translate

Wednesday, 5 September 2012

Puding Marble

Bahan-bahannya
Setengah tahil agar-agar kering
4 cawan air
12 sudu besar gula
1 cawan susu cair
Sebiji telur
3 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar serbuk koko

Caranya
Masak agar-agar dengan air hingga hancur.  Masukkan gula.  Bila mendidih bahagikan kepada dua bahagian.
Bancuh kastad dengan susu dan telur.  Tapiskan.
Masukkan ke dalam satu bahagian agar-agar tadi.  Masak hingga hampir pekat dan mendidih.  Angkat.
Bancuh serbuk koko dengan sedikit air panas dan campurkan pada bahagian agar-agar yang satu lagi.  Ambil 2 senduk daripada adunan agar-agar kastad dan campurkan ke dalam adunan agar-agar koko tadi.  Masak hingga mendidih semula.  Masukkan adunan tersebuk secara berselang seli setiap senduk sehingga habis.  Boleh disejukkan dan dipotong bila beku.

4 comments:

  1. Blog kak yah ni boleh dijadikan sumber inspirasi. Terima kasih tak terhingga diatas usaha gigih. Tq Senyum Sokmo

    ReplyDelete
  2. kak..klu pakai agar2 yg cap burung tu kira 1 paket ker..

    ReplyDelete
  3. setahil tu brapa gram?

    ReplyDelete