translate

Sunday, 25 November 2012

Nasi Ayam

Setengah ekor ayam(potong mengikut kesukaan)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
sedikit gula (kalau mahu manis sikit dan boleh tambah sedikit garam)
 caranya
1.Bawang merah, putih dan halia diblender dan dilumurkan ke dalam ayam yang telah dibersihkan.
2.Campurkan juga bersama sos tiram dan kicap dan sedikit gula. Biarkan 10 minit dan kemudian dimasak atas api yang perlahan. Apabila ayam sudah masak,  gorenglah ayam tersebut dengan minyak yang sedikit.(kuah air rebusan tadi jangan dibuang sebab akan dijadikan sos kicap)

Sos Kicap
Air rebusan perapan ayam tadi dimasak bersama sedikit tepung jagung sehingga mendidih.

Sos Lada
Cili merah
seulas bawang putih
Sesenduk air sup
Sedikit cuka
1 sudu besar sos cili
gula dan garam
Semua bahan diblender dan rasalah mengikut kesukaan

Sup Ayam
Bahagian ayam yang tidak digunakan untuk perapan ayam seperti sayap, kaki,tengkuk dan apa2 aja...
3 ulas bawang putih
sedikit halia
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga 
2 kuntum bunga lawang
Serbuk lada hitam
garam dan perasa
Semua bahan ini direbus dengan air yang secukupnya (lebihkan air sebab nak guna juga sedikit bagi memasak nasi..caranya kita masak semua bahan tadi bila sedikit mendidih kita ambillah bahagian untuk memasak nasi dan yang selebihnnya dibiarkan mendidih dengan agak lama)

Nasi Ayam
Beras dimasak bersama air rebusan ayam tadi, bersama daun pandan dan serbuk kunyit(masaklah seperti sukatan memasak biasa)

1 comment:

  1. tERBAEKKKKKKKKKK mohon izin untuk memcuba nya ,,,,

    ReplyDelete