translate

Monday, 30 January 2017

Nasi Goreng Lada Hitam

Bahannya
4 cawan nasi dingin
3 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
2 biji cili padi(kesesuaian kepedasan)
1 sudu besar lada hitam
2 ekor ikan rebus yang telah digoreng(perisikan)
Udang segar
Isi daging ayam
Sebiji telur
3 batang kacang panjang(potong spt ulam nasi kerabu)
Kobis(potong kecil memanjang)
Carrot(sagat)
Cili merah(potong nipis)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
Gula dan garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Tumbuk lada hitam, bawang merah, putih dan cili api.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.  Biar naik wangi.
Pecahkan telur dan bila sedikit masak barulah dikacau.
Masukkan udang dan isi ayam.  Kacau seketika.
Masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap manis.
Masukkan juga gula dan sedikit garam.
Masukkan segala sayuran tadi dan juga nasi dingin.
Kacau sehingga mesra dan bolehlah dihidangkan.(kakyah suka kacau nasi sedikit lama biar butiran nasi betul2 meresap bahan yang ditumis itu)

Saturday, 21 January 2017

Koleh Ubi Keledek

Bahannya
500 gm ubi  keledek
500 ml santan(santan pekat campur air)
3/4 cawan gula
1 cawan tepung beras
1 biji telur
Sedikit garam

Rebus ubi dengan garam sehingga empuk dan tinggal sedikit airnya.  Lenyek bersama saki baki air yang sedikit itu.
Blender santan, gula, tepung beras dan telur biar sebati.  Masukkan ke dalam ubi tadi.
Kacau atas api sederhana sehingga pekat.
Tuang ke dalam bekas yang sesuai.
Sejukkan dalam peti sejuk.

Kari Tulang Lembu

Sekilo tulang lembu(dibersihkan dan ditos)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Rempah kasar(kulit kayu manis(1), pelaga(3) dan bunga lawang(2)
3 sudu besar rempah kari daging(Alagapas/babas)
Setangkai daun kari
1 sudu besar cili giling
2 biji cili merah/ hijau
Ubi kentang
3 cawan santan
Air asam jawa
Gula dan garam

Tumis daun kari bersama rempah kasar,serta  bawang-bawang dan halia yang sudah diblender. Biarkan sehingga naik wanginya dan seterusnya masukkan cili giling.  Biarkan seketika.  Selepas itu masukkan serbuk kari, kacau(tambah sedikit air) dan seterusnya masukkan tulang lembu,
Kacau dan tutup periuk supaya daging tulang empuk.
Apabila empuk boleh masukkan santan dan ubi kentang. Seterusnya masukkan air asam jawa, gula dan garam.  Biar kentang empuk.
Masukkan cili hijau dan biarlah sehingga  naik minyak dan menjadi kelihatan cantik.

Ikan goreng Cuka

Bahannya
2 ekor ikan bawal (dibersihkan dan diperap dengan seulas bawang putih, sedikit halia dan kunyit dan sedikit garam yang telah ditumbuk kesemuanya)
1 labu bawang besar(potong bulat)
3 ulas bawang putih(mayang)
Sehiris halia(potong kecil memanjang)
Lada benggala atau pun lada merah
Tomato
3 sudu besar cuka
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit air
Gula dan sedikit garam

Caranya
Goreng ikan seperti biasa.  Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang putih dan halia biar naik bau.
Masukkan bawang besar dan serbuk kunyit.  Kacau seketika.
Masukkan cuka dan sedikit air.  Tambahkan gula dan sedikit garam(biar ada rasa sedikit manis untuk seimbang dengan masamnya cuka.
Masukkan lada dan tomato.
Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
Biarkan sekejap dan diangkat.
p.s..Kita juga boleh menggunakan 1/2 sudu teh biji sawi dalam tumisan bersama bawang putih dan bahan lain.