translate

Tuesday, 31 January 2012

Sup Ayam

7 ketul ayam
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga hindi
1 sudu teh lada hitam
sebiji ubi kentang
Sebatang celery
Gula (ajinomoto) dan garam
Sedikit lada sulah
Limau nipis dan bawang goreng serta daun sup sebagai bahan semasa menghidang

Ayam dibersihkan dan dicuci dengan cuka untuk menghilangkan hanyirnya.
Bawang putih dan halia diketuk,
Masukkan ayam ke dalam periuk dan  diisi dengan air(jangan terlalu banyak)
Masukkan bahan ketuk tadi bersama dengan rempah kulit kayu manis, pelaga hindi, bunga lawang dan lada hitam.
Rebuslah sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang dan gula, garam serta lada sulah.
Masukkan juga selery yang telah dipotong.
Masaklah sehingga kuah naik minyak dan ubi kentang empuk.

Monday, 30 January 2012

Singgang Kepala Ikan Muduk




Singgang Kepala Ikan Muduk.



Bahan-bahannya

Kepala ikan mudiuk
2 inci lengkuas
Sedikit halia
3 /4 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
4 keping asam gelugur(keping)    kalau ikan kecil 3 keping dah cukup...
beberapa biji bendir (2)
beberapa biji cili hijau (2)
Beberapa biji cili api (3)

Cara-caranya

1. Kepala ikan yang telah dibersihkan dan dicuci dengan air asam jawa dimasukkan ke dalam periuk yang berisi air dan direbus bersama  lengkuas, halia dan bawang putih  yang telah dihiris nipis.
2. Masukkan juga asam keping, cili hijau , cili api, garam dan bahan perasa.  Masakkan biar mendidih.  Bila mendidih masukkan pula kacang bendir dan bawang besar yang telah di hiris nipis..  Biarkan mendidih lagi seketika.(Dikira masak apabila kita lihat kuahnya berminyak)

Paprik





Beberapa ekor udang dibuang kulit dan dibiarkan ekornya
Beberapa hirisan kecil daging ayam
Sedikit bunga kobis
2 batang kacang panjang
sedikit karet dipotong memanjang
2 ulas bawang putih
Setengah biji bawang besar
Sebatang serai
3 helai daun limau purut
3 biji cili apii
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kiub tomyam(ambil 1/4 dari kiub tersebut)
setengah biji limau nipis (diambil airnya)
Sedikit minyak
Sedikit air

Tumis bawang putih yang telah diketuk dan biar seketika.
Kemudian masukkan serai yang telah diketuk dan  daun limau purut dan cili api yang telah dibelah dua.
Biar naik bau.
Masukkan kiub tomyam dan sos tiram.
Masuklah ayam dan kemudian udang.
Masukkan air limau nipis.
Masukkan bawang besar yang telah dipotong memanjang.
Masuklah sayur-sayur yang telah siap dipotong.
Rasalah masim manisnya serta ada rasa masamnya.
Masukkan sedikit air untuk mendapat sikit kuah.


Saturday, 28 January 2012

Chicken Chop

Bahan-bahannya
10 ketul bahagian ayam dibuang tulang dan dibersihkan
2 ulas bawang putih
Lada sulah
Sedikit garam
Tepung jagung

Bahagian ayam yang telah dibuang tulangnya dibersihkan dan dimasukkan ke dalam plastik dan diketuk-ketuk(jangan bagi hancur)
Keluarkan dan peraplah dengan bawang putih yang telah ditumbuk hancur bersama sedikit garam dan lada sulah.
Apabila kesemuanya dilumur pada ayam tersebut taburkan tepung jagung dan biar rata.
Simpan seketika dalam peti ais tempat beku.
Goreng dengan minyak yang sedikit di atas kuali rata sehingga masak

Sos Black paper
5 sudu besar sos black paper
2 ulas bawang putih(diketuk dan dihiris kecil
Sedikit air
2 sudu teh Tepung jagung
Gula dan garam ikut rasa
Campurkan kesemua bahan dan dimasak atas api hingga mendidih.

Coleslaw
Kobis
carrot
1 ulas bawang putih
Mayonis
Perasa dan garam kalau mahu

Kobis dipotong nipis-nipis.
Carrot disagap halus
Bawang putih dihiris nipis-nipis
Campurkan semua bahan dengan mayonis.
Tambahkan perasa mengikut kesesuaian.


Friday, 27 January 2012

Ayam Percik





Bahan
Setengah ekor ayam (ayam kecil)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit serbut kunyit
1 sudu besar  air asam jawa
garam secukup rasa

Blrnder bawang merah, putih dan halia dengan sedikit air dan digaulkan kedalam ayam bersama garam,  air asam jawa dan serbuk kunyit. Masaklah dengan api yang perlahan(kecil) sehingga mendidih dan kita lihat ayam hampir masak.

Bahan Kuah
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 batang serai
1 sudu besar air asam jawa
1 1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung beras kalau tiada guna tepung jagung pun okey  (dibancuh dengan sedikit air) kalau kuah tak pekat boleh tambah lagi
Gula dan garam

Bawang merah, putih dan halia diblender dengan air yang sedikit.
jerang santan di atas api dan dimasukkan bahan blender tadi bersama air asam jawa, serai yang telah diketuk bancuhan air tepung beras dan gula dan garam.  Masaklah sehingga kuah pekat.  Angkat.

Masaklah ayam tadi diatas pan dengan minyak yang sedikit (macam buat burger tu)
Balik-balikkan ayam nampak sedikit hangit. Curahkan kuah tadi diatas ayam tersebut dan balik-balikkan ayam tersebut dalam pan kita itu.  Biar kuah sebati dengan ayam. Angkat dan curahkan lebihan kuah ke atas ayam kita.

Thursday, 26 January 2012

Lompat Tikam




Lapisan Bawah(hijau)
1 1/2 cawan tepung beras
1/2  cawan air
3 helai daun pandan
2 1/2 cawan santan cair
Sedikit garam
Pewarna hijau
1/2 sudu teh kapur makanan(jangan terlebih nanti rasa kapurnya dan jangan masukkan terus kapur tapi campur dengan sedikit air dan ambil air kapur tersebut..kalau tak guna semuanya pun okey)

Panaskan pengukur.
blender daun pandan dengan 1/2 cawan air.  Tapis.
Tepung beras diblender bersama santan dan ait daun pandan, sedikit garam dan pewarna hijau.
Kacau adunan diatas api sehingga pekat.
Sapu loyang dengan sedikit minyak.  Masukkan adunan tersebut ke dakam loyang tersebut dan kukuslah selama 20 minit.

Lapisan atas
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
 Campurkan semua bahan dan ditapis atau diblender kesemuanya.
Masak dengan api yang kecil sehingga sedikit pekat.

Masukkan ke dalam loyang tadi dan kukuslah semula selama 20 minit lagi.

Air gula melaka
3 keping gula melaka
Sedikit air
Masak gula melaka bersama air sehingga cair dan sedikit pekat.

2 cawan beras pulut
Pewarna merah
Air sebanyak menutupi sedikit paras beras pulut.

Kukus atau tanak pulut sehingga masak.





Lasagne

Beberapa keping lasagne(kak guna 15 keping.
Parutan ceddar/mazarella dan yang ini kak guna ceddar yang slice sebab dah ada dalam peti ais)

400gm daging cincang
400gm tomato
300ml air
3 sudu besar tomato puree
1 sudu teh oreganu
1 labu bawang besar
1 kiub stok daging
2 ulas bawang putih
Gula, garam dan serbuk lada hitam
3 sudu besar minyak masak

Sos Putih
60gm mentega
60gm tepung gandum
600ml susu segar (kalau nak guna susu cair pun okey)
Sedikit garam dan serbuk lada sulah

Tomato diblender bersama air.
Bawang besar dipotong dadu dan bawang putih dicincang.
Tumis bawang putih bersama bawang besar dan kemudian bila naik bau masukkan daging kisar tadi.
Bila berubah warna, masukkan tomato puree, oreganu, kiub  dan juga tomato hancur.
Tambahkan gula, garam dan lada hitam.
Masaklah biar sampai pekat.

Sos putih
Panaskan mentega dan kemudian masukkan tepung gandom.
Bila nampak sebati masukkan susu tadi dan kacau sampai mendidih.
Tambah gula, garam dan lada sulah.
Masak biar sampai pekat.

Cara membakar lasagne
Dalam bekas \, masukkan sedikit sos daging(biar rata dipermukaan.
Alas dengan lapisan lasagne.
Kemudian letakkan pula sos daging dan sos putih.
Alas pula dengan lasagne.
Ulang seperti di atas.
Yang terakhir alaskan lasagne dengan sos putih(yang ini sos putih menutupi seluruh permukaan dan taburkan dengan keju tadi.
Bakar selama 40 - 45 minit dengan suhu 190C


Tuesday, 24 January 2012

Nasi Kerabu (2)







Nasi Kerabu Kuning
3 cawan beras
3 cawan air(kalau beras siam lebihkan air 1 cawan lagi)
Sehelai daun Kunyit
Sehelai daun pandan
4 helai daun limau purut
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Bersihkan beras dan masukkan semua bahan tadi dan masaklah(tanaklah) nasi seperti biasa kita menanak nasi. biasa.

Tumis untuk nasi kerabu
Bahan-bahan..
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
sebatang serai
2 sudu besar cili boh
sedikit kunyit
2 keping asam keping
gula melaka(ikut rasa)
sedikit belacan
santan pekat (2 cawan)
minyak untuk menumis dan garam secukup rasa

Cara-cara nya
1.Bawang merah, putih, halia diblender.
2.Tumiskan bahan blender tadi . Apabila naik bau masukkan cili kisar tadi,serbuk kunyit, serai yang telah dikatak dan asam keping tadi. Masakkan seketika kemudian masukkan belacan dan gula melaka dan kacau seketika.
3.Masukkan santan dan garam mengikut rasa...biarkan mendidih dan jika terlebih pekat masukkan sedikit air panas (tips...tumis kita akan nampak cantik dan berminyak jikalau dimasukkan sedikit air panas dalam masakan tadi). Biarkan mendidih sedikit lama sedikit. Biarkan nampak pekat dan berminyak.

Sambal ikan
Bahan-bahannya
4 atau 5 ekor ikan selayang yang sederhana besarnya.
4 atau 5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
sedikit halia
sebatang serai
1 sudu besar lada hitam
1 cawan kelapa(digoreng dengan api yang kecil sehingga bewarna keperangan)
4/5 keping asam keping
gula dan garam

cara-caranya
1. Ikan dibersihkan dan direbus bersama asam keping dan garam Sejukkan
2. Buang tulangnya dan menggunakan tangan dihancurkan isi ikan tersebut dan selepas itu digoreng kering seketika(boleh juga semasa digoreng ini dimasukkan sedikit lada sulah)
3. Bawang merah, putih, halia dan serai(potong kecil2 dahulu) ditumbuk bersama lada hitam. Apabila lumat masukkan gula dan garam.Hancurkan.
4. Kelapa yang telah digoreng tadi ditumbuk(jika ianya agak kasar) kemudian masukkan bahan yang ditumbuk  dan isi ikan yang digoreng kering tadi. Gaulkan semuanya.
5. Rasalah (kalau tidak cukup rasanya masukkan garam dan ajinomoto(jika mahu).
6. Bawang besar dihiris dan diramas-ramas sebelum dimasukkan dalam sambal ikan kita tadi.

Budu
Masak bersama sekeping asam keping, sedikit gula melaka.cili api yang ditumbuk sedikit,sedikit halia.seditkit serai dan sedikit bawang merah. Biar mendidih seketika.(kalau nak cantik semua bahan kecuali asam keping dan gula melaka diblender sebelum dimasak)

Sambal lada
Beberapa biji Cili api(burung) dan seulas bawang putih, 2 sudu besar cuka, sedikit air masak, gula dan garam. Semua bahan ditumbuk dan apabila sedikit hancur masukkan cuka dan air tadi.(air lada untuk nasi kerabu  ni dia memang cair)

Ulam-ulaman(kerabu)
Kobis,kacang panjang, taugeh.  bunga kantan, daun kesum, bawang besar, serai.  Dihiris halus-halus semua bahan kecuali tauge

Daging atau ayam bakar
Daging dipotong besar-besar dan diperap bersama bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan serai yang diblender. Masukkan sedikit garam, sedikit cuka dan asam jawa dan sedikit minyak. Biarkan seketika.
Bakar sehingga masak.

Laksam dan kuahnya


Laksam




Laksam
3 cawan tepung beras
1/2 cawan nasi dingin diblender dengan 1/2 cawan air)
2 cawan air biasa(paip)
1/2 cawan air panas
 Bancuh kesemuanya sekali(kalau kak semua itu diblender)
Kukuslah(pastikan air pengukus dah mendidih betul-betul) dengan api yang kuat di atas tudung periuk atau apa-apa yang sesuai (sapu sedikit dengan minyak)
Kukus selama lebih kurang 3 atau 4 minit.

Kuahnya pula
Setengah kilo ikan selayang (direbus dengan sedikit air ,garam dan 10 keping asam keping)
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia(masukkan sedikit aja sebab dalam kuahnya kita tak nak ada bau halia)
3 cawan santan.
7 keping asam keping
1 sudu teh lada hitam
gula dan garam
Ikan yang telah direbus tadi dibuang tulangnya(tulang tu jangan dibuang sebab kita nak ambil air tulangnya)
Bawang merah, putih dan sedikit halia diblender.
Lada hitam diblender bersama bahan-bahan di atas atau boleh juga ditumbuk berasingan.
Isi ikan diblender dengan air, begitu juga tulang ikan tadi boleh diblender berasingan dan diambil airnya.
Campurkan bahan-bahan blender atau tumbuk tadi ke dalam santan dan dimasak.
Campurkan juga asam keping, gula dan garam.  Masak biar sampai meandidih tapi jangan sampai naik minyak.(Kalau nampak kuah pekat sangat bolehlah ditambah dengan air lagi). Kuah laksam mesti ada rasa lada hitam, sedikit manis dan rasa masin yang sedikit kurang.
Sukatan kuah laksam ini sebenarnya untuk dua kali adunan laksam di atas.

Kukus Laksam dengan api yang kuat selama 3 atau 4 minit.

Apabila diangkat tudung pengukus, laksam yang sudah masak akan kelihatan mengelembung.

Cara untuk mengeluarkan laksam dari tudung periuk





Monday, 23 January 2012

Nasi Berlauk...Gulai Ikan Tongkol (Gulai Lengkuas)






Seekor ikan tongkol yang agak besar(yang besar lebih sedap dan guna ikan Aya hitam yang isinya putih dan lembut bila masak) dicuci juga dengan air asam jawa dan dibersihkan  direbus dengan sedikit air dan dibubuh asam keping agak banyak (10) dan pastikan ada rasa masimnya ....bubuh garam la tu)
10 ulas bawang merah(kalau guna bawang merah besar 4 biji dah cukup)
1 1/2 inci lengkuas
1 sudu besar cili giling(kalau guna lada kering 4 biji )
1/2 inci kunyit dan kalau guna serbuk kunyit 1/2 sudu teh aja
2 keping asam keping/gelugur
Santan..biar cukup untuk ikan tersebut
Lada Hijau
garam dan gula
Sedikit minyak (yang orang-orang tua punya resipi tak guna minyak)

Cara
Tumbuk atau blender bawang merah, lengkuas, kunyit dan lada kering hingga lumat/hancur.
Tumis bahan blender tadi dengan minyak yang sedikit.(kalau menu asal santan dicampur dengan bahan tumbuk tadi dan terus masak...yang ini kalau tidak kacau betul-betul ia akan berketul-ketul)
Bila bahan blender dan sedikit naik bau masukkan santan dan lada hijau.dan asam keping.
Masukkan juga ikan yang telah direbus tadi...kacau elok-elok untuk memastikan ikan tidak hancur.
Kalau ada sedikit air rebusan ikan tadi boleh dimasukkan sekali.
Rasalah masim dan manisnya dengan memasukkan gula dan garam(gulai ni lebih sedap ada rasa masim dan sedikit manis  dan pada ikannya rasa masim dan masam asam keping tadi)
Angkat bila betul-betul mendidih dan sedikit naik manyak.
Sesuai dimakan pagi ...jadilah ia Nasi Berlauk...


Sunday, 22 January 2012

Ayam Masak Merah




Ayam Masak Merah

Setengah ekor ayam dipotong dan dibersihkan dan diperap dengan seulas bawang putih, halia dan kunyit(ditumbuk),garam dan sedikit cuka
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
Sedikit air asam jawa
Selabu bawang besar
Gula dan garam
Sedikit belacan
Minyak untuk menumis dan menggoreng.

Ayam digoreng biar masak dan ketepikan.
Bawang merah, putih dan halia diblender
Gunalah lebihan minyak menggoreng ayam tadi (kalau banyak keluarlah sedikit)
Tumislah bahan blender tadi dan bila pecah minyak masukkan cili giling dan kacaulah seketika.  Bila naik bau masuklah sos tomato. cili dan sos tiram dan kicap manis. (kalau pekat sangat masukkan sedikit air)  Masukkan juga belacan dan sedikit air asam jawa (kalau tak suka masam tak perlu masukkan kerana sos-sos tadi ada rasa masamnya)   Masuklah ayam yang telah digoreng tadi. Kacau biar rata dan rasalah manis masinnya.  Tambah gula garam mengikut rasa tadi.  Masukkan bawang besar yang telah dipotong nipis dan bila bawang sudah layu bolehlah diangkat ayam kita ini.

Saturday, 21 January 2012

Pulut Ikan Kering








2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan air (pastikan air hanya mencecah sedikit aja paras pulut)

Bersihkan beras pulut dan masuklah air kemudian dimasak dengan cara biasa menanak nasi.

Kelapa parut
Kukus sekejap kelapa dan kemudian digaul dengan sedikit garam

Ikan kering
bersihkan dan digoreng seperti biasa

Friday, 20 January 2012

Pau Inti Kacang Merah






Pau kacang merah

500gm tepung pau
3 sudu besar shorterning(lemak sayur)
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil mauripan
200ml air suam (kalu uli tangan 220ml)

2 sudu teh beking powder
4 sudu besar water roux(cara buat ada di bawah)
water roux(amat penting untuk menggebukan roti dan pau)
50gm tepung gandum
250ml air
masak keduanya hingga pekat dan sedikit mendidih dan sejukkan dan adunan ini dapat 8 sudu besar water roux.
caranya
1.kalu guna bread maker masukkan semua bahan dan tekan on sahaja sehingga siap dan boleh ke no 4.
2. uli tangan...campurkan semua bahan tadi dan uli hingga tidak melekat ditangan(tangan masih comot pun tak apa) selepas itumasukkan doh kedalam plastik. Ramas atau golek-golekkan plastik tersebut ditempat yang rata dan buatlah dalam masa 6-8minit(sambil nonton pun tak pa).Keluarkan dan kita nampak menjadi adunan yang elastik.Ulilah semula ambil masa seminit dua.
3.masukkan dalam bekas bertutup dan simpan tempat kena cahaya selama 1 jam atau naik 2 kali ganda.selepas itu keluarkan dan ditumbuk-tumbuk.
4.Bahagi doh kepada bulatan kecil dan biarkan selama 10 minit dan bolehlah diletakkan dengan intinya dan biarkan semula selama 40 minit dan kukuslah ia selama 7 - 10 minit.

Inti Kacang
Kacang merah (kak beli dalam sekitar RM 3.50)
2 keping Gula melaka 
Beberapa sudu gula (ikut kesesuaian)
2 helai daun pandan
Secawan santan pekat
Sedikit garam

Kacang merah dibersihkan dan direbus dengan air dan daun pandan sehingga empuk.
Pastikan airnya juga hampir kering dan masukkan santan, gula melaka, gula dan garam.
Blenderkan ia dan bolehlah disejukkan dahulu sebelum digunakan.


ps; sebelum blender buang dulu daun pandan.

Asam Pedas Ikan Pari ....caraku kak yah









Bahan-bahan
Beberapa keping ikan Pari (lebih kurang 10 - 12 keping dan ikan terlebih dahulu dicuci dengan air asam jawa)
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
kunyit
1 sudu besar cili giling
3 helai daun limau purut
2 batang serai
daun kesum
sekuntum bunga kantan
air asam jawa (kak  guna 2 sudu besar asam jawa dan buatlah airnya menjadi 2 1/2 cawan))
gula dan garam
(kalau nak masukkan cili hijau dan bendir pun tak kisah)
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Bawang merah, putih, halia dan sedikit kunyit di blender.
2. Tumiskan bahan blender  seketika dan kemudian masukkan cili giling kacau-kacau sehingga naik wanginya dan kemudian masuklah daun limau purut dan serai yang telah diketuk.
3. Apabila naik bau masukkan air asam jawa.
4. Masukkan ikan tersebut dan seterusnya bunga kantan dan daun kesum dan lada hijau.  Apabila mendidih masukkan garam dan bahan perasa dan seterusnya bendir.  Biarkan mendidih dan naik minyak.

Thursday, 19 January 2012

Kerutuk Daging







Kerutuk Daging

Setengah kilo daging lembu
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Setengah inci halia
2 inci lengkuas
3 sudu besar rempah kari kerutuk
Sebatang serai
1 sudu besar cili giling
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga hindi
Sehelai daun pandan
Sekeping gula melaka(boleh dikurangkan)
1 sudu besar asam jawa(ini yang ada biji-bijinya kalau beli yang adabi punya kena kuranglah sedikit dan boleh juga ditukar kepada 2 keping asam gelugur)
Selabu bawang besar
2 biji kentang
Sebiji lada hijau
sedikit belacan (kalau tak mahu pun tak kisah)
2 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
Minyak untuk menumis

Daging dipotong besar atau dihiris nipis (ikut kesukaan) dan dibersihkan.
Bawang merah, putih dan halia diblender,
Panaskan minyak dan tumislah bahan blender tadi.  Apabila naik bau, masukkan cili giling dan dikacau seketika.  Masukkan pula rempah kasar seperti kulit kayu manis, pelaga hindi dan bunga lawang.
Masukkan rempah kari kerutuk dan masukkan sedikit air.  Kacau seketika dan masukkan juga lengkuas dan serai yang telah diketuk dan dipecah-pecahkan  Masukkan juga sedikit belacan..  Apabila kita nampak bahan-bahan ini sudah pecah minyak masuklah daging dan sedikit air.Kacau dan tutup tudung periuk.  Kacau dan pastikan  jangan sampai hangit.(kalau nak guna periuk tekanan(kak guna) lagi bagus tapi pastikan air dimasukkan mencukupi untuk mengelak hangit).  Apabila daging sudah empuk masukkan air asam jawa, gula melaka. garam dan santan.  Bila sudah sekali mendidih masukkan ubi kentang yang telah dibelah dua dan masukkan juga lada hijau sekali.  Masukkan juga kerisik kelapa tadi.  Biarkan kuah kita pekat dan naik minyaknya.Rasalah manis masinnya dan tambahlah gula kalau mahu.  Sebelum diangkat masukkan bawang besar yang telah dipotong tebal-tebal dan apabila layu bolehlah diangkat kari kerutuk kita.

Nasi Hujan Panas




                                             Nasi Hujan Panas dan Menu Pelengkapnya


                  Biarkan seketika...jangan terus digaul apabila kita memasukkan warna ke dalam nasi

                 
3 cawan beras(kak guna Moghol Bashmati)
1 cawan susu cair
3 cawan air
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 helai daun pandan
Setangkai daun kari
Sebatang kulit kayu manis
3 biji pelaga hindi
Sekuntum bunga lawang
3 atau 4 sudu besar vanaspati(kalau tiada guna minyak sapi 2 sb campur 2 sb marjerin)
2 sudu besar kismis
Pewarna merah dan hijau

Bawang merah, putih dan halia ditumbuk atau blender
Panaskan vanaspati dan tumiskan bahan-bahan blender tadi.  Masukkan juga rempah kasar seperti kulit kayu manis, bunga lawang dan pelaga hindi.  Masukkan juga daun kari, dan daun pandan.  Kacau supaya tidak hangit.  Selepas itu masukkan beras yang telah dibersihkan dan telah ditoskan.  Kacau-kacau seketika.  Pindahkan bahan-bahan ini ke dalam periuk nasi elektrik kita.  Masukkan susu cair, air, gula dan garam dan kacau supaya sebati semuanya dan Onkan suis.  Apaabila nasi sudah masak titik-titikkan pewarna kita tadi di satu dua tempat dan masukkan juga kismis.  Tutup semula tudung periuk dan biarlah seketika.(jangan dikacau terus)  Apabila hendak makan barulah digaul-gaulkan nasi kita.  Boleh dihidangkan dengan kerutuk daging, ayam masak merah, dalca, nenas manis(acar nenas) dan mana-mana yang sesuai.

Monday, 16 January 2012

Sayur Goreng Bersama Udang Dan Sotong


7 - 10 ekor udang
3 ekor sotong
4 ulas bawang putih
Kobis panjang
1 biji cili merah atau cili hijau
1/2 labu bawang besarKuntit atau serbuk kunyit
1/2 sudu teh cuka
Garam dan bahan perasa
Lada sulah

Caranya
Udang dibuang kulitnya (biarkan ekornya) dan sotong dipotong bulat-bulat.  Bersihkan.
2 ulas bawang putih ditumbuk dengan sedikit kunyit dan dicampur dengan sedikit garam dan cuka.
Lumurkan pada udang dan sotong kita tadi.
Panaskan kuali dan bubuhlah sedikit minyak dan tumislah dengan lebihan  bawang putih yang telah dipotong tadi.  Bila naik bau masukkan udang dan sotong kita tadi. Kacau seketika. Masukkan lada sulah, bawang besar yang telah dipotong dan lada merah/hijau yang telah dipotong nipis...Kemudian masukkan sayur dan sedikit bahan perasa(kalau mahu). Kacau sekejap dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Sunday, 15 January 2012

Tomyam Puyuh




2 ekor burung puyuh
Beberapa ekor udang
3 ulas bawang putih
Setengah labu bawang besar
Beberapa biji cili api
sedikit bunga kubis
sedikit potongan karot
2 batang serai
4 helai daun limau purut
700 ml air
5 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh cuka
Bahan Perasa dan garam

Tumis dengan minyak yang sedikit bawang putih yang telah diketuk bersama serai cili api dan daun limau purut. Biarkan sehingga naik wangi.  Masukkan puyuh dan juga air.  Biarkan mendidih.  Kemudian masukkan sayur-sayur, udang, bahan-bahan perasa, cuka, air limau nipis dan juga bawang besar yang telah dipotong nipis.Tambahkan perasa mengikut kesukaan manis, masin dan masamnya.  Jangan mendidih terlalu lama.

Saturday, 14 January 2012

Kuah Dhal Cara KakYah







3/4 cawan kacang dal
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 sudu besar serbuk kari daging
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga hindi
1 sudu teh biji sawi
Setangkai daun kari
2 keping asam gelugur
Tulang-tulang ayam
5 sudu besar sayur campur
2 cawan santan
3 sudu besar bawang goreng
Gula dan garam

rebus kacang dal dengan air biar sampai empuk.
Bawang merah, putih dan halia diblender dengan sedikit air.
Bila kacang sudah empuk(jangan kering airnya) masukkan bahan blender ke dalam rebusan kacang dal tersebut.
Masukkan juga santan , rempah kari, daun kari, rempah-rempah kasar tadi, biji sawi, tulang-tulang ayam, asam keping, sayur campur , gula dan garam.  Bila ianya mendidih masukkan juga bawang goreng.  Rasalah mengikut kesukaan masing-masing tapi lebih sedap kalau ada rasa manisnya dan kurang rasa masinnya.
Sesuai dimakan dengan roti canai atau pun capati.

Friday, 13 January 2012

Gulai Nangka Putik Bersama Udang


Bahan-bahannya
Sekeping nangka putik(muda)
10 ekor udang sederhana besar
5 biji bawang merah
Seulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit kunyit (guna serbuk kunyit pun boleh)
1 sudu besar cili giling(nak pedas campur dengan cili api)
Sekeping asam gelugur
Sebiji cili hijau
2 cawan santan

Cara-caranya
Nangka direbus sehingga empuk. Bila sejuk remas-ramaskan sedikit untuk mengeluarkan airnya.
Bawang merah, putih, halia dan kunyit ditumbuk atau diblender.
Tumis dengan minyak yang sedikit bahan blender bersama cili giling sehingga naik bau.  Masukkan santan. dan asam keping. Biarkan seketika(kena kacau ni) Bila sedikit mendidih masukkan nangka tadi bersama lada hijau dan udang. Masukkan juga gula dan garam .Didihkan sehingga masak.

Thursday, 12 January 2012

Siakap Tiga Rasa


Seekor ikan siakap dibuang isi perutnya dan dibelah kiri kanan sebelah bawah dan dibuang tulangn ya
4 ulas bawang putih
Setengah labu bawang besar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos  tiram
1 biji Lada Benggala
Beberapa potongan nenas dalam tin
2 keping cendawan hitam
2 sudu besar sayur campur
sedikit kiub tomyam
Sedikit tepung jagung
lada sulah
gula dan garam
Air asam jawa (untuk membasuh ikan)

Ikan dibersihkan dan dibasuh dengan air asam jawa.  Ambil seulas bawang putih dan ditumbuk dan dilumurkan bersama garam pada keseluruhan ikan tersebut.  Sapukan juga sedikit lada sulah.  Perap seketika.  Sebelum digoreng sapukan ikan dengan tepung jagung dan dengan menggunakan minyak yang banyak gorenglah ikan kita sehingga masak.
Untuk kuah
Panaskan minyak dan tumislah bawang putih  sehingga naik bau.  Kemidian masukkan sos cili. sos tomato dan sos tiram.  Masukkan juga bawang besar yang telah dipotongf nipis.  Masukkan juga cendawan hitam yang telah dipotong kecil, lada benggala yang telah dipotong mengikut kesukaan kita, sayur campur  nenas dan sedikit kiub tomyam (kalau tak nak masukkan pun tak apa).  Masukkan sedikit air.  Masuklah juga gula dan garam dan tumislah kuah tersebut seketika. Masukkan kuah sos tesebut kedalam ikan siakap dan dihidangkan.


Wednesday, 11 January 2012

Kek Pisang

Terima kasih pada sahabatku Suzi atas reseoi kek pisang yang memang sedap dan gebu....

Bahan-bahannya
2 biji telur (kak guna 3 sebab masa ini guna telur gred B aja)
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 buku mentega
3/4 cawan gula pasir
3 biji pisang (sederhana besar)
Walnut cincang (lagi banyak lagi sedap..kak guna hampir 80gm)
sedikit garam
1 sudu teh beking powder
1 sudu teh vanila

Mentega dipukul dengan gula hingga kembang dan menjadi putih.  Kemudian masukkan telur.  Putar  hingga adunan menjadi kembang.
Masukkan tepung gandum, tepung naik sendiri, pisang yang telah dilenyek, walnut cincang, vanila dan garam. Pada ketika ini hanya kacau guna spatula aja.  Masukkan ia dalam bekas muffin atau bekas bakar kek biasa( sapu  bekas dengan marjerin dan alas dengan kertas minyak) dan bakarlah dalam oven selama 20 minit(kalau bekas muffin) atau 40 minit kalau bekas biasa dengan suhu seperti bakar kek biasa..180C.

Cencaru Sumbat






2 ekor ikan cencaru (dibelah kedua-dua belakangnya dan dibuang tulang)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih (sebiji untuk perapan ikan)
sedikit halia
4 sudu besar cili giling
Setengah labu bawang besar
Sebatang serai
Sebiji tomato
2 sudu teh asam jawa
minyak masak
sedikit gula melaka
sedikit belacan
gula dan garam

ikan cencaru dilumur dengan bawang putih yang telah ditumbuk dan bercampur dengan garam .
Gorenglah dengan minyak dan yang baiknya minyak tu agak banyak. Bila dah garing bolehlah diangkat dan ketepikan ia.
Bawang merah, putih dan halia diblender dan ditumis dengan minyak (kalu boleh minyak tu janganlah banyak) kemudian masukkan cili giling,dan belacan. Tumiskan sampai naik bau.
Masukkan bawang besar yang telah dipotong nipis-nips dan juga serai yang dihiris nipis.  Masukkan juga tomato yang telah di potong kecil.  Seterusnya masukkan air asam jawa(jangan cair) gula melaka(sikit aja), gula dan garam.  Tumis ia sampai nampak berkilat dan rasalah ikut kesukaan.(biar ada rasa manis masam dan sedikit masin).  Angkat dan dumbatlah ia
dalam ikan kita tadi.....





Monday, 9 January 2012

Puding Aiskrim







Setengah tahil agar-agar
150gm gula pasir
Beberapa ketul gula batu(3 atau 4 ketul yang kecil)
750ml air
300ml santan
200ml susu cair
3 biji telur asingkan putih dan merahnya
Sedikit Pewarna Kuning
Pewarna merah

Masak agar-agar bersama air,gula pasir dan gula batu hingga agar-agar menjadi hancur dan mendidih.
Sediakan satu lagi periuk(jangan guna periuk yang kecil, begitu juga untuk periuk yang pertama tadi)
Bahagikan agar-agar tadi kepada dua bahagian sama banyak.
Dalam periuk yang pertama tadi (ada separuh dari sukatan yang asal) campurkan dengan santan,kuning  telur(yang telah dipukul dengan garfu) dan susu cair dan pewarna kuning , masak ia hingga mendidih semula.
Masukkan dalam bekas untuk disejukkan(biar beku lapisan atasnya)

Apa bila lapisan atas kita dapati sudah beku..kita boleh mula memukul/memutar telur putih tadi dengan kelajuan tinggi supaya ia pekat atau tidak jatuh bila diterbalikkan dan pastikan semasa mengasingkan antara putih dan merah jangan sekali-kali kuning/merah telur masuk dalam putih telur.  Bila putih telur sudah pekat, kita mula memasak  agar-agar dalam periuk yang kedua tadi(masa ni agar-agar tersebut didapati sudah beku) biarkan ia mencair semula.Bila agar-agar tersebut sudah cair masukkan pewarna merah dan kita kecilkan api dan masukkan putih telur yang pekat tadi. Kacau perlahan-lahan dan pastikan jangan hancur biar nampak berketul-ketul atau berbuih campuran agar-agar dengfan putih telur tadi. Tutup api dan dengan menggunakan sudu atau senduk masukkan ia dalam bekas agar-agar kita yang sudah bewarna kuning tadi. Lakukan perlahan-lahan atau berhati-hati agar lapisan yang hampir beku tidak bercampur dengan agar-agar kita yang kedua ini...Simpan dalam peti sejuk atau tempat biasa sehingga beku.



Sunday, 8 January 2012

Pie Tie




Untuk Kulit
60 gm tepung beras
20 gm tepung gandum
10 gm tepung ubi
1 biji telur
250 ml air
Sedikit garam
Minyak secukupnya

Untuk Inti
1 sudu besar minyak masak
2 biji bawang merah
1 ulas  bawang putih
10 ekor udang
sedikit isi ayam (ikut suka nak banyak pun lagi sedap)
Sebiji keret
kobis
Sayur-sayur lain ikut kesukaan
Lada sulah
Nak tambah lada merah pun okey
Sedikit sos tomato dan cili
Sedikit garam dan gula

Cara-cara membuat kulit.
Masukkan semua bahan untuk buat kulit ke dalam blender dan diblender hingga sebati dan keluarkan dan dimasukkan dalam bekas.
Minyak dipanaskan dan acuan pie tie dicelup ke dalam minyak tersebut. Biar ia betul-betul panas barulah dicelup dalam adunan tadi dan dimasukkan pula ke dalam minyak yang panas.  Goyang-goyang sedikit supaya tertanggal atau kalau susah gunalah garfu untuk memudahkan ia tertanggal di dalam minyak yang panas tadi.  Gorenglah hingga kekuningan dan diangkat.  Simpan tempat tertutup untuk mengelak kulit pie tie masuk angin.

Cara buat inti
Panaskan minyak dan tumislah bawang putih dan merah yang telah dimayang halus.
Keret dihiris dan dipotong memanjang dan kobis juga dipotong memanjang(halus-halus)
Udang dipotong kecil-kecil dan begitu juga isi ayam tadi.
Panaskan minyak dan tumislah bawang putih dan merah yang telah dimayang halus.
Masukkan isi ayam dan udang tadi.  Masukkan sos tomato (1 sudu besar)dan sos cili(1 sudu besar) dan masukkan juga bahan-bahan sayur tadi. gorenglah seketika dan akhir masukkan lada sulah dan gula dan garam.

Pie Tie lebih sedap dimakan apabila kita hanya meletakkan intinya hanya ketika kita hendak memakannya. Dengan kata lain jangan memasukkan intinya lebih awal untuk mengelak kulitnya menjadi lembut.
Pie tie enak dimakan bersama sos.



Friday, 6 January 2012

Kuetiau Lakna







sebungkus kuetiau
3 sudu besar kicap
4 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tiram
Sekeping cendawam hitam
beberapa ekor udang
2 ekor sotong di potong
Potongan ayam
Sebiji tomato
Hirisan keret
Beberapa batang daun kailan
1 sudu besar tepung jagung
Gula dan sedikit garam
Lada Sulah

Kuetiau dibasuh terlebih dahulu dan  dan digoreng dalam kuali yang telah ditumis dengan seulas bawang putih dan dicampur dengan kicap. Kacau seketika dan angkat.

Untuk Kuahnya
Tumis bawang putih(bawang tu ketuk dan dipotong-potong) selebihnya sehingga sedikit kekuningan dan naik bau dan masukkan sos tiram dan seterusnya potongan ayam, udang, sotong, cendawan dan sayur-sayur tadi. Masukkan air  y6ang telah dibancuh dengan tepung jagung (kuah ni biar cukuplah dengan kuew tiau kita)Bila masak masukkan gula dan garam dan sedikit lada sulah.  Bila nak makan bolehlah dicurahkan kuah keatas kuew tiau kita tadi.

Singgang Daging





Suku kilo daging
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Seinci lengkuas (nak lebih pun okey)
3 - 4 keping asam gelugur
2 sudu besar cili giling
2 biji lada hijau
1 sudu besar rempah ketumbar
gula dan garam

Daging dipotong nipis dan kecil-kecil dan dibersihkan.
Bawang merah, putih, halia dan lengkuas dihiris nipis-nipis.
Masukkan daging bersama air (sebanyak mana ikut kesesuaian) bahan-bahan yang dipotong tadi, asam gelugur, cili giling, ketumbar yang telah diketuk-ketuk(supaya bijinya pecah) dan lada hijau.  Masukkan gula dan garam. Masaklah hingga daging empuk dan menjadi berminyak. Rasalah dan tambah gula dan garam mengikut kesukaan.

Pizza Ayam






250 gm tepung roti
140ml air suam

1 1/2 sk mauripan
1 sk gula
1/2sk garam
1sb marjerin
oregano
topping(apa-apa pun yang bersesuaian)
1.Masukkan semua bahan dankalu guna BM tekan butang menu Dough dan tunggu siap dan boleh ke 4
2.Kalu uli tangan masukkan semua bahan dan uli  hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit.Keluarkan dan uli seketika.
3Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 1 jam. Apa bila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin,
4.Jadikan adunan kepada dua bahagian yang lebih kecil. Canailah adunan tersebut dan diletakan dalam dulang pizza atau bekas yang sesuai yang telah disapu dengan sedikit marjerin.  Biarkan seketika selama 40 minit.  
5.Cucuk dasarnya dengan garfu untuk mengelakkan pizza mengelembung bila dibakar. dan topping dengan sos tomato campur chili (atau sos yang siap..prego), ketulan ayam dan udang yang telah digoreng dengan bawang putih bercampur sedikit oregano,nenas, lada benggala, potongan sosej yang telah direbus,bawang besar yang telah dipotong dadu dan lapisan atas taburkan dengan parutan mozarela.Bakar selama 20 minit dangan suhu 200C dan bila masak taburkan potong dengan pisau pizza dan taburlah dengan keju permessan.
(kalau nak letak krim keju hanya bulat-bulatkan krim keju dan letak di atasnya, begitu juga dengan meat ball)


Thursday, 5 January 2012

Putumayom













Putumayom

400gm tepung beras
600 ml air panas yang mendidih

Caranya

Kacau  tepung beras dengan air yang mendidih dalam bekas dan masukkan adunan tersebut dalam acuan maruku(lubang saiz kecil).
Sediakan pengukus..(kukus dalam kuali pun boleh)
Sapu dulang(akak guna tudung periuk bulat) dengan sedikit minyak dan teraplah adunan putumayom di atas dulang tersebut dalam bentuk yang kecil-kecil dan kukuslah ia selama 4 - 5 minit.

Serawa telur

Sebiji telur
3 cawan santan
2 keping gula melaka(ikut suka)
Sedikit garam
1 ulas bawang merah(dimayang)
Sedikit halia(dipotong nipis)
sedikit halba
Sehelai daun pandan

pukul telur dengan garfu dan masukkan dalam semua bahan di atas dan masaklah sampai ia mendidih.  Boleh dimakan bersama putumayom.

Tuesday, 3 January 2012

Puding Tauhu





1/2 tahil (18.7gm) agar-agar kering
2 liter air
1 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
Laici dalam tin
Buah-buahan campuran dalam tin
Air gula

Cara-caranya
Masak agar-agar bersama air hingga hancur.  Apabila agar-agar sudah hancur  masukkan susu cair dan pekat kedalamnya(pastikan susu pekat dan cair disatukan dahulu dalam bekas sebelum dimasukkan kedalam periuk agar-agar tersebut)  Kacau sehingga mendidih semula.  Tuangkan dalam bekas/mangkuk dan bekukan.

Kuahnya pula..
Satukan air laici dalam tin dan air gula(ikut kesukaan kemanisannya)

Cara makan....
Masukkan kuah air gula bercampur air laici ke dalam  Puding tauhu yang telah di taburkan buah laici dan buah-buah campuran dalam tin tadi.  Sudukan ke dalam gelas atau mangkuk kecil apabila nak memakannya. Lembutnya macam taufu lembut.....

Sunday, 1 January 2012

Puding Triffle












Puding Triffle
Kek Swiss Roll
80gm tepung kastad
250 ml susu cair
4 sudu besar gula
sedikit garam
700ml air
Setengah kotak kristal jelly
Hirisan buah peach
200ml air panas

Kek dipotong dalam ukuran setengan inci dan disusun rapat-rapat dalam bekas dan  tekan sedikit kek tersebut  supaya kemas di dasarnya.
Tepung kastad dibancuh dengan susu cair, air . gula dan sedikit garam dan dimasak menggunakan api yang perlahan.  Apabila sudah pekat dan sekali mengelegak bolehlah ditutup api dan dimasukkan dalam bekas kek tadi.  Letak potongan buah di atas lapisan kastad tadi. Bancuh kristal jelly dengan 200ml air mendidih dan dimasukkan dalam lapisan terakhir triffle kita.  Simpan dalam peti sejuk dan bolehlah dipotong bila nak makan.

Laksa Penang




Laksa penang(Kuah)

6 ekor ikan Selayang yang agak besar(direbus dengan sedikit air bersama 7 - 10 keping asam keping dan garam..agak masin pun tak apa)
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 inci halia
2 batang serai
4 sudu besar cili giling
5 biji cvili api
Segenggam daun kesum
Sekuntum bunga kantan
10 keping asam keping(gelugur)
3 sudu besar pes otak udang
Belacan bakar

Ikan yang telah direbus disejukkan terlebih dahulu.  Kemudian dibuang tulangnya(fangan dibuang..kita nak blender asing tulangnya) dan isi ikan itu diblender dengan air.  Seperti yang telah diberitahu tulang ikan juga turut diblender dan ditapis dan diambil airnya.
Bawang merah, putih, halia, cili padi  dan lengkuas diblender bersama dengan sedikit air dan kemudian dimasukkan ke dalam periuk.  Campurkan bersama ikan yang diblender, air tulang yang ditapis,cili giling  belacan, pes otak udang, asam keping(asam dalam rebusan ikan pun jangan dibuang masukkan sekali ke dalam ini biar lebih banyak), serai yang telah diketuk, daun kesum, bunga kantan yang telah dipotong dan air(nampak ia cair pekat secukupnya dan air rebusan ikan pun boleh dimasukkan juga. Masukkan juga gula dan garam.  Masaklah sehingga mendidih dan nampak airnya menjadi agak jernih atau kita nampak lapisan atasnya naik minyak dengan lada giling tadi(berminyak)

Sambal Kicap
Secawan kicap manis
4 sudu besar gula
3 ulas bawang merah
Seulas bawang putih
3 sudu besar bawang goreng
2 bili limau nipis
7 biji cili api

Semua bahan diblender kecuali limau nipis. Perah limau nipis dalam bahan-bahan yang diblender tadi. Kalau nak sedap lagi masukkan pes otak udang dalam sambal kicap ini.

Ulam-ulaman

Bawang besar (dipotong bulat dan diramas-ramas)
Daun salad(dipotong kecil)
Timun(dipotong)
Cili merah(dipotong)
Taugeh
Telur rebus
nenas

Ikan Bakar dan Air Asam







Ikan Bakar
3 ekor ikan Kembung (apa-apa saja ikan)
Kuali Pembakar

Sapu sedikit minyak pada pan pembakar dan bakarlah ikan tersebut sehingga masak(untuk lebih sedap balut ikan dengan daun kunyit atau daun pisang)

Air Asam
1 biji tomato
1 labu baeang besar
2 biji limau nipis(kalau yang kurang air kena lebihlah sikit)
3 sudu besar asam jawa (masukkan air dan buatlah air asam jawa..pastikan guna air masak)
Sedikit belacan
4 biji cili api
Gula dan sedikit garam

Bawang besar dan tomato dipotong dadu.
cili api dipotong kecil=kecil.
Campurkan bahan diatas dengan air asam jawa, perahan limau nipis, belacan(yang sudah dibakar) gula dan garam.