translate

Monday 15 September 2014

Bun Sardin

Bahannya
Bahannya
500gm tepung gandum
1 peket yis(11 gm)
Sebiji telur
2 sudu besar susu pekat
250gm air suam
2 sudu besar shortening
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula pasir halus
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread improver
2 sudu besar water roux

Cara membuat water roux
50gm tepung gandum
250ml air
Masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan sejukkan sebelum digunakan.

Untuk inti
1 tin sardin
1/2 biji limau nipis(ambil jusnya)
Gula dan garam
Selabu bawang besar(potong dadu)
Lenyekkan sardin dan gaul dengan bawang besar, panaskan atas api yang perlahan.
Masukkan jus limau, gula dan garam..  Sejukkan.

Sapuan
Kuning telur(pukul dahulu)
Bijan hitam dan putih

Caranya
Masukkan telur(pikul dengan garfu dahulu) ke dalam bekas, masukkan susu pekat dan air(biar sukatan menjadi 250 - 300ml).  Kacau dan masukkan yis.  Biarkan ia kembang seketika.
Dalam bekas lain masukkan tepung, gula, susu tepung , garam, baking powder, bread improver, shortening, dan water roux.
Gaulkan dan buat lubang ditengahnya. 
Campuran yis yang sudah berbuih masukkan esen dan tuang ke dalam lubang yang dibentuk tadi.
Tangan kita dari dalam takungan berlubang mula menguli secara memusing dan mula menyentuh tepung-tepung yang ada di tepinya.
Bila semuanya sudah bercampur mulakan menguli dan membentuk doh yang kasar.
Pastikan adunan tidak lembek dan tidak melekat ditangan(kalau lembek masukkan sedikit aje tepung)
Masukkan dalam beg plastik dan mula menekan dan memicitnya.
Lakukan selama 5 minit.
Cara menguli tangan dan teknik mempercepatkan proses pengembangan doh boleh rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/05/donat-mayoniscara-menguli-tangan.html
(disebabkan cuaca sekarang agak panas, proses pengembangan doh tak perlu menggunakan oven yang dipanaskan hanya dibiarkan ditempat yang terkena cahaya matahari aje)
Apabila doh sudah naik dua kali ganda, tumbuk doh dan bulatkan semula dan tutup doh dan biarkan semula seketika) 
Bila doh kembang, tumbuk doh seperti proses tadi..
Bulatkan adunan seberat 60gm dan masukkan inti sardin  bulatkan dan kemaskan.
Masukkan dalam kertas cupcake dan letak dalam petitin cupcake biarkan ia mengembang semula
Sebelum membakar panaskan oven dengan suhu 160C dan sapu dahulu atas roti dengan kuning telur dan tabur dengan bijan hitam dan putih.
Bakar selama 25 minit atau sehingga masak(kalau tak suka lapisan atasnya hangit dan nampak hitam 10 minit selepas itu tutup atas roti kita dengan aluminium foil semasa proses pembakaran.
Bila dah keluar dari oven sejukkan seketika dan simpan dalam bekas tertutup.

2 comments:

  1. Rajinnya Kak Yah meroti.... rasa nak pinjam je tangan ajaib Kak Yah tu he hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mananya ada ajaibnya..uli pun dalam plastik aje..tak lama...

      Delete