translate

Thursday 2 August 2012

Krim Puff

300gm tepung gandum
250gm mentega
4 cawan air
4 biji telur
2 sudu teh vanila

Masak air bersama mentega sehingga hancur kemudian masukkan tepung .
Kacau sehingga tidak melekat di dinding periuk.
Angkat dan sejukkan.
Masukkan telur dan putar sehingga sebati adunan tersebut(sekejap aja)
Masukkan dalam paping beg dan dengan nozel untuk cream puff paipkan pada loyang yang telah disapu margerin dan dialas kertas kek.
Bakar selama 30 minit dengan suhu 200c atau bergantung pada oven masing-masing. (suhunya biar panas sedikit daripada bakar kek)
Apabila kekuningan bolehlah diangkat dan disejukkan atau kalau saya lebih mudah ketika panas kita masukkan krim kerana kulit cream puff tidak perlu dibelah dengan pisau...Masukkan krim kedalam nozel jenis muncung tajam dan cucukkan pada kulit krim puff.

Cream
400ml susu segar..kalau nak guna susu cair pun okey..tapi susu segar lebih sedapppp.
3 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula
2 biji telur
sedikit garam
1 sudu besar mentega.

Masak kesemuanya sehingga pekat dan sejukkan.
Masukkan dalam paping beg asing dan masukkan dalam belahan kulit puff tadi.

4 comments:

  1. Pic masakan akak tersangat la canteknya... akak guna camera dslr? brand apa kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cap cannon aja EOS500D..kemera lama..boleh masuk muzium..sekarang ni orang tak jual kat kedai...

      Delete
  2. Kak, kalo nak tambah buah mangga ayau durian kedalam cream, boleh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..bolehla sangat..kak pernah guna labu...krim labu yang terlebih masa buat kek lapis labu...

      Delete