translate

Thursday 29 November 2012

Ayam Mandalay

Setengah ekor ayam yang telah dibersihkan (potong ikut kemahuan sendiri)
2 batang serai
Seinci halia
3 ulas bawang putih
sedikit kunyit
1 sudu teh cuka
Garam secukup rasa

Tumbuk hingga lumat semua bahan di atas dan diperap bersama ayam.  Biarkan seketika.
Goreng sehingga kekuningan.

Bahan Tumis
2 batang serai
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 tangkai daun kari
1 sudu besar serbuk kari daging
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap manis
Sedikit air asam jawa.
Hiasan
Tomato
Bawang besar
Lada merah

Serai, bawang, halia diblender dan ditumis hingga wangi, masukkan juga daun kari.
Bila nampak naik minyak, masukkan serbuk kari dan kacau seketika.
Selepas itu masukkan sos tiram dan kicap dan juga air asam jawa.
Masukkan juga sedikit air dan ayam yang telah digoreng tadi.
Masukkan gula (kalau dah ada rasa sedikit masin..tak perlu masukkan garam)
Bila hampir masak, masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat, tomato dibelah 2 dan lada merah yang telah dipotong nipis.
Anggat dan hidangkan.

3 comments:

  1. Salam...sedap nampak masakan nih.

    ReplyDelete
  2. Resepi yang menarik.. saya nak cuba boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakat-pakat buat pakat-pakat makan..dan sebarkan ilmu ini pada kawan-kawan yang lain..yang tiada acces guna internet..

      Delete