translate

Sunday 25 March 2012

Kerutuk Ayam Kampung

Seekor ayam kampung
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Setengah inci halia
2 inci lengkuas
4 sudu besar rempah kari kerutuk
Sebatang serai
1 sudu besar cili giling
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga hindi
1 sudu teh lada hitam (biji)
Beberapa  kuntum  bunga cengkih
Sehelai daun pandan
Sekeping gula melaka(boleh dikurangkan)
1 sudu besar asam jawa(ini yang ada biji-bijinya kalau beli yang adabi punya kena kuranglah sedikit dan boleh juga ditukar kepada 2 keping asam gelugur)
Selabu bawang besar (dibelah dua)
2 biji kentang
Sebiji lada hijau
4 cawan santan 
2 sudu besar kerisik
Minyak untuk menumis

Ayam kampung dipotong mengikut kesukaan dan dibersihkan..
Bawang merah, putih dan halia diblender,
Panaskan minyak dan tumislah bahan blender tadi.  Apabila naik bau, masukkan cili giling dan dikacau seketika.  Masukkan pula rempah kasar seperti kulit kayu manis, pelaga hindi, lada hitam, bunga cengkih dan bunga lawang.
Masukkan rempah kari kerutuk dan masukkan sedikit air.  Kacau seketika dan masukkan juga lengkuas dan serai yang telah diketuk dan dipecah-pecahkan  Apabila kita nampak bahan-bahan ini sudah pecah minyak masuklah ayam dan sedikit air.Kacau dan tutup tudung periuk.  Kacau dan pastikan  jangan sampai hangit.(kalau nak guna periuk tekanan(kak guna) lagi bagus tapi pastikan air dimasukkan mencukupi untuk mengelak hangit).  Apabila ayam kita  sudah empuk masukkan air asam jawa, gula melaka. garam dan santan.  Bila sudah sekali mendidih masukkan ubi kentang yang telah dibelah dua dan masukkan juga lada hijau sekali.  Masukkan juga kerisik kelapa tadi.  Biarkan kuah kita pekat dan naik minyaknya.Rasalah manis masinnya dan tambahlah gula kalau mahu.  Sebelum diangkat masukkan bawang besar yang telah dipotong dua dan apabila layu bolehlah diangkat kari kerutuk kita.

1 comment:

  1. sungguh cantik blog ini dan resepi pun sungguh simple and nak cube la.. mesti pergghhhh

    ReplyDelete