translate

Tuesday 31 March 2015

Ikan Bakar dan Ayer Asam

Bahannya
Ikan segar(dibuang insang dan perut dan dibersihkan)
Bakar di atas kuali pembakar sehingga masak.

Air Asam
1 labu bawang besar(potong dadu)
1 biji tomato(potong dadu)
5 biji cili padi(potong nipis)
2 biji limau nipis(ambil jusnya)
1 sudu besar sambal belacan(kalau ada)
3 sudu besar jus asam jawa(campurkan dengan sedikit air masak)
Gula dan garam secukupnya.

Campurkan semua bahan di atas dan curahkan ke dalam ikan yang telah kita bakar tadi.

Sunday 29 March 2015

Bingka Tepung Beras

Terima kasih pada sahabat fbku, Pn Senisah Zaini atas perkongsian resepi ini.  Moga resepi ini memberi manfaat kepada yang mencubanya.  Amin..

Bahannya
250gm tepung beras
50gm tepung hongkwe putih
250 - 300gm gula pasir
5 helai daun pandan
1 sudu teh garam
1700ml santan
1 sudu teh vanila

Masak santan bersama daun pandan dan gula sehingga gula hancur.  Sejukkan.
Keluarkan daun pandan dan masukkan tepung beras, tepung hongkwe, garam dan vanila.
Kacau sebati semuanya dan ditapis.  Ketepikan adunan sebanyak 150ml.
Lebihan yang banyak tadi kacau atas api sederhana sehingga pekat.
Masukkan ke dalam loyang 8inci yang telah disapu sedikit minyak dan di alas dengan daun pisang.
Ratakan dan tuangkan adunan yang cair tadi  ke atasnya.
Bakar dalam ketuhar dengan api atas sahaja dengan suhu 180C selama 50 minit.
Sejukkan dan sedia untuk dipotong.

Thursday 26 March 2015

Mee Goreng

Bahannya
1/2 kilo mee(basuh dan toskan)
5 ulas bawang putih(tumbuk kasar)
3 biji cili padi(tumbuk kasar)
2 biji telur
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap manis
Udang segar
Isi ayam
Cili merah
Sayur sawi(potong kecil)
Daun sup/bawang
Lada sulah
Sedikit garam, gula dan bahan perasa
Limau nipis
Sedikit air

Caranya
Tumis bawang putih dan cili padi dengan sedikit minyak.
Bila berbau wangi, masukkan cili giling.  Kacau seketika.
Pecahkan sebiji telur dan kacau.
Masukkan udang dan isi ayam serta kenakan ia dengan lada sulah...Kacau seketika.
Masukkan sos tiram, tomato, cili dan kicap.  Masukkan juga sedikit sahaja garam dan gula.  Jika mahu masukkan ajinomoto.
Masukkan sedikit air.  Bila mendidih masukkan sayur dan mee.  Masukkan segera sebiji lagi telur.
Kacau dan gaul biar serata.  Masukkan cili merah dan daun sup.  Tambah rasa jika perlu dan perah juga dengan sedikit limau nipis.  Boleh diangkat.

Tips..semasa memasukkan telur yang kedua ketepikan sedikit mee dan bila nampak telur hampir berubah warna putih telurnya gaul bersama mee yang berada di dalam kuali tersebut.

Tuesday 24 March 2015

Singgang Bendi

Bahannya
Kacang bendi
3 ulas bawang putih(mayang nipis)
1 inci halia(mayang nipis dan potong memanjang)
1 inci lengkuas(hiris nipis dan potong memanjang)
Lada hijau
Sekeping asam keping
Bahan perasa dan garam
Air secukupnya

Masak air bersama bawang putih, halia, lengkuas, asam keping dan lada hijau.
Bila mendidih potongkan kacang bendi ke dalamnya.
Masukkan bahan perasa dan garam.
Masak sehingga kacang bendi layu.

Monday 23 March 2015

Nasi Dagang

Bahannya

3 cawan beras pusa gold/bashmathi
1 cawan beras pulut
1 sudu teh halba
1 gelas santan pekat(jangan pekat sangat)
1 gelas santan cair
3 ulas bawang merah(mayang nipis)
1 inci halia(hiris nipis dan potong memanjang)
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Campurkan kedua-dua beras dan dibasuh bersih.
Masukkan air sehingga menenggelamkan beras tersebut.
Rendam semalaman.  Pastikan air betul-betul melepasi beras.
Toskan.(jangan dibersihkan lagi, dikhuatiri beras akan patah)
Masukkan halba dan kukus dalam periuk dengan air yang menggelegak/mendidih.
Bila nasi masak masukkan santan yang telah bercampur dengan bawang, halia, gula dan garam.
Gaulkan biar serata dan kukus sekali lagi sehingga masak.
Campurkan dengan santan yang pekat.  Gaulkan dan kukus sekali lagi.(sekejap aje)
Tips..Kukus beras yang pertama, pastikan betul-betul masak sebelum masukkan santan cair.
Jika menggunakan santan kotak untuk bahagian santan yang pekat(pastikan dah dicampur dengan air biasa), masukkan juga 3 sudu besar minyak masak kedalam santan tersebut.
Semasa menggaul santan yang pekat, cubalah rasa dahulu nasi dagang itu, jika kurang rasanya boleh ditambah garam atau gula dalam santan yang pekat itu.

Untuk mendapatkan resepi lauk pelengkap bagi nasi dagang klik SINI

Saturday 21 March 2015

Kuih Bakar

  Resepi ini saya ambil dari blog Mat Gebu dan sumbernya dari Kak Jee(Fauziah Samad)..Terima Kasih Banyak-Banyak Atas Perkongsian Resepi Yang Cukup Sedap..Buat Setiap Hari Pun Tak Puas Makan...

Bahannya
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan
180ml air
3 biji telur(gred A)
Secubit garam
Setitik pewarna kuning
2 Sudu besar gula(yang ni kakyah tambah..kitakan kelantan..tapi tak manis)
Minyak sapi(untuk diletak dalam acuannya nanti)

Caranya
Bender semua bahan.(kecuali minyak sapi)
Panaskan acuan di atas dapur dan masukkan 1/4 sudu besar minyak sapi.  Biarkan cair.
Masukkan adunan 3/4 daripada acuan tersebut. (gunakan api yang sederhana)
Biarkan hampir masak dibahagian tepi acuan.  Masukkan inti daging.  Tutup acuan seketika.
Sementara itu panaskan oven.  Masukkan acuan ke dalam oven dan masak sekitar 15 minit dengan suhu  190C(guna api atas sahaja)

Inti daging
Bahannya
150gm daging kisar(yang ni kakyah hanya potong kecil2 sahaja)
3 ulas bawang putih(mayang)
1 labu bawang besar(dadu)
Daun Sup(cincang)
2 sudu besar rempah kari daging
Sebiji cili merah(dadukan)
Sedikit air
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
Masukkan serbuk kari dan sedikit air.
Masukkan bawang besar.  Kacau biar layu.
Masukkan daging.  Masukkan gula dan garam.
Bila sudah masak masukkan daun sup, dan cili merah.
Bolehlah diangkat.

Friday 20 March 2015

Cara Membulatkan Roti

Resepi
500 gm tepung roti
400 gm tepung gandum
5 sudu besar shorterning
4 sudu besar susu pekat
2 biji kuning telur
1 peket mauripan(11 gm)
1 sudu teh vanila
3 sudu teh bread improver
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar ovellete
2 sudu teh garam
520ml air sejuk
4 ketul kiub ais
Pandan emulco(pilihan)

Masukkan semua bahan kecuali garam dan shorterning ke dalam Bread Maker atau boleh juga pengandun kek(guna mata uli roti)
Bila bahan bahan sedikit teradun masukkan shorterning dan garam..  Adun sehingga roti elastik.
Masukkan ke dalam mangkuk dan perap selama 1 jam.
Tumbuk bagi mengeluarkan angin.
Bentukkan roti mengikut kesukaan.
Bakar selama 25 minit dengan suhu 180C.

Tepung Pelita

Oooooppp Sorry.. Gambar ambil dengan hp aje, tapi nak kongsi juga resepi tepung Pelita yang cukup SEDAP ni..Terlebih dahulu terima kasih buat kawanku Cikgu Sherita Ismiah Ismail atas sumber resepinya.

Bahannya

Lapisan hijau(A)
2   1/3 cawan tepung beras
16 cawan air
1/2 sudu teh kapur
10 helai daun pandan(blender dengan air tadi dan tapis)

Campurkan semua bahan biar sebati dan kacau atas api yang sederhana sehingga pekat dan berkilat.

Bahagian putih(B)
1 cawan tepung beras
8 cawan santan(ambil 2 cawan santan pekat dan campur 6 cawan air)
1/2 cawan gula pasir
Secubit garam

Campurkan semuanya dan kacau atas api yang sederhana hingga pekat.

Bahan (C)
Gula pasir secukupnya.

Masukkan 1 1/2 sudu teh gula pasir dalam setiap bekas/mangkuk plastik.
Tuang lapisan hijau ke dalam bekas yang berisi gula pasir tadi.  Biarkan seketika.
Tuang lapisan bersantan di atasnya.  Sejukkan.

Tipsnya...Selepas kita menuang yang hijau, barulah kita mula memasak yang bersantan.