translate

Tuesday 29 October 2013

Tart Portugis

Bahannya
20 - 25 keping kulit puff pastry(jenama Kawan)

Inti
3 biji telur
85gm susu segar
120gm gula pasir
220ml air panas
1 sudu teh vanila

Larutkan gula dalam air panas.  Kacau biar hancur.
Satukan dengan susu, telur dan esen vanila.  Pukul biar sebati.
Masukkan ke dalam kulit pastry dan bakar dengan suhu 190C selama 25 - 30 minit.

Kulit puff pastry
Gunakan cutter bentuk cincin bagi setiap keping kulit puff.(guna cutter saiz besar sekali..yang ada 3 saiz tu..)
Masukkan dalam bekas besi yang sesuai, tekan biar rapat ke dindingnya.(bekas tersebut disapu terlebih dahulu dengan margerin)
Masukkan inti dan bakar sehingga masak.
Sesuai dihidangkan ketika panas(dimakan segera)
Bagi mengelakkan pembaziran tak perlulah dipotong dengan cutter cincin...Sekadar masukkan kulit puff dan biarkan ia membentuk bunga(sebab 4 penjurunya naik ke atas)

Saturday 26 October 2013

Kek Coklat Kukus


Sumber untuk resepi kek coklat dari Rozilah Abdullah.
Bahannya(kek coklat)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
Semua bahan diayak.

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 sb susu  tepung
Kacau sebati semua bahan dan dimasak atas api yang perlahan hingga mendidih pastikan jangan hangit..guna whisk/pemukul telur.  Ketepikan.

2 biji telur
1 sk esen vanila

50ml air panas

Masukkan bahan ayak ke dalam bahan yang dimasak.  Kacau sebati.
Masukkan telur dan esen vanila.  Putar sekejap.
Masukkan air panas.  Kacau sebati.
Masukkan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kek.
Kukus dalam periuk yang telah mendidih airnya.(pastikan loyang telah ditutup dengan aluminium foil)
kukus selama hampir 1 jam.

Topping
6 sb serbuk koko
6 sb susu pekat
2 sb margerin
Sedikit air panas
Masukkan semua bahan.  Kacau dan tambah dengan sedikit air panas (pasti topping jangan terlalu pekat)
Tuang ke atas kek tadi.  Masukkan dalam peti sejuk seketika.

Thursday 24 October 2013

Kek Butter Cheese

Butter Cheese Cake
Sumber : Rohaimi Ahmad
Terima kasih pada Rozilah Abdulah kerana tagkan resepi kek ini pada kak yah.

Bahan2nya;

100gm butter + 200gm cheese
180gm gula halus
4 biji telur gred A
250gm tepung gandum
50gm susu tepung
50ml susu cair(kakyah guna susu segar)
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1 sk esen vanilla

Cara2nya;

1) Putar gula + butter & cheese sehingga kembang
2) Masukkan telur 1 per 1
3) Masukkan tepung,susu tepung,baking powder,soda bikarbonat dan esen vanilla -putar
4) Masukkan susu cair - putar
5)Adunan ni memang likat sedikit - adunan siap
6) Sediakan loyang bersaiz 8' sapu keliling dgn majerin dan taburkan tepung...lapik dgn kertas minyak
7) Bakar pd suhu 150'c selama 45 minit atau sehingga masak
 Setelah masak...biarkan selama 5 minit didlm loyang bagi tepi2 loyang tu renggang sikit supaya senang nk dikeluarkan kek tu nanti
9) Terlungkupkan permukaan kek tu diatas papan kek...tarik kertas minyak perlahan2...dah siap
(kakyah guna loyang 4 persegi saiz 7inci..lebih baik guna 8inci..kak tak ada loyang saiz tersebut.)
 Resepi asal tidak ada marble..kakyah suka2 buat marble...

Thursday 10 October 2013

Pizza Bunga


250 gm tepung roti
140ml air suam
1 1/2 sk mauripan
1 sk gula
1/2sk garam
1sb marjerin
oregano
Mozarella(dipotong dadu agak besar(untuk dimasukkan dalam bulatan kecil)
1.Masukkan semua bahan dan kalau guna BM tekan butang menu Dough dan tunggu siap dan boleh ke 4
2.Kalau uli tangan masukkan semua bahan dan uli  hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit.Keluarkan dan uli seketika.
3 Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 1 jam. Apa bila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin,
4.Bahagikan adunan kepada dua bahagian satu dicanai bulat dan bahagian yang satu lagi dibulatkan sebanyak 20 bahagian yang kecil. Bahagian yang kecil dimasukkan mazarela yang dipotong dadu tadi dan dikemaskan dengan membulatnya..
5.Letakkan ditepi adunan yang dicanai bulat tadi tak perlu terlalu rapat sebab bila menyembang ianya akan menjadi rapat2 juga.Biarkan selama 40 minit dan sebelum bakar cucuk dasarnya dengan garfu dan disapu dengan campuran sos tomato campur chili yang telah dicampur dengan sedikit oregano., 6. Tabur ketulan ayam dan udang yang telah digoreng dengan bawang putih bercampur sedikit oregano.
7 Seterusnya ditaburkan juga dengan nenas, potongan sosej (yang telah direbus terlebih dahulu), bawang besar yang telah dipotong dadu dan cendawan tin dan tomato.
8 Akhirnya,  lapisan atas taburkan dengan parutan mozarela, ceddar dam sedikit permessan
.Bakar selama 25 minit dangan suhu 180C atau sehingga masak.

Bahan untuk topping
Ketulan kecil isi ayam
Udang segar(dibuang kulit dan dipotong kecil)
2 ulas bawang putih
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh oregano
Sedikit garam
Tumis sedikit minyak dan masukkanlah bawang putih(dihiris nipis) biarkan sedikit garing kemudian masukkan ayam dan udang diikuti sos cili, origano dan seterusnya garam. Pastikan tidak berair.

Lain-lain bahan
6 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu teh oregano
Selabu bawang besar(dipotong dadu)
Potongan nanas dalam tin (dibelah kecil)
Tomato (dipotong dadu)
Cendawan dalam tin
4 batang sosej(direbus dan dipotong nipis-nipis)
Mozarella(diparut)
Ceddar(parut)
Permessan

Cara doh uli tangan boleh rujuk

Wednesday 9 October 2013

Ketam Goreng Telur Masin

3 ekor ketam dibersihkan dan dipotong 2
4 biji telur masin(direbus dan diambil kuningnya dan sebiji putihnya)
4 ulas bawang putih(mayang)
3 biji cili padi(potong kecil)..ini boleh ditambah ikut citarasa
Setangkai daun kari
2 sudu besar margerin
3 sudu besar susu cair
Sedikit bahan perasa
2 sudu besar tepung jagung
Minyak yang banyak untuk menggoreng
Lada sulah

Kuning telur dan sebiji putih telur asin diramas biar berketul.
Lumurkan ketam dengan lada sulah dan tepung jagung.
Goreng dalam minyak banyak sehingga kekuningan dan masak.  Ketepikan.
Panaskan margerin dalam kuali dan bila ianya mencair tumis bawang putih dan cili padi sehingga wangi.
Masukkan daun kari dan kacau seketika.
Masukkan susu cair.
Bila nampak berbuih masukkan telur tadi dan kacau sekejap.
Masukkan ketam dan digaul biar sedikit kering.
Masukkan bahan perasa dan bolehlah diangkat.

Tuesday 8 October 2013

Kek Alunan Kasih


Sumber dari Dayang Jack

Bahan-Bahannya
5 biji telur
250gm magerin buttercup(resepi asal 200gm butter dan 50gm margerin)
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder(ayak dengan tepung tadi)
1 1/2 cawan gula halus
3/4 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanila
Pewarna
Serbuk koko


Putar  margerin dan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu.  Putar hingga kembang.
Masukkan susu cair dan esen vanila. Kacau.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak dengan baking powder, kacau sebati.
Bahagikan adunan sama banyak dan masukkan pewarna yang digemari.
Panaskan ketuhar. 
Alas loyang dengan margerin dan alas dengan kertas kek.
Masukkan satu adunan ke dalam loyang dan tabur dengan serbuk koko(tapis dengan penapis teh)
Lakukan untuk adunan yang lain dan tabur dengan serbuk koko seperti proses tadi.
Lakukan sehingga habis dan bakar dalam oven suhu 180C selama 45 minit.(ikut suhu oven masing-masing) 

Sunday 6 October 2013

Laksam Telur Puyuh

3 cawan tepung beras
1/2 cawan nasi dingin diblender dengan 1/2 cawan air)
2 cawan air biasa(paip)
1/2 cawan air panas
 Bancuh kesemuanya sekali(kalau kak semua itu diblender)
Kukuslah(pastikan air pengukus dah mendidih betul-betul) dengan api yang kuat di atas tudung periuk atau apa-apa yang sesuai (sapu sedikit dengan minyak)
Kukus selama lebih kurang 3 atau 4 minit.

Kuahnya pula
Setengah kilo ikan selayang (direbus dengan sedikit air ,garam dan 10 keping asam keping)
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia(masukkan sedikit aja sebab dalam kuahnya kita tak nak ada bau halia)
3 cawan santan.
7 keping asam keping
1 sudu teh lada hitam
gula dan garam
Ikan yang telah direbus tadi dibuang tulangnya(tulang tu jangan dibuang sebab kita nak ambil air tulangnya)
Bawang merah, putih dan sedikit halia diblender.
Lada hitam diblender bersama bahan-bahan di atas atau boleh juga ditumbuk berasingan.
Isi ikan diblender dengan air, begitu juga tulang ikan tadi boleh diblender berasingan dan diambil airnya.
Campurkan bahan-bahan blender atau tumbuk tadi ke dalam santan dan dimasak.
Campurkan juga asam keping, gula dan garam.  Masak biar sampai meandidih tapi jangan sampai naik minyak.(Kalau nampak kuah pekat sangat bolehlah ditambah dengan air lagi). Kuah laksam mesti ada rasa lada hitam, sedikit manis dan rasa masin yang sedikit kurang.
Sukatan kuah laksam ini sebenarnya untuk dua kali adunan laksam di atas.

Ulaman
Taugeh
Timun batang
Bunga kantan
Kobis
Kacang panjang

Cara menghidangnya selain kuah dan ulaman letakkan juga serunding daging dan telur puyuh rebus..

Bagi cara mengukus dan menggulung laksam boleh rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/01/laksam-dan-kuahnya.html

Friday 4 October 2013

Sup Ekor Ala Thai

Sekilo ekor lembu(boleh tukar pada tulang biasa)
Selabu bawang besar(potong dadu)
3 ulas bawang putih(mayang)
3 biji cili padi(potong)
2 inci halia(mayang nipis)
Rempah punjut
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 batang serai(ketuk)
Sebiji buah tomato(potong 4)
Sebatang carrot(potong memanjang)
Bawang goreng
Daun sup/bawang
Jus limau nipis(sebiji)
10 ulas bawang putih dimayang nipis dan digoreng dengan minyak yang sedikit sehingga garing kekuningan dan akan dimasukkan kedalam sup sebelum kita menutup api dapur kita nanti.

Bersihkan tulang ekor dan rebus sehingga sekali mendidih.  Angkat buangkan airnya.
Masukkan air yang lain dan rebus semula sehingga empuk dagingnya.
Bila empuk masukkan gula dan garam dan biarkan mendidih lagi seketika.Angkat dan biarkan.
Tumis bawang putih dan halia dan cili padi hingga sedikit garing,
Masukkan kulit kayu manis, pelaga dan bunga lawang, kemudian masukkan bawang besar.  Biarkan layu.
Masukkan air rebusan tulang dan kesemuanya.
Masukkan sup punjut tulang,
Masukkan serai dan biarkan mendidih dan tulang mesra dengan bahan-bahan tersebut.
Masukkan carrot dan bawang goreng.
Masukkan juga tomato.
Tambah rasanya lagi (gula dan garam) mengikut kesukaan.
Masukkan jus limau dan daun sup.  Bolehlah diangkat.(sebelum itu masukkan bawang putih goreng bersama minyak-minyaknya sekali)

Thursday 3 October 2013

Hokkaido Cup Cake

5 bji putih telur
1 sudu teh krim of tartar
80gm gula kastor

Cara Merringue...
Pukul putih telur bersama krim of tartar dan kemudian masukkan gula.  Pukul lagi sehingga beku atau kental(bila diterbalikkan tidak jatuh)

5 biji kuning telur
30gm gula kastor
40ml minyak jagung
40ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
60gm tepung kek
25gm tepung kastad
1 sudu teh beking powder(kesemua tepung dan baking powder diayak bersama)

Pukul telur bersama gula hingga sedikit kembang.  kemudian masukkan minyak dan susu. Pukul lagi seketika.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi.  Kacau.
Masukkan putih telur tadi(merringue) ke dalam adunan kek dan kacau secara kaup dan balik.
Panaskan oven terlebih dahulu.
Masukkan dalam cupcake dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180C .(5 minit pertama guna api bawah sahaja dan bakinya guna api atas dan bawah)
P/s..yang ni kak bakar dalam remekin suhunya sama cuma masa bakar lebihkan dan menjadi 25 minit.

Kastad
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula halus
400ml susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega

Sebatikan dahulu tepung dan susu dan masukkan ke semua bahan lain dan masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan licin.

Apabila cupcake sudah masak, masukkan kastad dalam paipping (guna nozle muncung tajam) dan tekan dalam kek.Kek kita jadi berinti di dalamnya.

Wednesday 2 October 2013

Mee Rebus




2 bungkus mee kuning(dicelur dan ditoskan)
4 ulas bawang putih(kisar)
5 ulas bawang merah(kisar)
Seinci halia(kisar)
2 inci lengkuas(kisar)
1/2 cawan udang kering(kisar)
1/3 cawan taucu(kisar)
2 sudu besar cili giling
4 sudu besar serbuk kari daging
3 batang serai(ketuk)
3 biji ubi kentang(rebus dan kisar dengan air bersama taucu tadi)
Setengah kilo daging(potong nipis)
Beberapa ekor udang segar
Gula dan sedikit garam

Tumis bawang bersama halia, cili giling dan lengkuas.
Masukkan rempah kari dan sedikit air.  Kacau seketika.
Masukkan udang kering.
Masukkan serai.  Kacau biar berbau wangi.
Masukkan kentang dan taucu(keduanya dah diblender dengan air)
Kalau terlebih pekat tambah air.
Masukkan daging.  Biarkan sehingga empuk.
Tambah gula dan sedikit garam kalau perlu.
Untuk memasak udang, ambil sesenduk kuahnya dan dimasak bersama udang
Bolehlah dihidangkan bersama mee kuning.

Bahan hiasannya
Telur rebus
cili merah
daun bawang
Taugeh(celur)
Bawang goreng

Jemput-jemput udang kering
1/2 cawan udang kering(kisar dengan sedikit air)
sedikit serbuk kunyit
Sedikit tepung gandum
Bancuhan biarlah pekat dan digoreng dengan minyak biar masak kekuningan.