translate

Sunday, 2 September 2012

Kek Keju Oren

Bahan-bahannya
Bahan A
5 biji putih telur
80gm gula halus
1/4 sudu teh krim of tartar

Campur semua bahan dan pukul sampai pekat dan beku.

Bahan B
250gm krim keju
100gm mentega
5 biji kuning telur
80gm gula halus
130gm tepung naik sendiri
Sebiji limau sunkish(parut kulitnya dan ambil juga airnya)
50ml susu segar

Putar krim keju, mentega dan gula hingga kembang.  Masukkan kuning telur satu persatu dan putar sampai habis. masukkan juga kulit limau dan jusnya.  Putar.   Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan dan diikuti dengan susu segar.  Putar(kelajuan rendah) sampai sebati.
Masukkan bahan A.  Kaut dan balik.
Sapukan loyang dengan margerin dan alas dengan kertas kek.  Masukkan adunan.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180C selama 1 jam.(15 minit pertama gunakan api bawah dahulu dan bakinya guna api atas dan bawah)


4 comments:

  1. Replies
    1. kak tak pernah pulak kukus..kalau nak cuba apa salahnya..

      Delete
  2. Nak tanya bakar cam biasa ke atau guna double boile...? Guna loyang berapa ye.....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf kerana kak baru baca..yg ni memang bakar cara biasa aje..kak guna loyang sais 9 inci

      Delete