translate

Thursday 16 February 2012

Tart Telur






Bahan Pastri
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula kastor
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila
caranya
Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga kembang.
Masukkan tepung gandum dan adun supaya menjadi doh yang sebati.  Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart dan lebihan adunan yang terkeluar melebihi bekas acuan tart dibuang dengan diratakan  menggunakan belakang pisau.  Bakar selama 20 minit dengan meletakan kulit tart ditempat paling bawah sekali dalam oven.
(tips untuk menanggalkan kulit tart..guna lidi pencungkil gigi jenis yang tajam dan keras  untuk mengeluarkan kulit tart dari acuannya)

Inti Telur
6 biji telur
480ml air
160 gula pasir
80ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
caranya
Campurkan semua bahan di atas (telur sebelum dicampurkan pukul ia dahulu dengan garfu).  Masak di atas api yang kecil dan apabila pekat bolehlah diangkat dan dbiarkan sejuk.

Masukkan inti telur ke dalam kulit tart dan bakar ia selama 20 minit dengan suhu 180C(mengikut jenis oven) dan inti telur ketika dikeluarkan dari oven kelihatan masih cair tetapi akan beku apabila mulai sejuk.

12 comments:

  1. cantik nampak filling telur tu kak...

    ReplyDelete
  2. Tart Telur ni memangla menarik dan cantik dan berbanding cheese tart ianya lebih murah...

    ReplyDelete
  3. cantek dan sedap nampak kak yah.. :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih dan cubala buat lagi cantik .....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak Yah,

    sedapnya egg tart tu kak...tekak kita dh berminggu2 nk mkn dan buat egg tart tapi tk gerak2 jugak....mesti nk buat jugak nie...huhuhu.

    ReplyDelete
  6. klu tak nak boh telur..ada tak cara lain

    ReplyDelete
  7. boleh guna inti cheese atau yang tak guna telur langsung kita buat inti kasted..kacau kasted dengan susu cair, gula dan sikit garam sampai pekat dan bubuhla dalam kulit tart yang dah bakar..boleh makan segera(tak perlu bakar lagi)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah....
    Jadi juga tart yg dibuat sendiri....
    ** Tart Telur 1/2 Abad **
    Walaupun tak sekemas Sifu ..
    rasanya tetap sodapppp dah tua baru blajo..
    Terima kasih

    ReplyDelete
  9. cantiknya... terIngin nak cuba buat..
    terima kasih yee ^__^

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah saya dah mencuba tart telur ni. memang berpuas hati. sedap sangat..

    ReplyDelete
  11. Bakar sekali dgn tart tu ke kak.. Inti tu harus dmasak terlebih dahulu ke

    ReplyDelete