translate

Thursday, 26 September 2013

Puding Roti Marble

10gm serbuk agar-agar
500ml air
4 keping roti
2 biji telur 
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
1 sudu besar oren sunquick
1 sudu teh esen vanilla 
1 sudu besar serbuk koko(bancuh dengan sedikit air panas)

Masak agar dengan air hingga mendidih.
Blender roti bersama susu cair, susu pekat manis, telur, gula, sunquick, dan esen vanila hingga hancur.
Masukkan ke dalam periuk agar-agar tersebut.  Biar mendidih.
Angkat dan bahagikan kepada 2 bekas(2/3 dan 1/3)
Masukkan bancuhan koko ke dalam adunan 1/3  tadi.
Tuang adunan plain dan adunan koko secara berselang seli..
Bekukan dan sedia untuk dipotong.

Wednesday, 25 September 2013

Pau Kentang

Doh Pau

500gm tepung pau
3 sudu besar shorterning(lemak sayur)
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil mauripan
200ml air suam (kalu uli tangan 220ml)

2 sudu teh baking powder
4 sudu besar water roux(cara buat ada di bawah)
water roux(amat penting untuk menggebukan roti dan pau)
50gm tepung gandum
250ml air
masak keduanya hingga pekat dan sedikit mendidih dan sejukkan dan adunan ini dapat 8 sudu besar water roux.


Bagi yang ada BM, uli mengikut aturannya.
Cara menguli tangan:
Masukkan tepung, yis, dan bahan lain (kecuali sosej)
Adunkan supaya menjadi doh yang kasar.
Masukkan dlm plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat.
Masukkan dlm bekas mangkuk besi dan tutup dengan plastik pembungkus makanan.
Onkan ketuhar dengan suhu 200C dan letakkan adunan tadi DI ATAS ketuhar yang telah di letakkan redai besi.selama 20 minit.
Apabila masa ketuhar tamat biarkan lagi selama ketuhar kita panas(20 minit)
Adunan yang telah menyembang itu ditumbuk bagi mengeluarkan anginnya.

Uli semula supaya menjadi satu adunan yang bulat.
Bahagikan adunan kepada 16 - 17 adunan yang kecil dan masukkan inti kentang dan potongan telur rebus dan kemaskan.adunan tersebut. Letak keratan kertas 3x3 inci di bawahnya.
Biarkan mengembang semula selama 20 minit.
Panaskan pengukus dan kukus pau dengan air yang mendidih selama 7 - 10 minit.

Inti kentang
nti kentang
3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
100gm daging dan dikisar
5 ulas bawang merah(diblender)
2 ulas bawang putih(diblender)
Sedikit halia(diblender)
2 sudu besar rempah kari daging
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili giling
Sebiji bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu besar asam jawa
Gula dan Garam
3 biji telur rebus(potong kecil)

1. Panaskan sedikit sahaja minyak.
2.Tumis bahan blender
3. Masukkan dun kari dan lada giling.
4.Masukkan rempah kari. dan daging kisar.
Masukkan sedikit air dan masukkan kentang.
4.Tambah lagi air dan biar kentang empuk.
Masukkan air asan jawa, bawang besar, gula dan garam.
Biar sampai masak dan sedikit kering.



Thursday, 19 September 2013

Roti Pintal Sosej

300 gm tepung roti
80 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung susu
2 sudu besar water roux
2 sudu besar shortening
160ml air suam
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur(pukul dengan garfu)
Sosej(rebus dan toskan)

Cara membuat water roux
25gm tepung gandum
125ml air
Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan sejukkan.

Topping
Sos tomato
Sos cili
Sayur campuran
Mozarella parut
Mayonis

Bagi yang ada BM, uli mengikut aturannya.
Cara menguli tangan:
Masukkan tepung, yis, dan bahan lain (kecuali sosej)
Adunkan supaya menjadi doh yang kasar.
Masukkan dlm plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat.
Masukkan dlm bekas mangkuk besi dan tutup dengan plastik pembungkus makanan.
Onkan ketuhar dengan suhu 200C dan letakkan adunan tadi DI ATAS ketuhar yang telah di letakkan redai besi.selama 20 minit.
Apabila masa ketuhar tamat biarkan lagi selama ketuhar kita panas(20 minit)
Adunan yang telah menyembang itu ditumbuk bagi mengeluarkan anginnya.
Uli dan bulatkan sebanyak 12 - 13 ketul.
Letakkan sosej dan lakukan teknik seperti yang tertera dalam gambar.
Letakkan dalam loyang yang telah di alas dengan kertas kek.
Biarkan ia mengembang semula(10 minit)
Sapukan sos dan tabur dengan sayur campuran dan mozarella.
Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 20 minit..
Bila sudah masak bolehlah di paipkan dengan mayonis di atasnya.


Semasa memotong jangan sampai terpotong keseluruhannya sekadar sehingga memotong sosej tersebut.
Semasa membentuk jalinan, buka menghala ke kanan selepas itu ke kiri dan ke kanan semula dan ke kiri dan lalukan sehingga habis potongan tersebut.

Cara /proses menguli boleh rujuk

Sunday, 15 September 2013

Roti Jala Berlauk

Roti Jala
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
sedikit garam
2 1/2 cawan air
sedikit serbuk kunyit 
Sebiji telur

Adunkan semua bahan tersebut dan ditapis untuk mendapat adunan yang tidak berketul-ketul.
Dengan menggunakan bekas roti jala kirailah ia dalam kuali yang disapu sedikit minyak  dan apabila masak boleh digulung bersama inti kentang berdaging.

Inti kentang
3 biji ubi kentang (dipotong dadu)

100gm daging dan dikisar
5 ulas bawang merah(diblender)
2 ulas bawang putih(diblender)
Sedikit halia(diblender)
2 sudu besar rempah kari daging
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili giling
Sebiji bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu besar asam jawa
Gula dan Garam

1. Panaskan sedikit sahaja minyak.
2.Tumis bahan blender
3. Masukkan dun kari dan lada giling.
4.Masukkan rempah kari. dan daging kisar.
Masukkan sedikit air dan masukkan kentang.
4.Tambah lagi air dan biar kentang empuk.
Masukkan air asan jawa, bawang besar, gula dan garam.
Biar sampai masak dan sedikit kering.


Thursday, 12 September 2013

Puding Laici

Bahannya
10gm agar-agar serbuk
250ml air
Setin susu cair
100gm gula pasir
Setin laici
2 sudu besar tepung jagung

Caranya
Blender laici bersama sirupnya dan juga tepung jagung.
Masak agar-agar bersama air dan gula.
Bila mendidih masukkan susu cair dan bahan blender tadi.
Kacau hingga mendidih dan nampak sedikit pekat.
Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian.  Satunya diwarnakan.
Tuang ke dalam bekas secara bergilir-gilir(tuang ditengahnya dan biar ia merebak dengan sedirinya)
Sejukkan dan boleh dipotong.

Tuesday, 10 September 2013

Puding Cincau

Bahannya
10gm serbuk agar-agar
500ml air
2 senduk gula(ikut kemanisan)
Setin susu cair(400ml)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh vanila
250gm cincau(diparut)

Masak agar-agar bersama air dan gula.
Bila mula mendidih masukkan susu cair, tepung jagung dan esen vanila.
Bila sedikit pekat dan mendidih, matikan api.
Bahagikan kepada 2 dan satu bahagian masukkan cincau.
Bahagian yang kosong separuhnya tuang ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Baki yang kosong rendam bekasnya dalam air yang panas.
Bila agar-agar yang di dalam peti sedikit membeku, tuang bahagian yang bercampur cincau ke atasnya.  Sejukkan semula(beku)
Bila sudah sedikit membeku tuang yang terendam tadi.  Bekukan.

Thursday, 5 September 2013

Roti Puri




Resepi Sumber...MyResepi

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh mauripan
2 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh garam
175ml air panas

Campurkan air bersama minyak, gula dan garamdan masak atas api yang kecil.  Biar kesemuanya hancur,  Tutup api.
Campurkan yis bersama tepung gandum.
Masukkan air tadi ke dalam tepung dan kacau dengan garfu.
Menggunakan tangan kita buat ia jadi seperti serbuk roti yang kasar,
Uli doh menjadi bulatan yang licin(uli dalam 5 minit)
(adunan kalau nampak keras basahkan tapak tangan dengan sedikit air)
Tutup dengan kain atau plastik pembalut makanan selama 30 minit.
Adunan yang telah kembang tumbuk-tumbukkan dan uli bulatkan semula.
Buat ketulan kecil(12) dan nipiskan seperti nak buat karipap.
Goreng dalam minyak yang banyak dengan api sederhana.
Goreng sebiji dan bila mengelembung baru dibalikkan.(semasa ianya nak mengelembung kita kaup-kaupkan minyak panas tu ke atasnya)
Goreng hingga keperangan.
Toskan dan sesuai dimakan dengan kari dalca, atau apa-apa yang sesuai.
Roti puri ni berongga di dalamnya...