translate

Monday, 4 June 2012

Kek Brownies Keju

Brownies
150gm mentega
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus
2 biji telur
1/2 cawan susu segar..nak guna susu cair pun okey
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh beking powder
1 sudu teh soda bicabonat
1 sudu teh esen vanila

Lapisan keju
250gm krim keju
3/4 cawan gula
1 biji telur

Memtega dicairkan dan dicampur dengan serbuk koko dan susu.
Putar telur dengan gula  dan kemudian masukan campuran koko dan esen vanila.
Dan akhirnya masukkan tepung yang telah diayak bersama beking dan soda bicarbonat.  Kacau biar sebati.
Sapu loyang dengan margerin dan alas dengan kertas kek (biar kertas terkeluar melebihi loyang)
Masukkan brownies ke dalam loyang dan simpan sedikit untuk lorekan.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C.

Pukul keju bersama gula hingga kembang dan kemudian masukkan telur.  Pukul lagi biar kembang.
Masukkan adunan brownies yang telah dikeluarkan dari ketuhar.
Lebihan koko tadi dmasukkan ke dalam plastik atau paping ising dan buatlah bulatan kecil dan seterusnya semakin membesar diatas adunan kek tadi.  Lorekkan dengan lidi pengcunkil gigi untuk membnetuk corak yang dikehendaki.
Bakar semula selama 15 - 20 minit.
Biarkan sejuk dan keluarkan kek dengan memegang kertas lebihan tadi.

3 comments:

  1. sedap kan kak..sy pun suka buat kek ni..

    ReplyDelete
  2. sedapnya kena plk mkn ngn aiskrim..adehhh melelehh...

    ReplyDelete
  3. akan saya cuba nanti.. terima kasih di atas resepi~

    ReplyDelete