translate

Thursday, 31 May 2012

Kek Lapis Labu


Kastad masih lagi suam...dah potong..tak sempat-sempat nak post.....

2 cawan tepung vanila sponge mix
4 biji telur
2 biji putih telur
1 sudu teh ovelette
2 sudu besar minyak masak
1/4 cawan air

Putar kesemua bahan(kecuali minyak) hingga kembang dan pekat.
Masukkan minyak dan putar seketika biar sebati.
bakar kek (bahagikan kepada 4 kali bakar) selama 15 minit dengan suhu 180C

Kastad Labu
Setengah biji labu saiz kecil..yang telah direbus
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
8 sudu besar gula
2 biji telur merah
Sedikit garam
Pewarna kuning

Kesemua bahan diblender dan dikacau atas api yang perlahan sehingga pekat dan mendidih.

Setiap lapis kek dicurah dengan kastad labu dan disusun satu persatu dan bahagian paling atas ditabur juga dengan kelapa kering.



Ikan Bakar Ala Tom Yam

2 ekor ikan segar
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Sedikit halia
Sebatang serai
2 helai daun limau purut
sedikit bunga kantang
Serbuk kunyit
1 sudu besar sambal belacan
Garam

Ikan yang telah dibersihkan di kelar badannya dan diperap dengan semua bahan atas yang telah dilumatkan.
Bakar sehingga masak dan dimakan dewngan pencecah sos kicap

Sos kicap
Kicap manis
1 sudu teh sos cili thai
1 biji bawang merah..dipotong kecil dan dadukan
1 biji limau nipis diambil jusnya
1/2 sudu besar bawang goreng
cili padi dipotong kecil
Sedikit gula

Gaulkan semua bahan di atas.

Saturday, 26 May 2012

Red Velvet Cake

3 sudu besar susu  tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk

330 gm tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh beking powder
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna merah

1 sudu teh beking powder
1 sudu besar cuka

Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, susu tepung dan , beking powder sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis dengan kelajuan yang sederhana.  Tambahkan juga pewarna merah dan campuran beking powder dengan cuka ke dalam adunan.  Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin dan  dialas dengan kertas kek.  Satu adunan ini dibakar  sebanyak dua kali untuk mendapat dua biji kek.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit dengan suhu 180C
Tips...Bakar menggunakan api bawah dahulu selama 5 minit barulah menggunakan api atas dan bawah untuk masa selebihnya.
Apabila kedua-dua kek sudah masak simpan seketika dalam peti sejuk untuk memudahkan kita membelah kek tersebut,

Topping
250gm krim keju
120gm mentega
120gm gula aising

Putar kesemua bahan menjadi berlrrim dan bolehlah disapu pada kek kita.

Friday, 25 May 2012

Mee Kari


Bahan-bahannya
1/2 kilo mee kuning
direndam seketika dengan air panas dan disiram dengan air biasa dan ditoskan

Kari
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Sedikit halia
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar udang kering
Beberapa ekur udang segar
Beberapa potongan kecil ayam
2 biji kentang
5 cawan santan
3 sudu besar rempah kari daging
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
sebatang kulit kayu manis
3 sudu besar air asam jawa
gula dan garam
Daun kari

Bawang dan halia diblender.
Panaskan periuk dengan minyak  dan  tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari.
Masukkan bahan blender dan cili giling.  Biar naik bau.
Udang kering ditumbuk kasar dan dimasukkan dalam bahan tumis tadi.
Masukkan serbuk kari yang telah dicampur sedikit dengan air.  Biarkan naik minyak dan berbau wangi.
Masukkan santan dan juga ketulan ayam tadi.
Masukkan air asam jawa, gula dan garam dan juga ubi kentang yang telah dpotong kecil.
Biar sampai mendidih dan masukkan udang..
Biar betul-betul mendidih dan naik minyak dilapisan atas santan.
rasalah rasanya dan tambah apa yang patut.
Bolehlah diangkat.

Bahan tambahan
telur rebus
Bawang goreng
Tomato dicelur seketika
Sawi dicelur seketika
Tauhu digoreng dan dipotong kecil
Limau nipis
Daun Bawang

Thursday, 24 May 2012

Asam Pedas Kepala Ikan Merah


Sebiji kepala ikan merah dibersihkan dengan asam jawa dan dibersihkan sekali lagi.
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar cili giling
Asam jawa sebesar 50 sen
Sekuntum bunga kantang
seikat daun kesum
2 batang serai
4 helai daun limau purut
2 biji bendir
Sebiji tomato
Lada merah dan hijau
Minyak masak untuk menumis

Bawang merah, putih dan halia diblender.
Tumis bahan blender dan serbuk kunyit hingga pecah minyak kemudian masukkan cili giling.Kacau biar pecah minyaknya.
Masukkan daun limau purut dan serai.
Masukkan air dan air asam jawa.  Masukkan juga kepala ikan dan masukkan juga daun kesum dan bunga kantang.
Masukkan gula dan garam.serta bendir.  Biar mendidih.
Masukkan tomato dan biar betul-betul mendidih.  Bolehlah diangkat.

Tuesday, 22 May 2012

Cupcake Yogurt Kelapa Dengan Meringue

65gm mentega
60gm gula halus
1 biji telur
20gm kelapa kering
1/2 sudu teh esen vanila
120gm yogurt
90gm tepung naik sendiri

Hiasan atas meringue
1 biji putih telur
1/2 sudu teh esen vanila
90gm gula asing
60gm kelapa kering

Untuk Kek
Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan berkrim.
Masukkan telur dan pukul selama 1 minit.  Masukkan kelapa dan esen vanila.Kacau.
Masukkan yogurt dan pukul hingga sebati.  Akhir masukkan tepung yang telah diayak. Kaup dan balikkan.
isikan adunan dalam cupcake dan bakar selama 15 minit atau sehingga masak.

Untuk Hiasan meringue
Pukul putih telur hingga pekat dan berkilat.  Masukkan esen vanila dan gula.  Pukul lagi.
Akhir sekali masukkan kelapa kering.kacau sebati.

Keluar cupcake dari oven dan letakkan hiasan meringue di atasnya dan bakar semula selama 15 minit lagi atau sehingga hiasan meringue mengeras.

Monday, 21 May 2012

Lempeng Gulung Berinti

Lempeng
Sebiji telur
100gm tepung gandum
100gm tepung susu
220ml air
Sedikit garam

Bancuh semua bahan menjadi adunan dan sendukkan dalam kuali  menjadi lempeng.  Buat sehingga habis.

Inti
Beberapa keping daging bakar
Potongan nanas dalam tin
2 biji telur rebus dipotong nipis membulat
Parutan keju ceddar
Mayonis

Bahan Salut
Sebiji telur
Serbuk roti

Sapu mayonis pada seluruh permukaan lempeng.
Masukkan inti ke dalam lempeng dan gulung.  Lakukan sehingga habis.
Pukul telur dengan garfu.  Celupkan gulungan lempeng tadi dan golek atas serbuk roti dan digoreng dengan minyak yang panas.
Boleh dimakan begitu aja atau dicecah dengan sos...

Kerabu Peria

Sebiji buah Peria
Setengah biji mangga muda
Sedikit perut lembu yang telah siap direbus
2 ekor ikan selayang yang telah direbus
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Sedikit halia
3 sudu besar kelapa goreng
1 sudu kecil lada hitam
Santan pekat
1 sudu teh cuka
Gula dan garam
2 biji limau nipis

Buah peria dibuang bijinya dan dihiris nipis serta direndam swekejap dalam air yang telah dimasukkan dengan sesudu garam.
Toskan dan diperah peria tersebut9kalau kak lakukan berulang kali perah dan masukkan semula dalam air biasa dan terus perah semula)
Bawang merah, putih, halia dan lada hitam ditumbuk hingga lumat, kemudian masukkan gula(1 sudu besar) dan juga sedikit garam.
Ikan dibuang tulangnya dan ditumbuk sedikit bersama bawang tadi.
Gaulkan ke dalam peria tadi dan masukkan sedikit cuka.
Masukkan perut lembu yang telah dipotong kecil dan juga mangga muda (disagat)
Kelapa goreng ditumbuk sedikit dan digaul kedalam peria tadi.
Masukkan juga santan pekat dan masukkan air limau nipis ke dalamnya juga.
Rasalah gula dan garam dan tambah apa yang patut.

Saturday, 19 May 2012

Ayam Halia

7 ketul daging ayam
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
11/2 inci halia
1 biji lada merah
Sedikit lada benggala
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh lada hitam
gula dan garam
1/2 cawan air

Mayang bawang merah, putih dan halia
Tumiskan bahan mayang tadi.  Bila layu masukkan ayam dan kacau seketika.
Masukkan air , gula dan garam dan lada hitam yang telah ditumbuk.Masak hingga empuk.
Masukkan sos tiram dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Masak sampai pekat dan masukkan lada-lada tadi dan rasalah masin dsan manisnya. Tambah mana-mana yang perlu..

Friday, 18 May 2012

Roti Goreng



500 gm tepung roti
260ml air suam
3 sk mauripan

3sk gula
1/2sk garam
2sb marjerin
Sebiji telur

1.Masukkan semua bahan dan kalau guna bread maker tekan butang menu Dough dan tunggu siap dan boleh ke no. 4

2.Kalau uli tangan masukkan semua bahan dan uli  hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit.Keluarkan dan uli seketika.
3Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 1 jam. Apa bila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin,
4.Tumbuk dahulu adunan . Jadikan adunan kepada bahagian yang lebih kecil. Bulatkan adunan yang kecil-kecil dan masukkan inti yang sesuai...(yang ni kak masukkan inti sardin)
Rehatkan seketika di atas dulang yang telah dilapis dengan kertas selama 1/2 jam.
Apabila adunan telah mengembang bolehlah digoreng dengan api yang sederhana sehingga kekuningan. 

Thursday, 17 May 2012

Puding Labu Berlapis Cendul


Lapisan Bawah
Setengah tahil agar-agar kering (kalau beli tu tengok berat dia tulis 37.5gm (1 tahil)..haaa bolehlah dilipat dua dan dipotong..guna separuh)
3 1/2 mug air
3/4 mug gula
1/2 biji labu di rebus
1 sudu besar kastad
2 biji telur
1/2 tin susu cair

Caranya
Labu diblender bersama susu cair, telur, tepung kasrad dan sedikit garam hingga hancur.
Masak agar-agar bersama air  hingga hancur, kemudian masukkan gula.
Apabila gula sudah hancur bolehlah dimasukkan bahan blender tadi.  Masak hingga mendidih dan bolehlah diangkat.
Sejukkan dalam bekas yang sesuai sehingga sedikit beku lapisan di atasnya.

Lapisan Atas
Setengah tahil agar-agar kering
3 1/2 mug air
1/2 tin susu cair
1/2 mug gula
sebungkus cendol
Sedikit garam

Masak agar-agar bersama air hingga hancur, kemudian masukkan gula.
Masukkan cendol (yang telah dibuang airnya dan ditoskan).
Kacau perlahan-lahan.
Masukkan susu cair dan sedikit garam.
Biar sampai mendidih.
Bolehlah diangkat dari dapur.

Masukkan ke dalam lapisan puding labu tadi secara berhati-hati dan biarkan beku.

Pavlova Coklat Cip

6 biji putih telur
260gm gula halus
30gm tepung jagung
150gm coklat cip

Panaskan ketuhar 180C
Pukul putih telur hingga kembang, kemudian masukkan 200gm gula.  Pukul sampai pekat dan kemudian masukkan tepun g jagung dan lebihan gula tadi
Pukul lagi sampai betul2 pekat dan berkilat..
Masukkan dalam bekas cupcake sebanyak 1/2 dan masukkan coklat cip dan masukkan sedikit lagi bagi menutupi coklay cip dan tabur sedikit di atasnya.
Bakar selama 1 jam sehingga masak.

Tuesday, 15 May 2012

Behun campur Mee Goreng

Setengah bungkus behun direndam sehingga lembut
100gm mee kuning dibasuh dengan air terlebih dahulu untuk mengeluarkan kapur dan pewearna kuningnya.
4 ulas bawang putih
1 biji telur
beberapa ekor udang
Beberapa ketul daging dipotong kecil-kecil
Beberapa batang sawi (dipotong kecil)
1 biji lada merah (dipotong kecil)
2 biji cili api (ditumbuk kasar)
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar cili giling
1 biji limau nipis
serbuk lada putih
2 cawan air
Bawang goreng

Bawang putih diketuk dan cili api ditumbuk kasar.
Tumis dengan 3 atau 4 sudu besar minyak masak sehingga berbau wangi.
Masukkan cili giling dan kacau seketika.  Kemudian masukkan telur dan dikacau-kacau.
Masukkan juga daging dan udang.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap dan secawan  air.
Biar mendidih dan masuklah sayur, gula dan sedikit garam.
Perah limau nipis dan masuklah beehun.  Kacau seketika dan kemudian masukkan  mee kuning..
Kacau biar serata dan masukkan juga lada merah dan serbuk lada putih.dan juga bawang goreng.
Tambah gula garam kalau tak cukup rasa.
Kacau sehingga beehun kita masak.
Boleh dihidangkan dengan hirisan hiasan yang sesuai.

Monday, 14 May 2012

Sayur Peria Goreng

Setengah biji peria (sebelum potong basuh dahulu peria yang sebiji tu baru dipotong dan dibelah dua dan dibuang biji-bijinya dan selepas itu barulah dihiris nipis.
2 ulas bawang putih
Sebiji tomato dibelah ikut kemahuan hati.
Setengah labu bawang besar dipotong bulat
Beberapa ekor udang dibuang kulitnya dan dibersihkan
sedikit serbuk  kunyit
Garam
Cuka
Cili merah dihiris nipis
Bahan perasa

Udang diperap dengan sedikit kunyit, garam dan sedikit cuka.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih yang telah dimayang nipis sehingga naik baunya
Masukkan udang dan goreng seketika, kemudian masukkan bawang besar, cili merah dan peria.
Masukkan sedikit bahan perasa dan tomato.
Siap masak dan angkat.

Sunday, 13 May 2012

Kek Gulung Strawberry


3 biji telur
3 biji kuning telur
50gm gula halus
60gm tepung pau
1 sudu teh ovelette
50gm mentega..dicairkan
6 sudu besar air
1 sudu kecil serbuk koko
1 sudu kecil coklat emulco
Jem strawberry

Panaskan oven terlebih dahulu.
Pukul kesemua telur dengan gula dan ovelette hingga kembang.
Kemudian masukkan air dan tepung(ayak dulu ya).  pukul lagi hingga kembang dan pekat(putar tu jangan lebih dari 7 minit ya).
Masukkan mentega yang telah disejukkan terlebih dahulu.  Putar lagi seketika sehingga semuanya sebati.
Sapu loyang dengan margerin dan alas dengan kertas kek.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.  Satu bahagian dicampur dengan serbut koko dan coklat emulko.
Satu bahagian lagi dengan emulco strawberry.
Masukkan adunan coklat ke dalam loyang dan bakar selama 15 minit  dengan suhu 200C  dengan api bawah sahaja.
Bila masak  tuang adunan strawberry dan bakar dengan api atas pula selama 15 minit juga. dengan suhu 180C..
Alas plastik diatas kertas kek.
Bila masak keluarkan dari loyang dan terbalikkan di atas hamparan plastik dan kertas kek tadi.serta  tanggalkan kertas alas pada kek yang kita bakar tadi.
Sapu jem dan gulung kek..jangan gulung plastik dan kertas tu tau..
Bila siap buang plastik dan bungkuslah kek gulung tu bersama kertas kek dan simpan seketika dalam peti sejuk.

Thursday, 10 May 2012

Ikan Kerapu Masam Manis


Seekor ikan kerapu.Dibersihkan dan dibasuh dengan air asam jawa dan dibersihkan sekali lagi
4 biji bawang putih
Beberapa kiub nanas dalam tin
Setengah labu bawang besar
Sebiji tomato
2 sudu besar sos sweet sour
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos chili
1 sudu besar sos tiram
Sedikit carrot dipotong memanjang
3 sudu besar sayur campur
Gula dan garam
tepung jagung
Putih telur
Lada sulah

Ikan diperap dengan sedikit garam dan seulas bawang putih yang telah ditumbuk dan sedikit lada sulah.  Biarkan seketika
Apabila hendak menggoreng lumurkan ikan dengan sedikit putih telur dan tepung jagung.
Goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan masak.  Angkat.
Memggunakan minyak yang lain tumis bawang putih(yang telah dimayang) sehingga naik wanginya.  Kemudian masukkan sos-sos  dan juga sedikit air.
Masukkan juga selepas itu bawang besar yang telah dipotong bulat, carrot, nanas, sayur campur, tomato, gula dan sedikit garam.  Biarkan mesra kesemuanya.
Angkat dan curahkan ke dalam ikan kita tadi.

Nasi Goreng

4 mangkuk nasi dingin
5 ulas bawang putih
3 biji cili api
2 sudu besar sayur campur
Potongan carrot yang telah di potong kecil
3 sudu besar sos tiram
Telur
Daun sup
lada sulah
2 sudu besar bawang goreng
Beberapa ekor udang yang telah dibuang kulitnya
Gula dan garam
Lada hitam

Ketuk bawang putih dan cili api dipotong kecil
Panaskan minyak dan tumislah bahan di atas tadi.
Apabila bawang sudah kekuningan, angkat/ketepikan sedikit bahan goreng tadi dan masukkan sebiji telur dan kacau.
Apabila telur agak masak, gaulkan kesemua bahan dan kuali tadi, biar bercampur dan kemudian masukkan udang dan  lada sulah.  Kacau seketika.
Masukkan sos tiram, gula dan garam.
Masukkan nasi dan gaul biar sebati.
Masukkan bawang goreng dan daun sup.
Rasalah kesedapan ikut cita rasa masing-masing dan tambah apa yang perlu(kalau dah masuk nasi gula tidak lagi boleh dimasukkan cuma masukkan ajinomoto atau lada sulah)
Angkat dan boleh dihidangkan bersama telur mata kerbau.

Kek Coklat Susu


200 gm tepung gandum
70gm tepung kek
1 sudu teh baking powder
250gm margerin
200gm gula kastor
1 sudu teh ovelette
4 biji telur
60gm susu pekat
2 sudu besar susu cair
2 sudu kecil serbuk koko
1 sudu teh coklat emolco
sedikit air panas
1 sudu teh esen vanila

Ayak tepung gandum, tepung kek dan baking powder.
Pukul margerin dengan gula hingga kembang.
Kemudian masukkan esen vanila dan ovelette.
Masukkan telur satu persatu.  Kemudian masukkan susu pekat dan susu cair. Pukul lagi biar kembang.
Masukkan tepung.  Kacau dengan senduk.
Bahagikan adunan kepada dua.
Satu adunan campurkan bersama dengan serbuk koko dan telah dicampur sedit dengan air panas dan masukkan juga emolco coklat,  Kacau biar sebati.
Sapu loyang dengan margerin dan alas dengan kertas kek.
Masukkan adunan secara berselang seli sehingga habis.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar selama 50 minit dengan suhu 180C.  15 minit pertama guna api bawah dahulu dan selepas itu guna api atas dan bawah.(untuk elak kek merekah).





Tuesday, 8 May 2012

Ciffon Blueberry Cupcake



5 bji putih telur
1 sudu teh krim of tartar
80gm gula kastor

Cara Merringue...
Pukul putih telur bersama krim of tartar dan kemudian masukkan gula.  Pukul lagi sehingga beku atau kental(bila diterbalikkan tidak jatuh)

5 biji kuning telur
30gm gula kastor
40ml minyak jagung
40ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
60gm tepung kek
25gm tepung kastad
1 sudu teh beking powder(kesemua tepung dan beking powder diayak bersama)

Inti
Blueberry filling

Pukul telur bersama gula hingga sedikit kembang.  kemudian masukkan minyak dan susu. Pukul lagi seketika.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi.  Kacau.
Masukkan putih telur tadi(merringue) ke dalam adunan kek dan kacau secara kaup dan balik.
Panaskan oven terlebih dahulu.
Masukkan dalam cupcake dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180C .(5 minit pertama guna api bawah sahaja dan bakinya guna api atas dan bawah)


Masukkan blueberry filling dalam piping aising (guna nozel muncung) dan paipkan dalam cupcake kita(tekan masa panas-panas..jadikan inti di dalam cupcake kita)..Ini pun macam hokkaidoi cupcake juga..ada larva dalam kerak bumi....

Roti kacang Merah



500gm tepung roti(high protein)
3 sudu besar shorterning(lemak sayur)
3 sudu besar gula
3 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil mauripan
200ml air suam (kalu uli tangan 220ml)
4 sudu besar water roux(cara buat ada di bawah)
1 sudu kecil vanilla
sebiji telur(dipukul dgn garfu dan guna sebahagian saja dalam adunan)

water roux(amat penting untuk menggebukan roti dan pau)
50gm tepung gandum
250ml air
masak keduanya hingga pekat dan sedikit mendidih dan sejukkan dan adunan ini dapat 8 sudu besar water roux.

Inti kacang merah yang readymade jual kat kedai.
caranya
1.kalau guna bread maker masukkan semua bahan kecuali inti kacang merah. dan tekan on sahaja sehingga siap dan boleh ke no 4.
2. uli tangan...campurkan semua bahan tad kecuali inti kacang merah dan uli hingga tidak melekat ditangan(tangan masih comot pun tak apa) selepas itumasukkan doh kedalam plastik. Ramas atau golek-golekkan plastik tersebut ditempat yang rata dan buatlah dalam masa 6-8minit(sambil nonton pun tak pa).Keluarkan dan kita nampak menjadi adunan yang elastik.Ulilah semula ambil masa seminit dua.
3.masukkan dalam bekas bertutup dan simpan tempat kena cahaya selama 1 jam atau naik 2 kali ganda.selepas itu keluarkan dan ditumbuk-tumbuk.
4.Bahagi doh kepada bulatan kecil  dan dimasukkan inti tadi dan boleh dipelbagaikan nak letak dalam bekas cup kek atau letakkan dalam bekas berpetak atau bulat(tapi kena alas dengan beking paper)kalu dalam bekas adunan pastikan jangan terlalu rapat)biarkan selama 40minit hingga 1 jam.selepas itu ambil sebahagian telur tadi dicampur susu cair/segar/tepung yang dicampur sedikit iair glisskan atas roti tadi.Taburlah dengan bijan d. Bakar selama 20 minit suhu 180 - 200c.

Sunday, 6 May 2012

Butter Prawn

Bahan-bahannya
10 ekor udang saiz besar
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 biji cili padi
2 tangkai daun kari
150gm mentega
3 biji kuning telur
1/2 kiub pati ayam
Gula
Garam

Udang dibiarkan kulitnya dan dibersihkan dan diperap dengan sedikit garam.
Panaskan kuali(jenis bergeluk) dan masukkan mentega.  Bila cair dan mendidih masukkan kuning telur (yang telah dipukul dengan garfu) kacau sehala dengan menggunakan senduk bulat.  Kacau tanpa henti sehingga berjurai dan nampak masak dan sedikit garing...Tapis dan toskan menggunakan penapis besi.
Lebihan minyak tadi masukkan semula dalam kuali.
Tumis bawang putih bersama halia yang telah dimayang dan dihiris nipis.
Apabila telah kekuningan masukkan udang, daun kari, cili padi(potong kecil2), kiub ayam dan gula.
Kacau sehingga udang agak masak dan masukkan sedikit juraian telur tadi.  Kacau seketika dan angkat dan ditoskan (dalam tapisan besi tadi)
Hidangkan dalam bekas dan masukkan lebihan telur tadi di atasnya.




Saturday, 5 May 2012

Hokkaido Cupcake

5 bji putih telur
1 sudu teh krim of tartar
80gm gula kastor

Cara Merringue...
Pukul putih telur bersama krim of tartar dan kemudian masukkan gula.  Pukul lagi sehingga beku atau kental(bila diterbalikkan tidak jatuh)

5 biji kuning telur
30gm gula kastor
40ml minyak jagung
40ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
60gm tepung kek
25gm tepung kastad
1 sudu teh beking powder(kesemua tepung dan beking powder diayak bersama)

Pukul telur bersama gula hingga sedikit kembang.  kemudian masukkan minyak dan susu. Pukul lagi seketika.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi.  Kacau.
Masukkan putih telur tadi(merringue) ke dalam adunan kek dan kacau secara kaup dan balik.
Panaskan oven terlebih dahulu.
Masukkan dalam cupcake dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180C .(5 minit pertama guna api bawah sahaja dan bakinya guna api atas dan bawah)

Kastad
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula halus
400ml susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega

Sebatikan dahulu tepung dan susu dan masukkan ke semua bahan lain dan masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan licin.

Apabila cupcake sudah masak, masukkan kastad dalam paipping (guna nozle muncung tajam) dan tekan dalam kek.Kek kita jadi berinti di dalamnya.

Friday, 4 May 2012

Donut


Bahan-bahan
400gm tepung Halus Superfine
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur dipukul dahulu dengan garfu
150ml air suam
1 1/2 sudu besar margerin
3 sudu besar gula
1 1/2 sudu teh yis kering
gula halus untuk salutan nanti

1. Buat doh. Kalau guna bread maker masukkan semua bahan dan tekan mengikut arahan menguli BM masing-masing dan terus ke langkah no. 4
2. Jika uli tangan, masukkan srmua bahan dan uli hingga tidak melekat pada tangan dan kemudian masukkan adunan ke dalam plstik dan digolek-golek di tempat rata selama 5 - 8 minit. dan keluarkan adunan selepas itu.
3. Kemudian perap adunan selama 40 minit dalam bekas tertutup.
4. Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk bagi mengeluarkan anginnya. Bahagikan doh kepada bahagian yang kecil dan biarkan selama 10 minit.
5. Alas dulang dengan kertas  bersih dan bulatkan bulatan kecil tadi menjkadi bulatan donat dan letakkan pada dulang yang beralas kertas tadi dan biar selama 40 minit.
6. Goreng donat menggunakan minyak yang banyak di atas api yang sederhana dan biar sehingga kekuningan.
7. Salut donat dengan gula halus tadi dan disimpan ditempat tertutup.

Thursday, 3 May 2012

Strawberry Mashmellow





300gm gula pasir
120ml air
240gm golden sirup
1 sudu kecil esen vanila
1 sudui besar strawberri emulco

40gm geletin
120ml air sejuk
Campur keduanya dan ketepikan

1 sudu besar gula ising
4 sudu besar tepung jagung\
Ayak keduanya

Masak gula pasir, golden sirup dengan air sehingga mendidih (biar betul-betul mendidih)
Angkat dan masukkan kedalam campuran geletin tadi.  Masukkan esen vanila dan straberri emulcu.  Putar dengan kelajuan sederhana pada mulanya dan beralih kepada kelajuan tinggi.  Putar selama 10 hingga 15 minit atau ianya betul-betul pekat.
Sapu loyang dengan minyak, kemudian curahkan mushmellow tersebut.  Simpan semalaman .
Apabila mashmellow sudah beku sapukan lapisan permukaann dan dasarnya dengan campuran gula ising dengan tepung jagung
Potong memanjang dengan pisau pizza dan gunting kecil-kecil.  Salut dengan campuran gula ising tadi.

Puding Cocktail




1 1/2 tin susu cair
1  tin air dari buah dalam tin
1 biji telur dipukul dengan garfu
beberapa kuntum bunga cengkih
Gula
Sedikit garam
Campurkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih (bila nampak sekali mendidih terus matikan api..jangan berketul)

Agar-agar
1/2 tahil agar-agar kering
5 gelas air
Gula (4 senduk)
Masak agar-agar bersama air dan gula sehingga kesemuanya hancur dan bolehlah dibahagikan dalam beberapa bekas dan warnakan mengikut warna masing-masing

Kastad
3 sudu besar tepung kastad
1/2 gelas susu cair
2 1./2 gelas air
3 sudu besar gula
Kacau semuanya atas api yang perlahan sehingga pekat dan mendidih dan sejukkkan dalam bekas.

Agar-agar yang telah beku dipotong kecil-kecil, begitu juga dengan kastad.
Campurkan kesemuanya dan ditambah juga dengan buahan tin dan juga ais kiub.