translate

Saturday, 23 June 2012

Marbles Cheese Carrot Cake




4 biji telur..asingkan
200gm gula perang
1 cawan minyak jagung
50gm gula kastor
1 1/2 cawan carrot parut
1 sudu teh esen vanilla
50gm walnut cincang
50gm kismis

Bahan-bahan yang diayak bersama
250gm tepung kek 
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh beking powder
1/2 sudu teh garam

Kuning telur diputar bersama gula perang hingga kembang.
Dengan menggunakan senduk, masukkan minyak jagung, carrot dan esen vanilla.  Kacau biar rata.
Masukkan bahan yang diayak tadi.
Masukkan walnut cincang dan kismis dan gaul rata hingga sebati dan ketepikan.

Putih telur diputar hingga kembang dan beku.  Masukkan gula kastor dan putar lagi hingga beku dan berkilat..

Masukkan adunan putih telur kedalam adunan yang pertama tadi dan kacau hingga sebati
glis tin pembakar dan alas dengan kertas minyak yang dibiarkan terlebih  dari ketinggian loyang dan bakarlah kek kita selama 40 minit dengan suhu 180 C


Lapisan Creme Cheese


250 krim keju
1 cawan gula asing
1 biji telur
1 sudu besar serbuk koko


Pukul krim keju bersama gula hingga sebati. kemudian masukkan telur.  Pukul hingga kembang dan berkrim.  Ambil 1/3 cawan adunan tersebut dan campur dengan serbuk koko.dan masukkan dalam paping beg.
Masukkan lebihan krim keju ke dalam kek carrot dan paipkan krim keju berkoko tadi di atas krim keju  (corak tu suka hati dan dengan menggunakan lidi, lorek-lorekkanlah ia biar nampak bercorak).
Bakar semula selama 25 - 30 minit atau sehingga masak dengan suhu tadi.


P/S...Untuk membuat tepung kek..campurkan 3/4 cawan tepung gandum dengan 2 sudu besar tepung jagung dan diayak bersama.

5 comments:

  1. sedapnya selalu beli carrot cake kat SR je, ambik resepi ya nak try buat sendiri plak.

    ReplyDelete
  2. As salam tuan punya rumah. Karot kek ni memang kek kegemaran kita tau

    ReplyDelete
  3. terima kasih semua..kek kerot memang sedappp dan terbaikk

    ReplyDelete
  4. Salam kenal kak yah.Nampak sedap kek ni..xpernah buat lg kek camni.

    ReplyDelete