translate

Friday 9 November 2012

Char Kuey Tiau


Sebungkus kuetiau
4 ulas bawang putih(diketuk)
Sebiji telur
Udang segar(kupas kulit dan dibiarkan ekornya)
Secawan isi kerang
Secawan taugeh 
1 biji cili merah(dihiris nipis)
Sebiji tomato(dibelah 4)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar cili giling
Limau nipis
Tauhu(goreng dan dipotong kecil)
Daun sup
Gula dan garam

Kuetiau dibasuh.dan ditoskan
Tumis bawang putih sehingga berbau wangi kemudian perahkan sedikit limau nipis ke dalamnya..  Masukkan cili giling dan kacau seketika.
Pecahkan telur dan dikacau bersama sehingga berketul dan hampir masak.  Masukkan isi kerang dan udang..  Masukkan juga semua sos tersebut.  Tambah sedikit sahaja air jika kelihatan kurang berair.  Masukkan gula dan kalau perlu sedikit garam.
Masukkan kuetiau, sayur taugeh dan tomato, tauhu serta cili merah tadi. Masukkan juga gula dan sedikit garam,  Kacau sehingga masak.  Sebelum diangkat masukkan tauhu dan daun sup yang telah dipotong kecil.

4 comments:

  1. Sedapnya char kuey teow ni Kak Gayah...

    ReplyDelete
  2. oooo..kak Gayah msk guna buah tomato yea...mesti sedap nie...

    ReplyDelete
  3. as salam kak yah..saya dah jadi teman dapur maya kak yah,harap kak yah sudi jadi teman saya pula .

    ReplyDelete
  4. thanks kak yah kerana sudi menjadi rakan dapur saya.teruskan entri masakan kak yah yang mengoda tu.terliur saya.

    ReplyDelete