translate

Thursday 17 January 2013

Apam Nasi




2 cawan nasi

4 cawan tepung beras
2 cawan gula
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis
2 peket Eno
Pewarna makanan

Cara-caranya
Nasi diblender bersama air hingga hancur.
Kemudian masukkan gula, tepung beras dan yis, diblender lagi sampai sebati.
Keluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.
Simpan semalaman.
Keesokkannya kacau semula adunan tersebut sehingga sebati dan masukkan Eno.  Kacau.
Bahagikan adunan kepada beberapa bekas dan bolehlah dimasukkan pewarna mengikut kesukaan.
Panaskan pengukus.  Buka api kuat.
Apabila air betul-betul menggelegak(mendidih) kukuslah apam menggunakan acuannya.  Kukus selama 10 minit.
Keluarkan dari acuan dan dihidangkan bersama kelapa parut yang telah dikukus dan selepas itu digaul dengan sedikit garam.


12 comments:

  1. cantiknya..masa kukus api perlahan ke kuat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kukus api kuat..tapi jangan kuat sangat sekadar kita tahu air dlm pengukus tu mendidih...

      Delete
  2. Kak..tu guna yis kering ke basah...

    ReplyDelete
  3. Kak eno tue yg slalu org minum lps mkn tkt kembong prt erk..wane biru ker kak

    ReplyDelete
  4. Kak eno tue yg slalu org minum lps mkn tkt kembong prt erk..wane biru ker kak

    ReplyDelete