translate

Monday 7 April 2014

Pau Kentang


500gm tepung pau(kali ini kakyah guna tepung hongkong)
3 sudu besar shorterning(lemak sayur)
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil mauripan
200ml air suam (kalu uli tangan 220ml)

2 sudu teh baking powder
4 sudu besar water roux(cara buat ada di bawah)
water roux(amat penting untuk menggebukan roti dan pau)
50gm tepung gandum
250ml air
masak keduanya hingga pekat dan sedikit mendidih dan sejukkan dan adunan ini dapat 8 sudu besar water roux.


Bagi yang ada BM, uli mengikut aturannya.
Cara menguli tangan:
Masukkan tepung, yis, dan bahan lain (kecuali sosej)
Adunkan supaya menjadi doh yang kasar.
Masukkan dlm plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat.
Masukkan dlm bekas mangkuk besi dan tutup dengan plastik pembungkus makanan.
Onkan ketuhar dengan suhu 200C dan letakkan adunan tadi DI ATAS ketuhar yang telah di letakkan redai besi.selama 20 minit.
Apabila masa ketuhar tamat biarkan lagi selama ketuhar kita panas(20 minit)
Adunan yang telah menyembang itu ditumbuk bagi mengeluarkan anginnya.

Uli semula supaya menjadi satu adunan yang bulat.
Bahagikan adunan kepada 16 - 17 adunan yang kecil dan masukkan inti kentang dan potongan telur rebus dan kemaskan.adunan tersebut. Letak  kertas cupcake di bawahnya.
Biarkan mengembang semula selama 20 minit.
Panaskan pengukus dan kukus pau dengan air yang mendidih selama 7 - 10 minit.

Inti kentang
3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
100gm daging dan dikisar
5 ulas bawang merah(diblender)
2 ulas bawang putih(diblender)
Sedikit halia(diblender)
2 sudu besar rempah kari daging
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili giling
Sebiji bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu besar asam jawa
Gula dan Garam
3 biji telur rebus(potong kecil)

1. Panaskan sedikit sahaja minyak.
2.Tumis bahan blender
3. Masukkan dun kari dan lada giling.
4.Masukkan rempah kari. dan daging kisar.
Masukkan sedikit air dan masukkan kentang.
4.Tambah lagi air dan biar kentang empuk.
Masukkan air asan jawa, bawang besar, gula dan garam.
Biar sampai masak dan sedikit kering.

No comments:

Post a Comment