translate

Sunday 24 June 2012

Roti Bantal

Adunan Roti
500gm tepung roti(high protein)
220ml air suam
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan simpan sedikit untuk digliskan pada roti) )
3 sudu besar shortening(lemak sayur)
2  sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla

3 sudu besar buahan campuran kering
2 sudu besar ceri merah cincang
2 sudu besar ceri hijau cincang
2 sudu besar kismis
2 sudu besar badam cincang
4 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)

Untuk Sapuan
Lebihan telur
Sedikit susu segar
Parutan ceddar


1. masuk semua bahan adunan roti tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).
2. Kalau guna BM tekan On untuk bread dough dan bila sudah siap boleh ke aturan 4.
3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit).  Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Keluarkan adunan dan uli semula.  Simpan adunan dalam bekas tertutup atau kain sedikit lembab selama 40 minit(kalau boleh letak tempat yang terkena cahaya matahari).  Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi dan diuli biar jadi bulat semula dan masukkan adunan ke dalam bekas roti paung yang telah dialas dengan kertas minyak.dan biarkan selama 40 - 60 minit.(bergantung pada suhu sekitar).  Apabila roti sudah mengembang sapu permukaan atas roti dengan sedikit lebihan telur yang telah bercampur dengan sedikit susu segar atau cair. dan taburkan parutan cedar di atasnya.
5. Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 180 - 200C dan bakar selama 25 - 30  minit dan bila masak keluarkan dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas tertutup atau masa panas-panas tu bolehlah dimakan.....

6 comments:

  1. Lena la tidur malam ni kalau dapat sebantal

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo kasiannya..datanglah rumah dapat makan sama2 roti bantal..

      Delete
  2. Canti kejadian roti kak Yah ni.

    ReplyDelete
  3. terima kasih..memang seronok bila kita makan air tangan kita sendiri..betul tak..

    ReplyDelete
  4. salam ziarah kak yah..ni kalau guna bantal nih mesti tido...kenyang sokmo...:))

    ReplyDelete
  5. Cik yah ade BM ke, beli mano kt kelantan ni? Hehe. Ni kak long anak kak yah jiran kat hujung tu:)

    ReplyDelete