translate

Thursday, 29 March 2012

Kuih Lompat Tikam


Bahagian Hijau

1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 helai daun pandan diblender dengan sedikit air dan masukkan sedikit pewarna hijau
3 cawan santan cair
Sedikit garam
1/2 sudu teh kapur makanan(jangan terlebih nanti rasa kapurnya dan jangan masukkan terus kapur tapi campur dengan sedikit air dan ambil air kapur tersebut..kalau tak guna semuanya pun okey)

Panaskan pengukus
Campur semua bahan di atas dan tapiskan
Kacau adunan diatas api sehingga pekat.
Sapu loyang dengan sedikit minyak.  Masukkan adunan tersebut ke dakam loyang tersebut dan kukuslah selama 20 minit.

Bahagian Putih

3 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
 Campurkan semua bahan dan dikacau di api yang kecil sehingga sedikit pekat.

Air gula merah
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
Masak kesemuanya di api api sehingga hancur dan mendidih.

Pulut
2 cawan beras pulut
Pewarna merah
Air sebanyak menutupi sedikit paras beras pulut.

Kukus atau tanak pulut sehingga masak.



4 comments:

  1. Assalam...terus terang ni, akak belum pernah lagi buat lompat tikam betul2 menjadi/memuaskan hati. Biasanya orang Kelantan pandai buat, kakyah org kelantan ke?

    ReplyDelete
  2. kak memang orang kelantan..tapi sapa-sapa pun boleh buat dan insya allah menjadi...

    ReplyDelete
  3. As'Kum Kak Rogayah... sha dah follow sini.. suka masuk dapur sini macam2 ada.. sha dah lama nak cari resipe lompat tikam ni selalunya makan di kedai hehhee... sedap lemak tu yang sha suka..:))

    ReplyDelete
  4. Cantik kombinasi warnanya; merah dan hijau. Terima kasih di atas resepi. Suka makan lompat tikam ni.

    ReplyDelete