translate

Monday 27 May 2013

Roti Bakar Tuna Berkeju

Roti keping
Tuna
Sosej(rebus dan potong nipis)
Cili merah(hiris nipis)
Telur(pukul dengan garfu)
Serbuk lada hitam
Parutan mozarella

Nipiskan roti dengan menggunakan penggelek/torak.
Masukkan ke dalam petitin atau bekas yang sesuai.  Tekan dan biar beralun dan membentuk bunga.
Bakar selama 15 minit dengan suhu 170C.  Keluarkan dari oven.
Masukkan tuna diikuti sosej, cili, telur,lada hitam dan parutan mozarella.
Bakar semula dalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga telur kelihatan masak.
Keluarkan dari petitin.

Sunday 26 May 2013

Red Velvet Blueberry Cheesecake

Kek red Velvet
3 sudu besar susu  tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk

330 gm tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna merah

1 sudu teh baking powder
1 sudu besar cuka

Blueberry Filling


Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, susu tepung dan , baking powder sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis.  Putar dengan kelajuan yang sederhana.  
Tambahkan juga pewarna merah ke dalam adunan. kacau sebati.   
Campurkan dan kacau  baking powder dengan cuka, kemudian masukkan  ke dalam adunan 
Kacau sebati adunan tersebut.  .
Ambil 3 sudu besar daripada adunan tersebut untuk lakaran marble.  
Bahagikan kepada dua adunan sama banyak.  Satu adunan masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin dan  dialas dengan kertas kek(biarkan kertas kek melebihi loyang bagi senang kita mengangkat kek bila masak) 
 Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari oven dan tuang kurang separuh daripada lapisan keju 
Masukkan blueberry filling ke dalam plastik aising dan gunting muncungnya.  Buat jaluran memanjang sehingga habis permukaan kek itu.
Bakar selama  10 - 15 minit  Keluarkan dari oven dan masukkan adunan kek  yang kedua tadi.  Bakar semula selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.  
Selepas itu tuang lapisan krim cis dan buat lakaran marble (caranya adunan yang disimpan (3 sudu besar tadi masukkan dalam plastik asing gunting hujungnya dan paip secara memanjang dalam loyang kek empat persegi kita itu dan menggunakan lidi atau apa-apa pun ditarik lakaran tersebut)  Bakar semula selama 15 - 20 minit.  Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dan dengan menggunakan lebihan kertas tadi angkatlah kek kita.

Cara membuat krim keju...
Lapisan krim keju
250gm krim keju
3/4 cawan gula halus
1 biji telur

Putar krim keju dengan gula hingga kembang dan masukkan telur.  Putar lagi hingga betul-betul kembang.

Saturday 25 May 2013

Bihun Sup Perut

Bahan-bahannya
Setengah kilo perut
5 ulas bawang putih(ketuk)
2 inci halia(ketuk)
Sebatang kulit kayu manis
3 biji pelaga
Sekuntum bunga lawang
2 batang serai(ketuk)
Gula dan garam
Hiasan:
Daun sup
Sawi(celur)
Cili merah
telur rebus
Taugeh yang dicelur
Limau nipis
Bawang goreng
Kicap pedas

Cara-caranya
Bersihkan perut dan rebus bersama air sampai sekali mendidih.  Angkat dan buang airnya.
Masukkan air yang lain dan rebuslah bersama kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang, bawang putih, halia dan serai..
Masukkan juga gula dan garam.
Rebus sehingga betul-betul empuk.(kalau nak guna periuk tekanan lagi cepat)
Bila empuk, keluarkan perut dan biarkan sejuk. kemudian dihiris kecil-kecil.
Panaskan semula air rebusan perut tadi dan rasalah manis masinnya.

Setengah bungkus bihun dicelur dengan air yang telah ditambah dengan sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga bihun lembut.

Sambal kicap
Sambal Kicap
Secawan kicap manis
4 sudu besar gula
3 ulas bawang merah
Seulas bawang putih
3 sudu besar bawang goreng
2 bili limau nipis
7 biji cili api 
(Sambal kicap ini boleh disimpan dalam peti sejuk dan boleh bimakan selain behun sup sesuai juga dengan laksa penang, mee kari, cecah dengan ikan bakar atau apa-apa menu yang sesuai. 

Friday 24 May 2013

Nasi Lemak

Bahannya
3 cawan beras
3 cawan santan
2 ulas bawang merah(mayang)
1 inci halia(hiris nipis)
Sehelai daun pandan
Gula dan garam

Masakkan santan bersama daun pandan, bawang, halia,gula dan garam sehingga sekali mendidih (bila mendidih terus matikan api) Sejukkan
Basuh beras dan toskan dan masukkan santan yang telah dimasak tadi.Masaklah dengan cara biasa atau dalam periuk elektrik sehingga masak..

Sambal Bilis
Secawan ikan bilis
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1/2 keping Gula melaka(kalau yang kecil..letak mengikut kesukaan)
belacan
5 sudu besar cili giling
sedikit santan
gula dan garam
3 sudu besar air asam jawa

Blender bawang merah, putih dan halia dengan sedikit air.
Tumis bahan blender dengan minyak masak, kemudian masukkan cili giling dan belacan. Kacau hingga naik wangi. Masukkan air asam jawa, gula melaka, sedikit gula dan garam dan masukkan ikan bilis.   Masak sehingga mendidih dan berminyak. 

Thursday 23 May 2013

Muffin Blueberry


Bahan-bahannya
2 biji telur
225 gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
125 gula kastor
125 ml susu segar
150 gm mentega
1 sudu teh vanilla
Blueberry filling secukupnya

Caranya
Ayak tepung dengan baking powder sebanyak 2 kali.
Panaskan dan cairkan mentega dengan api yang sederhana.  Tutup api,
Pukul telur dengan garfu dan masukkan ke dalam susu segar.
Masukkan juga mentega tadi.  Kacau dengan senduk,
Masukkan gula, tepung,  dan vanila.  Kacau lagi.
Biarkan seketika(20 minit)
Masukkan sedikit adunan ke dalam kertas cupcake dan letak sedikit blueberry filling dan penuhkan 3/4 dari bekas tersebut.
Bakar selama 20 - 25 minit dengan suhu 190C atau kesesuaian oven masing-masing.

Friday 17 May 2013

Kek Marble



1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder.
1 cawan gula kastor
250gm mentega
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur
2 sudu besar serbuk koko(bancuh dengan sedikit air panas)

Ayak tepung gandum bersama baking powder sebanyak 2 kali.
Pukul gula dengan mentega hingga kembang.
Masukkan telur dan dipukul lagi biar kembang
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung .  Putar dengan kelajuan perlahan.  Biar semuanya sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian,  Satu biarkan plain(lebih banyak)dan satu lagi campurkan dengan bancuhan koko tadi(semangkuk sahaja).  Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas dengan kertas kek secara berselang seli sehingga habis.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar dengan suhu 180C selama 45 minit.
Seperti biasa bakar guna api bawah dahulu dan bila berbaki 30 minit barulah dibakar guna api atas dan bawah. 

Thursday 16 May 2013

Puding Roti

Bahan-bahannya
8 keping roti
Setin susu cair
3 biji telur
4 sudu besar gula
4 sudu besar margerin
1 sudu besar tepung jagung
Setengah cawan kismis
3 sudu besar coklat chip
1 sudu teh vanilla
Sedikit air
Sedikit garam(1/4 sudu teh)

caranya
Carik-carikkan roti dan rendam dalam susu cair.
Masukkan telur yang telah dipukul dengan garfu, margerin, gula, garam, kismis dan coklat chip. serta esen vanila.
Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Kacau semuanya biar sebati.
Sapu loyang dengan sedikit margerin dan masukkan semua adunan tadi.
Bakar selama 50 minit dengan suhu 180 - 190C atau sehingga masak.


Sunday 12 May 2013

Donat Mayonis....Cara Menguli Tangan


Biar Gambar Berkata-Kata....

Adun semua bahan hinbgga menjadi doh yang kasar
Masukkan ke dalam beg plastik
Lenyek, Tenyeh dan Golek selama 5 minit
Keluarkan dan ia jadi elastik
Uli semula selama seminit dan bulatkan
Tutup dengan plastik pembalut makanan
Panaskan ketuhar dengan suhu 180C selama 25 minit dan letak bekas bertutup tadi DI ATAS ketuhar dan di alas dengan redai besi (jangan masuk dalam ketuhar nanti MASAK).   Bila masa tamat biarkan lagi selama 10 - 15 minit kerana ketuhar masih panas dan mengeluarkan haba.
Adunan mengembang sekali ganda

Tumbuk-tumbukan bagi mengeluarkan angin
Uli dan bulatkan adunan
Buat bulatan kecil dan biarkan selama 10 minit
Adunan mengembang
Cucuk dengan jari telunjuk kita ditengahnya. dan letak atas permukaan beralas kertas dan biarkan seketika selama 20 minit.
  Goreng menggunakan minyak yang banyak hingga kekuningan dan salut dengan gula halus.

400gm tepung superfine

2 sudu besar mayonis

2 sudu susu tepung

1 biji telur(pukul dengan garfu dahulu)

180ml air suam(sesuaikan)
3 sudu besar shorterning
3 sudu besar gula
2 sudu teh yis
1/2 sudu teh garam
1 st baking powder
gula aising untuk salutan

Saturday 4 May 2013

Kek Lapis Prune


Terima kasih kepada Rohaimi Ahmad atas perkongsian resepi ini.
Bahan-bahannya
300gm mentega
200gm gula halus
7 biji telur(diputar dahulu berasingan)
250 tepung hongkong(kalau tiada boleh guna tepung pau) diayak
100gm horlick
5 sudu besar susu pekat
1 sudu besar ovellette
1 sudu besar esen vanilla
100ml air sejuk
Pewarna yang sesuai...hijau, pink dan kuning
Buah prune tanpa biji(digunting kecil)

Caranya
Panaskan oven dengan suhu 180C
Putar mentega, ovellette dan gula hingga kembang.
Masukkan susu dan putar lagi.
Masukkan telur yang telah diputar tadi.  Putar biar berkrim.
Masukkan tepung dan horlick sedikit demi sedikit. Sambil diputar.
Masukkan esen dan air.  Putar hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.  Masukkan cecair warna.
Sapu loyang 7X7inci dengan lebihan mentega dan alas dengan kertas kek.
Ambil 3 sudu besar(biar dapat 5 kali lapis untuk setiap warna) adunan bewarna hijau dan ratakan.
Bakar selama 10 minit api atas dan bawah.
Bila masak tekan kek(biar sedikit mampat)
Ambil lagi adunan tadi dengan sukatan yang sama, ratakan dan tabur dengan buah prune.  Bakar dengan api atas sahaja selama 10 minit.
Lakukan proses yang sama..Masukkan adunan, rata, tabur prune, masak, tekan.(api atas selama 10 minit.
Bagi lapis terakhir bakar selama 20 minit dengan api atas dan bawah.  Bila masak tekan kek untuk kali yang terakhir.

Friday 3 May 2013

Makaroni Bakar

Bahan-bahannya
2 cawan makaroni(rebus dan toskan)
350gm daging segar dicincang/kisar
6 ulas bawang merah(kisar)
3 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
2 sudu besar serbuk kari daging
Setengah cawan bawang goreng
4 biji cendawan butang tin(saiz besar, kak guna jenama Red..halal jakim)(potong nipis)
Daun sup dan daun bawang(potong kecil)
Sebiji lada benggala(dadu)
Setin susu cair
3/4 tin air
5 biji telur(pukul dengan garfu)
100gm mozarella(diparut)
Serbuk lada hitam
Sedikit gula dan garam
Minyak untuk menumis

Caranya
Tumis bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
Masukkan daging dan kacau sehingga kelihatan masak.
Masukkan juga serbuk lada hitam secukupnya.
Masukkan sedikit gula dan garam.
Masukkan air dan biar mendidih sekejap.  Angkat.
Masukkan bahan tumis ke dalam makaroni.  Gaul biar serata.
Masukkan susu cair.Gaul.
Masukkan sebahagian mozarella parut, daun bawang/sup, bawang goreng, cendawan dan lada benggala.
Tuangkan kesemuanya ke dalam bekar tahan bakar dan curahkan telur biar kena kesemua permukaan.
Tabur lebihan mozarella, bawang goreng, daun bawang, lada benggala dan cendawan butang.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170 - 180C selama 50 - 60 minit atau sehingga masak.


Thursday 2 May 2013

Pancake

Bahan-bahannya
3 sudu besar susu tepung dicampur air bagi menjadikannya 3/4 cawan air susu
2 sudu besar cuka makan
Campur keduanya selama 10 - 15 minit bagi menjadi buttermilk.
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonat
Ayak tepung dan bahan serbuk ini.
1 biji telur
2 sudu besar margerin
2 sudu besar gula halus.
1 sudu teh esen vanila

Caranya
Putar telur bersama gula dan margerin(guna bekas yang agak besar)
Masukkan buttermilk.  Putar dengan kelajuan yang slow.
Masukkan tepung yang telah diayak.  Putar kelajuan sederhana.
Masukkan juga esen vanila.  Putar lagi sehingga nampak putih dan lembut.
Panaskan kuali leper dan sapu/lapkan sedikit minyak.
Curahkan sesenduk adunan dan bulatkan.  Pastikan adunan kelihatan buih-buih  gelembung .
Balikkan dan biarkan masak.
Boleh dihidangkan bersama madu atau apa-apa yang sesuai.

P/s..Untuk yang tiada susu tepung bolehlah tukarkan pada susu yang lain.