Bahannya
500 gm ubi badak ungu (seketul)
500 ml santan(santan pekat campur air)
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
1 biji telur
Sedikit garam
Loyang 6X6 dialas dengan plastik. Biarkan.
Rebus ubi dengan garam sehingga empuk dan tinggal sedikit airnya. Lenyek bersama saki baki air yang sedikit itu.
Campur santan, gula, tepung beras dan gula biar sebati. Masukkan ke dalam ubi tadi.
Kacau atas api yang perlahan sehingga pekat.
Tuang ke dalam loyang tadi.
Sejukkan dalam peti sejuk(4 jam)
Sedia untuk dipotong..
P/s bagi yang tiada ubi badak boleh diganti dengan lain ubi yang sesuai spt ubi keledek yang bewarna ungu atau juga ubi keladi.
sedapnya kak yah... sy suka sangat makan koleh ubi.. tak kiralah koleh ubi keledek atau ubi kayu.. dua2 suka.. tp koleh ubi badak belum pernah rasa lagi.. mesti sedap juga kan...
ReplyDeletekeduanya memang sedap dan bila guna ubi badak ni pula lain pula kesedapannya..masing2 ada ciri kesedapan masing2..hehehehe...
Delete