translate

Sunday, 17 June 2012

Red Velvet Cupcake


3 sudu besar susu  tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk

330 gm tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh beking powder
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna merah

1 sudu teh beking powder
1 sudu besar cuka

Panaskan oven dengan suhu 180C dan aturkan bekas cupcake ke dalam petitin.
Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, susu tepung dan , beking powder sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis dengan kelajuan yang sederhana.  Tambahkan juga pewarna merah dan campuran beking powder dengan cuka ke dalam adunan..  Kacau sehingga sebati.  Masukkan adunan ke dalam bekas cupcake sebanyak 2/3 dari ketinggian bekas cupcake dan bakar kek selama 25 minit. atau sehingga masak.,

2 comments:

  1. lamanya tak menikmati RV.. urmmm, sedapppp!!

    ReplyDelete
  2. As'kum Kak Yah.. wduhhh cantik dan simple aje.. :)

    ReplyDelete