translate

Friday, 28 September 2012

Telur Bungkus

Bahan-bahannya
Beberapa ekor udang segar(dikupas kesemua kulitnya)
Seekor sotong(potong bulat/memanjang)
2 ulas bawang putih(mayang halus)
2 helai daun limau purut(potong kecil)
Setengah labu bawang besar(potong dadu)
Sebiji tomato(potong dadu)
Cili padi(potong kecil)
4 sudu besar sayur campur
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Sedikit kiub tomyam
Sedikit jus limau nipis
Lada sulah
Bahan perasa dan garam
Sedikit minyak untuk menumis

Untuk kulit
2 biji telur(dipukul dengan garfu)
Daun bawang(potong kecil)
Sedikit garam

Tumis bawang putih bersama daun limau purut hingga naik bau.  Masukkan udang dan sotong.  Masukkan lada sulah.  Kemudian masukkan bawang besar dan jus limau.  Masukkan sos tiram dan sos cili serta kiub tomyam(sedikit sahaja..nak bagi bau aja).  Masukkan cili padi dan buah tomato dan masukkan sayur campur.  Tambah bahan perasa dan sedikit garam

Goreng telur yang telah bercampur daun bawang dan sedikit garam menggunakan minyak yang sedikit sahaja dan lenggang-lenggangkan kuali untuk mendapat telur yang nipis.  Masukkan inti dan lipat telur tersebut.  Cara nak mengeluarkan telur dari kuali letakkan pinggan dekat dengan kuali dan terlengkupkan dalam pinggan tadi(bungkusan telur yang kat atas kuali jadi kat bawah pinggan)

3 comments:

  1. Hayırlı sabahlar, ellerinize sağlık. Çok iştah açıcı görünüyor. İyi hafta sonları.

    Saygılar..

    ReplyDelete
  2. Salam kenal kak yah,
    terbaik telur tu...
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    ReplyDelete