translate

Tuesday 30 April 2013

Kek Kukus Pelangi


Terima kasih pada Che CT atas perkongsian resepi yang menarik dan sedappp..

Bahan-bahannya
6 biji telur
2 biji kuning telur
250gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh ovelette
175gm santan kotak(kak guna 200gm)
200gm tepung kek(cara nak buat tpg kek rujuk blog kak sebelumnya)
Pewarna ungu,biru gelap, biru muda, kuning,orange dan merah

Caranya
Panaskan pengukus
Putar telur bersama ovelette dan gula hingga kembang.(putar sekitar 5 minit)
Masukkan tepung kek dan vanila.  Kacau biar sebati.
Masukkan santan.  Biar sebati.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan.
Alaskan loyang dengan kek kek dan masukkan adunan bahagian yang berwarna ungu dan kukus selama 10 minit(tutup loyang dengan kertas aluminium.
Lakukan proses melapis hingga yang terakhir(yang terakhir kukus selama 20 minit)
Sejukkan.


Monday 22 April 2013

Kerutuk Puyuh

4 ekor puyuh belah 2
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Setengah inci halia
2 inci lengkuas
2 sudu besar rempah kari kerutuk
Sebatang serai
1 sudu besar cili giling
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga hindi
Sehelai daun pandan
1/2 keping gula melaka(boleh dikurangkan)
1 sudu besar asam jawa(ini yang ada biji-bijinya kalau beli yang adabi punya kena kuranglah sedikit dan boleh juga ditukar kepada 2 keping asam gelugur)
Selabu bawang besar
2 biji kentang
Sebiji lada hijau
2 cawan santan pekat
Minyak untuk menumis

Puyuh dibersihkan dan ditoskan
Bawang merah, putih dan halia diblender,
Panaskan minyak dan tumislah bahan blender tadi.  Apabila naik bau, masukkan cili giling dan dikacau seketika.  Masukkan pula rempah kasar seperti kulit kayu manis, pelaga hindi dan bunga lawang.
Masukkan rempah kari kerutuk dan masukkan sedikit air.  Kacau seketika dan masukkan juga lengkuas dan serai yang telah diketuk dan dipecah-pecahkan .  Apabila kita nampak bahan-bahan ini sudah pecah minyak masuklah daging puyuh dan sedikit air.Kacau seketika dan masukkan air asam jawa, gula melaka. garam dan santan.  Bila sudah sekali mendidih masukkan ubi kentang yang telah dibelah dua dan masukkan juga lada hijau sekali.    Biarkan kuah kita pekat dan naik minyaknya.Rasalah manis masinnya dan tambahlah gula kalau mahu.  Sebelum diangkat masukkan bawang besar yang telah dipotong tebal-tebal dan apabila layu bolehlah diangkat kari kerutuk kita.
PS kalau nak masukkan kerisik lagi bagus...kak malas nak buat...

Friday 19 April 2013

Akak Berlauk

Bahan-bahannya
9 biji telur(yang baru keluar peti sejuk)
60gm gula halus
80gm tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanila
Serunding daging secukupnya

Caranya
Panaskan ketuhar dengan suhu 170- 180C
Pukul telur sehingga berbuih.  Masukkan gula pukul/putar lagi sehinggga pekat.
Masukkan tepung dan esen vanila
Kaup dan balik dan pastikan semuanya sebati.
Alas loyang dengan kertas kek.
Masukkan separuh dari adunan dan bakar selama 10 minit.
Keluarkan dan tabur dengan inti/serunding.
Masukkan lebihan adunan tadi.
Bakar selama 20 minit lagi.
Sejukkan seketika.

PS.yang ni kak buat sendiri inti dagingnya dengan menggunakan rempah kurma..
Bila kesempatan kak akan tuliskan resepinya....


yang ni inti serunding daging...

Thursday 18 April 2013

Kek Lapis Betawi

Terima kasih pada blog citarasawan atas resepi kek lapis ini.

Bahan-bahannya
Bahan A
300gm mentega
150gm gula kastor
14 biji kuning telur
6 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
150gm gula kastor
7 biji putih telur
1/4 sudu teh krim of tartar

bahan C
180gm tepung hongkong
2 sudu teh rempah campuran
1sudu teh baking powder

Pewarna(kak guna 3 pewarna berlainan dalam setiap adunan dan 1 adunan warna plain(asal)

Bahan Sapuan
3 sudu besar margeri
2 sudu besar susu pekat manis

Caranya
Putar mentega dengan gula sehingga kembang.
Masukkan susu pekat dan esen.  Putar lagi.
Masukkan kuning telur satu persatu.  Putar sehingga kembang.
Ketepikan seketika.

Putar putih telur(pastikan mesin pemutar telah dibersihkan dan dikeringkan dahulu) sehingga berbuih.
Masukkan gula kastor dan krim of tartar.
Putar sehingga pekat dan beku.

Panaskan ketuhar dengan sauhu 180C.
Ayak bahan C dan masukkan dalam adunan bahan A.  Kacau biar sebati.
Masukkan bahan B dan kacau dengan cara kaup dan balik.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian sama banyak.
Warnakan ketiganya dan satu warna asal.
Sediakan loyang dan alas dengan kertas kek.
Ambil 3 sudu besar adunan dan ratakan.
Bakar selama 10 minit dengan api atas dan bawah.,
Keluarkan dari ketuhar dan tekan kek supaya mampat.
Sapu dengan bahan sapuan.
Masukkan 3 sudu besar adunan lain warna dan bakar dengan api atas sahaja selama 10 minit.
Keluarkan dan tekan seperti tadi dan sapu dengan bahan sapuan.
Lakukan proses berulangan sehingga habis.
Untuk lapis terakhir bakar selama 15 minit dengan api atas dan bawah.
Keluarkan dari loyang dan bolehlah dipotong.

Wednesday 17 April 2013

Roti Floss Ayam


Bahan A
500gm tepung roti(resepi kali ini kak hanya guna tepung gandum aje)
220ml air suam
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan guna sebahagian aja)
3 sudu besar shortening(lemak sayur)
2 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla
4 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)



Bahan B
Mayonis
Fluff ayam

Satukan semua bahan A  kecuali air suam dalam mangkuk.
Masukkan sedikit demi sedikit air dan satukan supaya menjadi doh yang masih lagi kasar.
Masukkan doh tersebut ke dalam beg plastik(yang bersih) dan golek-golekkan di atas permukaan yang rata atau nak tenyeh-tenyehkan di dalam mangkuk adunan tadi pun ok juga.
Lakukan selama 5 minit(doh kita nampak elastik)
Keluarkan dari beg plastik dan uli balik di dalam mangkuk tadi bagi membentuk doh yang bulat.(seminit dua aje)
Tutup permukaan mangkuk(kak guna jenis besi) dengan plastik pembalut makanan.
Panaskan ketuhar dan letak redai besi di atas(kat luar) ketuhar kita tersebut.
Suhu 160C selama 25 minit.
Letak mangkuk adunan doh di atas redai tadi(adunan berada di luar ketuhar)
Apabila masa sudah tamat biarkan seketika lagi(20 minit dan mangkuk dan ketuhar masih panas/suam)
Apabila adunan sudah mengembang boleh buka penutup plastik dan dengan menggunakan penumbuk tangan kita tumbuk-tumbukkan adunan yan g mengembang itu.
Uli dan bulatkan semula.
Buat bulatan/ketulan yang kecil dan biarkan ia seketika(alaskan dengan kertas semasa kita letakkan ketulan kecil tersebut)
Bulatkan adunan dan masukkan ke dalam kertas cup cake dan biarkan selama 30 - 40 minit.
Panaskan ketuhar.
Masukkan roti ke dalam petitin dan sapu permukaan adunan dengan lebihan telur(campur dengan sedikit susu cair)
Bakar selama 20 - 25 minit dengan suhu 180C
Bila masak sejukkan seketika dan sapu sedikit mayonis dan tabur floss ayam di atasnya.



Sunday 14 April 2013

Nasi Ayam

Setengah ekor ayam(potong mengikut kesukaan)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
Serbuk lada hitam
sedikit gula (kalau mahu manis sikit dan boleh tambah sedikit garam)
 caranya
1.Bawang merah, putih dan halia diblender dan dilumurkan ke dalam ayam yang telah dibersihkan.
2.Campurkan juga bersama sos tiram dan kicap dan sedikit gula. Biarkan 10 minit dan kemudian dimasak atas api yang perlahan.Taburkan sedikit dengan lada hitam diatas ayam tersebut.   Apabila ayam sudah masak,  gorenglah ayam tersebut dengan minyak yang sedikit.(kuah air rebusan tadi jangan dibuang sebab akan dijadikan sos kicap)

Sos Kicap
Air rebusan perapan ayam tadi dimasak bersama sedikit tepung jagung sehingga mendidih.

Sos Lada
Cili merah
seulas bawang putih
Sesenduk air sup
Sedikit cuka
1 sudu besar sos cili
gula dan garam
Semua bahan diblender dan rasalah mengikut kesukaan

Sup Ayam
Bahagian ayam yang tidak digunakan untuk perapan ayam seperti sayap, kaki,tengkuk dan apa2 aja...
3 ulas bawang putih
sedikit halia
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga 
2 kuntum bunga lawang
Serbuk lada hitam
garam dan perasa
Semua bahan ini direbus dengan air yang secukupnya (lebihkan air sebab nak guna juga sedikit bagi memasak nasi..caranya kita masak semua bahan tadi bila sedikit mendidih kita ambillah bahagian untuk memasak nasi dan yang selebihnnya dibiarkan mendidih dengan agak lama)

Nasi Ayam
Beras dimasak bersama air rebusan ayam tadi, bersama daun pandan dan serbuk kunyit(masaklah seperti sukatan memasak biasa)

Thursday 11 April 2013

Apple Puff


Kulit puff pastry(4X4)secukupnya
Telur(pukul dengan garfu)
Inti
6 biji buah epal..merah dan hijau(kupas kulit dan potong kecil)
100gm gula perang
1 sudu besar gula kastor
Sebatang kulit kayu manis
50gm kismis
30gm valnut(cincang)
1/2 sudu besar tepung jagung
50gm air

Masak epal bersama gula perang dan kastor hingga gula hancur.  Masukkan kulit kayu manis,.  Masak sehingga epal empuk.  Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Masukkan valnut dan kismis.   Kacau seketika sehingga pekat.  Sejukkan.

Caranya
Ambil sekeping kulit puff pastry masukkan inti dan lipat secara segi tiga atau pun gulung memanjang.
Kemaskan dengan menekan hujungnya dengan garfu(kalau yang buat segi tiga)
Letak dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kek.
Sapu permukaan puff dengan telur.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.  Bakar selama 25 minit dengan suhu 180 - 200C.

Monday 8 April 2013

Puff Sosej, Cendawan Berkrim Keju

Puff Pastry
Cutter bulat (ukuran 5 inci dan 4 inci)
Telur(pukul dengan garfu)

Panaskan oven dengan suhu 180 - 200C
Guna cutter 5 inci terap kulit puff pastry untuk dua keping
Sapu telur pada satu bulatan kulit puff tersebut.
Untuk satu bulatan lagi terap pula dengan cutter 4 inci.  Dapatkan bulatan pastry berbentuk cincin.
Ambil bulatan cincin tersebut dan letakkan ke atas pastry yang telah disapu telur tadi.
Sapu pastry cincin tersebut dengan telur.
Alas loyang dengan kertas kek dan susun puff pastry tersebut.
Bakar selama 25 minit atau sehingga kulit kekuningan.
Bila keluar dari oven tekan bahagian dalamnya supaya pastry menjadi bakul.

Inti
4 batang sosej(rebusdan dipotong nipis)
Sekeping daging burger(ramaskan)
4 biji cendawan butang tin(potong nipis)
Setengah labu bawang besar(dadukan)
1 ulas bawang putih(Mayang dan dadukan)
2 sudu besar krim sos campuran(kak guna jenama IKEA)..kalau nak guna serbuk cheese pun ok
Sedikit parutan mozarella
Serbuk lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis
Hiasan
Cili merah(potong nipis)
Daun bawang(potong nipis)

Panaskan minyak masukkan bawang putih dan bawang besar.  Biarkan layu.
Masukkan burger.  Kacau seketika.
Masukkan sosej dan cendawan.  Masukkan lada hitam.
Masukkan krim sos campuran yang telah dicairkan dengan sedikit air.
Masukkan parutan mozarella dan sedikit bahan perasa/gula.

Cara menghidang
masukkan inti ke dalam bakul puff dan tabur dengan bahan hiasan tadi.




Saturday 6 April 2013

Kek Lapis Tiga Rasa



Sumber Mummy Ryan
Kek Lapis DwiRasa Mummy Ryan
Sorry kak tukar nama kepada Kek Lapis Tiga Rasa.

Bahan
6 biji telur
1 1/2 cawan tepung hongkong
1 cawan gula halus(tuan punya resepi guna 1 1/2 cawan)
250gm mentega
1 cawan horlick
1 sudu teh ovellete
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu pekat manis(505)
Pes strawberri(merah)
Pes pandan(hijau)
Coklat emulco

Panaskan oven suhu 180C
Putar mentega bersama gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan esen dan ovellete.Putar lagi biar sebati.
Masukkan susu.Putar kelajuan sederhana.
Masukkan tepung dan horlick sedikit demi sedikit(kelajuan perlahan)
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan perisa seperti di atas.
Sapu loyang dengan lebihan mentega tadi dan alas loyang dengan kertas kek.
Masukkan 3 sudu besar adunan coklat dan sapu rata.
Bakar api atas dan bawah selama 10 minit.
Keluarkan dan tekan kek supaya sedikit mampat.
Masukkan 3 sudu besar adunan lain warna dan ratakan.  Bakar api atas sahaja selama 10 minit.
Lakukan sehingga semua adunan habis.
Untuk lapisan terakhir bakar api atas dan bawah selama 15 minit.
Keluarkan dan sejukkan.
Bila dibilang-bilang ada 18 lapisan kesemuanya....

Thursday 4 April 2013

Kek Coklat Berlapis Keju dan Oren

Bahan-bahannya
200gm tepung gandum 
100gm serbuk koko
50gm serbuk badam
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonat
3 biji telur
200gm gula pasir halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Lapisan krim keju
250gm krim keju
70 gm gula halus
1 biji telur 
20gm tepung gandum
1 sudu teh jus lemon
25ml air
Oren filling

Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bicarbonate sebanyak 2 kali.
Putar telur dengan gula hingga kembang.  Masukkan bahan ayak dan serbuk badam .  Kacau.
Masukkan minyak masak.  Kacau.
Masukkan susu dan air panas.  kacau hingga sebati dan berkilat.
Sapu loyang(9x9 inci) dengan margerin dan di alas dengan kertas kek(lebihkan kertas kek tersebut untuk menyenangkan untuk mengangkatnya nanti bila kek sudah masak).
Simpan 2 sudu besar adunan kek untuk marble.
Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian.  Masukkan satu bahagian ke dalam loyang dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180C (5 minit pertama bakar dengan api bawah dan masa selebihnya api atas dan bawah)
Masukkan sebahagian adunan krim cheese ke atas kek coklat dan letakkan oren filling di atasnya(masukkan oren filling ke dalam asing beg dan paipkan secara jaluran memanjang di atas lapisan krim keju.  Buat beberapa baris sehingga sampai ke tepi loyang). , bakar selama 15 minit.
Keluarkan dan tuang bahagian yang kedua dan bakar semula selama 20 minit lagi dan lakukan cara pembakaran seperti lapisan yang pertama tadi.
Apabila kek masak tuang lebihan adunan krim cheese dan paipkan lakaran marble di atasnya.
Bakar semula selama 15 minit.


Lapisan krim keju
250gm krim keju
70 gm gula halus
1 biji telur 
20gm tepung gandum
1 sudu teh jus lemon
25ml air

Putar krim keju dengan gula hingga kembang.  Masukkan telur.  Putar.
Masukkan tepung gandum, jus lemon dan air.  Putar biar sebati.