translate

Sunday 25 August 2013

Ayam Berempah

Setengah ekor ayam(potong mengikut kesukaan)
1 labu bawang besar(kisar)
5 biji bawang putih(kisar)
Seinci halia(kisar)
2 inci lengkuas(kisar)
3 batang serai(kisar)
Seinci kunyit(kisar)
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar ketumbar(goreng kering dan kisar)
1/2  sudu besar jintan manis(goreng kering dan kisar)
1 sudu besar jintan putih(goreng kering dan kisar)
1 sudu teh paprika
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar rempah kari Babas/Alagapas
3 sudu besar tepung jagung
Sebiji telur
Daun kari
Sedikit cuka(1 sudu teh)
Garam dan perasa secukupnya

Ayam dibersihkan dan ditoskan.
Campurkan semua bahan kisar, paprika, cili giling , lada hitam dan rempah kari babas/alagapas pada ayam dan ditambah dengan sedikit cuka, sedikit perasa dan garam secukupnya.
Masukkan telur dan daun kari.  Gaulkan pada ayam tersebut.
Masukkan tepung jagung dan gaul serata.
Perap selama 4 jam.
Goreng dengan minyak yang banyak dengan api yang sederhana sehingga keperangan atau masak.

Thursday 22 August 2013

Udang Kam Heong





Bahannya
10 ekor udang segar saiz besar (biarkan kepala dan ekornya dan ditanggalkan bahagian tengah)..kak tak buang, untuk lebih mudah semasa nak makan lebih baik buang kulit tengahnya.
4 biji bawang putih(mayang nipis)
1 biji bawang merah besar(potong dadu)
Sedikit halia(dihiris dan dipotong nipis)
Beberapa biji cili padi(potong kecil)
2 sudu besar udang kering(direndam dengan air panas dan ditoskan dan dicincang kecil)
1 sudu rempah kari daging(dibancuh dengan sedikit air..jadikan pes)
2 sudu besar taucu
Setangkai daun kari
Gula dan garam
Sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama bawang merah dan halia.
Masukkan juga cili padi.
Apabila naik wangi masukkan udang kering.  Goreng seketika(seminit dua)
Masukkan pes kari dan taucu.
Masukkan udang dan daun kari.
Masukkan juga bahan perasa(gula dan sedikit garam(kalau perlu)
Goreng sehingga udang masak.

Tuesday 20 August 2013

Biskut Suji

Bahannya
1 tin kecil minyak sapi (200gm)
400 - 500gm tepung rose kuning
130gm gula asing
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Pewarna merah dan hijau
Gula kastor untuk salutan

Ayak tepung rose kuning dengan baking powder dan soda bicarbonat.
Pukul minyak sapi, gula asing dan asen vanila hingga sebati.
Masukkan tepung dan uli biar menjadi doh yang lembut.
Bahagian kepada 3 ketulan.
Dua daripadanya warnakan setiap ketul dengan warna tersebut(kesukaan)
Ambil sedikit daripadanya dan digolek menjadi batang yang memanjang.
Buat sama besar dan panjang untuk setiap warna.
dua daripadanya dirapatkan dan satu lagi diletak di atasnya.
Golek-golekkan supaya nampak melekat dan bercantum.
Potong sama ukuran dan dengan menggunakan tapak tangan golek-golekkan supaya menjadi bulatan seperti guli.
Bakar atas dulang pembakar selama 25 minit dengan suhu 180C.
Sejukkan sebelum digolekkan dengan gula
Simpan dalam bekas kedap udara.


Monday 19 August 2013

Pisang Cheesecake

4 biji telur..asingkan
200gm gula perang
1 cawan minyak masak
50gm gula kastor
1 1/2 cawan pisang yang telah dilecekkan
1 sudu teh esen vanilla
50gm walnut cincang
50gm kismis hiris halus

Bahan-bahan yang diayak bersama
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung 
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh beking powder
1/2 sudu teh garam

Kuning telur diputar bersama gula perang hingga kembang.
Dengan menggunakan senduk, masukkan minyak masak,  pisang dan esen vanilla.  Kacau biar rata.
Masukkan bahan yang diayak tadi.
Masukkan walnut cincang dan kismis dan gaul rata hingga sebati dan ketepikan.

Putih telur diputar hingga kembang dan beku.  Masukkan gula kastor dan putar lagi hingga beku dan berkilat..

Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan yang pertama tadi dan kacau hingga sebati
glis tin pembakar dan alas dengan kertas kek yang dibiarkan terlebih  dari ketinggian loyang dan bakarlah kek kita selama 1 jam dengan suhu 180 C

Lapisan krim keju
250gm krim keju
70 gm gula halus
1 biji telur 
20gm tepung gandum
25ml air


Putar krim keju bersama gula hingga sebati.
Masukkan telur, putar hingga kembang.
Masukkan tepung dan air, putar biar sebati

Apabila kek sudah masak tuang adunan krim keju ke atasnya(simpan 2 sudu besar untuk marble)
Campurkan dengan sedikit pewarna pada lebihan adunan tadi dan buat lakaran marble di atasnya..
Bakar selama 15 minit.
Keluarkan dengan menggunakan lebihan kertas tadi(biar kek sejuk dahulu sebelum dikeluarkan.

Untuk cara melorek marble

http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/03/green-velvet-cheese-cakestep-by-step.html



Saturday 17 August 2013

Puding Biskut

Bahannya
10gm agar-agar serbuk
700ml air
7 keping biskut krim cracker
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
2 sudu besar oren sunquick
2 biji telur
2 sudu besar tepung kastad
5 sudu besar gula
Sedikit garam
1 sudu teh vanilla
Pewarna(merah dan hijau)

Caranya
Masak agar-agar bersama air hingga mendidih..
Blender biskut bersama telur, susu manis dan pekat, sunquick, tepung kastad, gula, vanila dan garam sehingga hancur.
Masukkan ke dalam agar-agar tadi.  Biar mendidih sekali lagi.  Angkat.
Bahagikan kepada 3 bahagian.  Warnakan dua bahagian dan plain satu bahagian(yang plain separuh lebih banyak.
Basahkan bekas/loyang.
Sendukkan(senduk besar) adunan berwarna secara berselang seli.
Lakukan sehingga habis.
Bekukan.

Friday 16 August 2013

Kek Marble

Bahannya
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar susu tepung.
1 cawan gula kastor
1 cawan margerin
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
Pewarna merah dan hijau

Caranya
Ayak tepung gandum dan tepung jagung bersama baking powder
Pukul gula dengan margerin hingga kembang.
Masukkan telur dan dipukul lagi biar kembang
Masukkan esen vanila, 
Masukkan tepung .  Putar dengan kelajuan sederhana..
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian, Tambahan sedikit pewarna mengikut kesukaan dan satu bahagian biarkan kosong.  Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas dengan kertas kek secara berselang seli sehingga habis.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar dengan suhu 180C selama 45 minit.
Seperti biasa bakar guna api bawah dahulu dan bila berbaki 30 minit barulah dibakar guna api atas dan bawah. 

Thursday 15 August 2013

Puding Tapai Ubi Kayu





Bahan-bahannya
1/2 bungkus agar-agar bertali yang beratnya 37.5gm
1000ml air

Masak agar-agar hingga hancur dan bahagikan kepada 2 periuk.

Lapisan bawah dan atas
1 cawan susu cair
300gm tapai ubi
2 biji telur
2 sudu besar tepung kastad
2 senduk gula
Sedikit garam

Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar hingga hancur.
Masukkan ke dalam agar-agar yang sedang mendidih. dan kacau sehingga pekat,
Masukkan sebahagiannya ke dalam loyang dan sebahagian lagi rendam periuk dalam air panas.
Biarkan yang dalam loyang itu membeku bahagian atasnya.

Masak agar-agar periuk kedua dengan(lapisan tengah)
Sebungkus cendol(ditoskan airnya)
Lokcong(rupa parasnya seakan cendol tapi bewarna merah)..toskan airnya
Secawan susu cair
Pastikan agar-agar mendidih semula terlebih dahulu baharulah dimasukkan bahan-bahan tersebut.
Tuang perlahan-lahan ke atas agar-agar yang membeku tadi.
Biarkan beku sedikit.

Masukkan agar-agar yang pertama tadi pada lapisan kedua dan biar ia membeku.
Lapiskan dengan kristal jelly(nasihat kak tak perlu)..kak sekadar ingin mencuba..ternyata ianya agak menyukarkan kita untuk memotongnya.

Wednesday 14 August 2013

Kek Coklat


Bahan-bahannya
200gm tepung gandum diayak 2 kali
100gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonat
3 biji telur
200gm gula pasir halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder dan soda bicaobonat.
Pukul telur bersama gula hingga kembang.
Masukkan susu dan minyak.  Pukul lagi.
Masukkan tepung.  Putar sebati
Masukkan air panas.  Kacau biar berkilat.
Panaskan ketuhar dengan suhu 180C
Alas loyang dengan kertas kek dan masukkan adunan.
Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.

Toping
2 sudu besar margerin
6 sudu besar susu pekat manis
6 sudu besar serbuk koko
Air panas secukupnya untuk melikatkan adunan

Tuang toping ke atas kek dan taburkan dengan coklat rice

Sunday 4 August 2013

Kerutuk Serati

Seekor serati(sederhana besar)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Setengah inci halia
2 inci lengkuas
4 sudu besar rempah kari kerutuk
1 sudu besar rempah kari daging
Sebatang serai
1 sudu besar cili giling
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga hindi
1 sudu teh lada hitam (biji)
Beberapa  kuntum  bunga cengkih
Sehelai daun pandan
Sekeping gula melaka(boleh dikurangkan)
1 sudu besar asam jawa(ini yang ada biji-bijinya kalau beli yang adabi punya kena kuranglah sedikit dan boleh juga ditukar kepada 2 keping asam gelugur)
Selabu bawang besar (dibelah dua)
2 biji kentang
Sebiji lada hijau
4 cawan santan 
2 sudu besar kerisik(kak tak masukkan...)
Minyak untuk menumis

Serati dipotong mengikut kesukaan dan dibersihkan..
Bawang merah, putih dan halia diblender,
Panaskan minyak dan tumislah bahan blender tadi.  Apabila naik bau, masukkan cili giling dan dikacau seketika.  Masukkan pula rempah kasar seperti kulit kayu manis, pelaga hindi, lada hitam, bunga cengkih dan bunga lawang.
Masukkan rempah kari kerutuk dan kari daging dan masukkan sedikit air.  Kacau seketika dan masukkan juga lengkuas dan serai yang telah diketuk dan dipecah-pecahkan  Apabila kita nampak bahan-bahan ini sudah pecah minyak masuklah ayam dan sedikit air.Kacau dan tutup tudung periuk.  Kacau dan pastikan  jangan sampai hangit.(kalau nak guna periuk tekanan(kak guna) lagi bagus tapi pastikan air dimasukkan mencukupi untuk mengelak hangit).  Apabila serati kita  sudah empuk masukkan air asam jawa, gula melaka. garam dan santan.  Bila sudah sekali mendidih masukkan ubi kentang yang telah dibelah dua dan masukkan juga lada hijau sekali.  Masukkan juga kerisik kelapa tadi.  Biarkan kuah kita pekat dan naik minyaknya.Rasalah manis masinnya dan tambahlah gula kalau mahu. Sebelum diangkat masukkan bawang besar yang telah dipotong dua dan apabila layu bolehlah diangkat kari kerutuk kita.

Saturday 3 August 2013

Puding Raja

Bahan-bahannya
7 biji kuning telur
Pewarna kuning
500ml air
250gm gula
10 biji gula batu
sebatang kulit kayu manis
Sehelai daun pandan

Caranya
Kuning telur dan sedikit pewarna kuning dipukul dengan garfu dan ditapis.  Biarkan selama setengah jam.
Masukkan ke dalam bekas/botol roti jala atau buat kelongsong daun pisang..
Masak air bersama gula, gula batu,kulit kayu manis dan daun pandan .  Biarkan sehingga mendidih dan keluarkan kulit kayu manis dan daun pandan tersebut.
Kiraikan kuning telur tadi ke dalam air gula yang sedang mendidih (kalau guna botol roti jala kita hendaklah picit botol tersebut untuk telur keluar dari muncung roti jala.
Menggunakan garfu atau sebagainya kacau-kacau sedikit jala mas yang ada dalam air mendidih tersebut.  Angkat dan toskan.  Lakukan proses ini sehingga adunan telur kita habis.  Toskan selama yang boleh dan kiraikan untuk dihidangkan bersama bahan tabur dan sosnya.

Sos/Kuah
3/4 tin susu cair
1/2 tin air
2 biji kuning telur(pukul dahulu dengan garfu)
1 sudu besar tepung kastad(bancuh dengan sedikit air)
1 sudu teh vanila
Gula pasir secukupnya
Sehelai daun pandan
Sedikit garam

Masak kesemuanya atas api yang perlahan sehingga mendidih.

Bahan-bahan Tabur
Pisang mas yang digoreng(sapu dahulu dengan minyak sapi(kak guna pisang salai aje)
Buah gajus
Ceri
Kismis
Prum(kak tak masukkan)
Kurma

Thursday 1 August 2013

Puding Cracker Berwarna

Bahan
1/2 bungkus agar-agar bertali(yang beratnya 37.5 dan kita guna separuh daripadanya)
3 1/2 mug air atau 1000ml
7 keping biskut krim cracker
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
2 sudu besar oren sunquick
2 biji telur
2 sudu besar tepung kastad
5 sudu besar gula
Sedikit garam
1 sudu teh vanilla
Pewarna(merah dan hijau)

Caranya
Masak agar-agar bersama air hingga hancur.
Blender biskut bersama telur, susu manis dan pekat, sunquick, tepung kastad, gula, vanila dan garam sehingga hancur.
Masukkan ke dalam agar-agar tadi.  Biar mendidih sekali lagi.  Angkat.
Bahagikan kepada 3 bahagian.  Warnakan dua bahagian dan plain satu bahagian(yang plain separuh lebih banyak.
Basahkan bekas/loyang.
Sendukkan(senduk besar) adunan berwarna merah di tengah loyang.  Sendukkan bahagian berwarna kosong di atasnya(tengah juga) dan sendukkan juga yang bewarna hijau di tengahnya juga(ia akan nampak berbelang bulat)
Lakukan dengan adunan berwarna kosong setiap adunan berwarna.  Lakukan sehingga habis
Bekukan.