., oven dah rosak..he..he..

    ReplyDelete
  2. As'salam Rogayah

    Nampak sedap jer pizza ni, kalau anak2 memang menjadi kesukaan dialah makan pizza ni. kalau keluar makan diluar menu yang sering keluar dari mulut anak2 ni makan pizza jer..hehehe

    nanti bolehlah cuba resipi ni ya :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih..memang kalau kita buat sendiri dapatlah makan sepuas hati kerana kalau kak sekali buat mesti dua adunan dapatlah 4 biji..sukanya anak-anak dan mereka tak pernah puas memakannya,

    ReplyDelete
  4. Sedap ni, mesti kena cuba...

    ReplyDelete