translate

Friday, 6 November 2015

Nasi Goreng Ala Tomyam

Bahannya
3 mangkuk nasi dingin
2 las bawang merah
6 ulas bawang putih
4 biji cili padi
Segengam ikan bilis
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tiram
Isi ayam
Udang segar
2 biji telur
Sebatang serai(potong nipis bulat dan dihaluskan)
1/2 kuntum bunga kantan(potong bulat dan dihaluskan)
Sehelai daun limau purut(hiris nipis)
Carrot(potong memanjang)
Lada sulah, gula dan garam

Caranya
Tumbuk bawang merah, putih, cili padi dan ikan bilis sehingga lumat.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk.
Masukkan cili giling.  Kacau sehingga wangi.
Masukkan serai, bunga kantan dan daun limau purut.  Kacau seketika.
Ketepikan dahulu bahan tumis, pecahkan telur.  Apabila setengah masak kacau telur seketika.
Apabila telur hampir masak gaulkan sekali bahan yang kita ketepikan tadi.
Masukkan isian ayam dan udang.  Letak sedikit lada sulah.
Masukkan sos tiram, gula dan sedikit garam.
Masukkan nasi dingin bersama carrot.  Kacau sehingga nasi goreng kita mesra dengan rencahnya.

Thursday, 5 November 2015

Siakap Kukus Nyonya

Bahannya
Seekor ikan siakap dibersihkan(perap seketika dengan seulas bawang putih(tumbuk), sedikit garam dan lada sulah)

2 sudu besar sos tiram
Sekeping asam gelugur
Gula dan sedikit garam untuk perasa
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 helai daun limau purut
1/2 kuntum bunga kantan
Sebatang serai
4 biji cili padi
1/2 inci kunyit(ikut kesukaan)
Kisar kesemuanya dengan sedikit air.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik wanginya.
Masukkan sos tiram dan asam gelugur.
Masukkan gula dan sedikit garam.
Angkat dan ketepikan.

Kukus ikan dalam bekas yang sesuai selama 20 minit atau sehingga masak(matanya bertukar dari jernih berair menjadi putih berkabut.
Angkat dan curahkan sos tadi(jikalau dalam bekas ikan terdapat air dari ikan, jangan dibuang biar ianya bercampur nanti dengan kuah yang pekat tadi)
Sedia dihidang panas-panas.

Wednesday, 4 November 2015

Gulai ikan Aya(tongkol) Nasi Dagang Terengganu

Bahannya
Seekor ikan tongkol sederhana besarnya
Dipotong kecil dan direbus dengan 6 keping asam gelugur bersama gula melaka dan garam secukupnya.

Santan pekat
3 sudu besar rempah ikan nasi dagang
10 ulas bawang merah(kisar)
4 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
6 biji cabai kering(kisar)
Seketul lengkuas
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
Sedikit belacan
2 sudu besar kerisik
Cili merah/hijau
Cili padi
2 keping asam gelugur
Gula melaka dan garam secukupnya.

Caranya
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan santan, asam keping, gula melaka dan sedikit garam(sebelum masukkan garam masukkan dahulu air yang ada dalam rebusan ikan)
Masukkan cili merah dan cili padi.
Bila mendidih masukkan ikan rebus tadi.
Biar mendidih agak lama.
Tambah perasa bila perlu.

Tuesday, 3 November 2015

Roti Titab

Bahannya
Roti bakar
Telur masak separuh
SriKaya
Mentega
Caranya
Sapu mentega pada roti bakar.
Pecahkan telur ke atasnya.
Disetiap penjuru letak srikaya.

Burger Daging

Bahan
Daging burger
Salad
Bawang besar(potong bulat)
Tomato(potong bulat)
Timun jeruk(acar timun)
Mayonis
Sos cili
Kuah/sos
Selabu bawang besar(dadu)
Seulas bawang putih(cincang)
2 sudu besar lada hitam(tumbuk)
5 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ayam
Bancuhan tepung gandum
Gula secukup rasa
Mentega untuk menumis
Panaskan mentega
Tumis bawang besar, putih sehingga wangi.
Masukkan lada hitam yang ditumbuk.
Masukkan sos lada hitam dan sos tiram.
Masukkan air dan kiub ayam.
Masukkan gula dan bila mendidih masukkan bancuhan tepung gandum.
Kacau seketika dan angkat.
Sos yang dah siap akan dicelup pada daging burger yang telah digrill.
Lebihan sos boleh disimpan dalam peti sejuk.