translate

Thursday, 29 December 2016

Nasi Impit Goreng



Bahannya
Nasi impit secukupnya(potong seperti biasa)
Bahan kisar
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
10 biji cili kering(rendam sekejap dengan air panas)
3 biji cili padi
1 sudu besar udang kering(rendam sekejap dengan air panas)
2 sudu besar ikan bilis
Sedikit minyak untuk menumis dan gula dan sedikit garam.
Tumis bahan kisar sehingga naik minyak  dan betul2 masak(ambil sikit masa)
Keluar dari kuali dan biarkan dalam 2 sudu besar pes tersebut dalam kuali.

Udang segar(buang kulit tapi biarkan ekornya)
Isi ayam(potong kecil)
2 sb sos tiram
3 sb kicap manis
1sb kicap cair
1/2 kiub pati ayam
2 biji telur
Sawi(potong)
Kobis(potong)
Carrot(potong memanjang)
2 sudu besar pes bahan kisar ditambah dengan sedikit lagi minyak.
Bila panas masukkan sos tiram kicap manis dan cair.
Masukkan telur dan kacau hancur.
Masukkan udang dan isi ayam.  Kacau seketika.
Masukkan pes bahan kisar tadi.  Masukkan kiub pati ayam dan tambah sedikit gula dan garam jika kurang rasa(pastikan lebih sikit rasa masinnya sebab kita menggoreng nasi impit.
Masukkan nasi dan sayur2.  Kacau biar sekata rasa semuanya.
Amat menyelerakan dimakan panas-panas.

Sunday, 25 December 2016

Homemade Nasi Impit

Bahannya
3 cawan beras(dibersihkan dan ditos)
9 1/2  cawan air
Masak nasi selama 30 minit dalam periuk tekanan yang sesuai.(mod hp)
Masukkan dalam bekas yang sesuai dan dibiarkan semalaman
Kalau menggunakan periuk nasi elektrik biasa,, rujuk spt di bawah
Masak nasi dalam periuk elektrik seperti biasa.
Bila masak, keep warm dalam 10 minit sebelum dimasukkan dalam bekas yang mempunyai penutup.
Pastikan nasi yang dimasukkan dalam bekas penuh untuk memampatkannya semasa kita tutup penutupnya.
Biarkan selama semalaman atau paling awal pun selama 4 jam.(nak cepat sejuk sikit terus simpan dalam peti sejuk)

Sambal ikan
sekilo ikan rebus(buang tulangnya)
2 cawan kelapa parut yang telah digoreng tanpa minyak
15 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 sudu besar lada hitam
3 batang serai(potong kecil2)
1 keping gula melaka
Gula dan garam secukupnya.

Tumbuk kelapa parut sehingga halus dan ketepikan.
Tumbuk bawang merah, putih, halia, serai, lada hitam, gula dan garam sehingga lumat.
Masukkan ikan dan tumbuk sehingga semuanya sebati.
Masukkan dalam kuali dan kacau seketika dengan api yang perlahan(bila bahan sedikit panas bolehlah diangkat balik)
Masukkan kelapa parut tadi dan tumbuk lagi sehingga semuanya sebati.

Bolehlah dihidangkan bersama nasi impit.

Tuesday, 20 December 2016

Tepung Bungkus Manis

Bahannya
4 ketul ubi kayu(3 cawan apabila dikisar)
1/2 cawan santan pekat
2 keping gula melaka(saiz agak besar)
2 sudu besar gula
1/4 cawan air
Secubit garam

Ubi kayu yang telah dikisar ditapis untuk membuang patinya.
Masak gula melaka, gula dengan air sehingga semuanya hancur (sejukkan).
Masukkan santan ke dalam ubi.  Kacau biar sekata.
Masukkan cairan gula tadi dan juga secubit garam ke dalam campuran ubi dan kacau kesemuanya..
Bungkus dalam daun pisang yang telah dilayurkan.
Kukus sehingga masak.
Tips untuk memudahkan kita membungkusnya, buat lipatan daun sebelah bawah dahulu baharulah dimasukkan bancuhan tepung dengan cara menegak ke atas dan lipat bahagian yang di atasnya.

Wednesday, 14 December 2016

Kek Pisang

Bahannya
7 biji pisang
10 biji telur
1 1/2 cawan gula halus(bergantung pada kemanisan pisang)
2 cawan minyak masak
3 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonat
2 sudu teh vanilla
Hirisan pisang untuk hiasan

Caranya
Alas loyang 9X9 dengan kertas kek yang telah disapu minyak/margerin
Panaskan oven dengan suhu 180C.
Lenyekkan pisang.
Ayak tepung bersama baking dan soda bicarbonat.
Pukul telur bersama gula dan esen hingga kembang berbuih-buih.
Masukkan minyak masak dan pukul lagi seketika.
Masukkan pisang.  Kacau.
Masukkan tepung.  Kacau.
Tuang dalam loyang dan susun hirisan pisang ikut kreativiti.
Bakar dalam oven selama hampir 1 jam.  10 minit pertama guna api bawah sahaja dan selepas itu tukar ke api atas dan bawah sehingga masak.

Tuesday, 13 December 2016

ayam lemon

Bahannya
Ketulan ayam yang dipotong sederhana kecil.
2 ulas bawang putih(tumbuk halus)
Sedikit halia(tumbuk halus)
Sedikit garam
Lada sulah
Putih telur(dari satu biji telur)
Tepung jagung

Bersihkan ayam dan toskan,
Semua bahan digaul semua(kecuali tepung jagung).
Bila semuanya mesra taburkan dengan tepung jagung dan pastikan ayam bersalut tepung.
Goreng api sederhana sehingga kekuningan.

Sos
Beberapa hirisan lemon
Air secukupnya
Bancuhan tepung jagung
Pewarna kuning
Gula dan sedikit garam(jika perlu)
Cili padi(potong kecil)

Panaskan kuali.
Perah lemon dalam air (sisa hirisan masukkan bersama)
Masukkan cili padi.
Bila sudah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung, gula dan garam jika perlu.
Pastikan sos rasa masam dan manis.
Hidang ayam tadi dengan dituang dengan sos lemon .

Monday, 12 December 2016

Pisang Goreng

Bahannya
6 biji pisang(belah tengah dan kalau panjang potong 2)
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega atau margerin yang telah dipanaskan
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar kelapa kering
1 sudu teh bijan
1 sudu besar susu pekat
Sebiji telur
Sedikit serbuk kunyit
Secubit garam
1 cawan air(semasa menuangkan dalam adunan kakyah tak tuang keseluruhannya masih tersimpan sesudu dua lagi)

Adunkan kesemuanya dan masukkan/celupkan pisang tadi.
Goreng dalam minyak yang banyak.
Pastikan kita menggoreng dalam minyak yang betul2 panas.
Bila masak kekuningan bolehlah diangkat dan ditoskan.

Monday, 5 December 2016

Asam Pedas Ikan Pari

Ikan pari dilumur seketika dengan asam jawa dan dibersihkan.
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1/2 inci kunyit
2 sudu besar cili giling
Air asam jawa
Sekuntum bunga kantan
seikat daun kesum
2 batang serai
4 helai daun limau purut
2 biji bendir
Sebiji tomato
3 biji cili hijau
Minyak masak untuk menumis

Bawang merah, putih, kunyit  dan halia diblender.
Tumis bahan blender hingga pecah minyak kemudian masukkan cili giling.Kacau biar pecah minyaknya.
Masukkan daun limau purut dan serai.
Masukkan air dan air asam jawa.  Masukkan juga ikan dan masukkan juga daun kesum dan bunga kantan.
Masukkan gula dan garam. Biar mendidih.
Masukkan tomato dan bendi dan biar betul-betul mendidih.  Bolehlah diangkat.

Saturday, 3 December 2016

Udang Celup Tepung

Bahannya
Setengah kilo udang sederhana besar(kupas kulit dan tinggalkan bahagian ekornya)
200gm tepung gandum
Sebiji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu teh kicap cair
1/2 sudu besar gula
2 ulas bawang putih(tumbuk)
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Air 160ml

Caranya
Perap udang yang telah dibersihkan dengan lada sulah, bawang putih dan kicap cair.
Ayak tepung gandum bersama kastad dan baking powder.
Adun tepung dengan air, telur, gula dan secubit garam.
Biarkan adunan seketika.(sekejap aje)
Celup udang ke dalam aduan tepung dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.

Tepung Boko Ubi Kayu

Bahannya
Sekilo ubi kayu(potong dan kerat kecil2)
Gula secukupnya(1 cawan)
4 helai daun pandan
Secubit garam
Pewarna hijau(opsyenal)

Blender ubi kayu dengan sedikit air.
Blender daun pandan dengan sedikit air juga(tapis)
Masukkan ubi kayu dan air daun pandan dalam kuali.
Masukkan gula, pewarna hijau dan secubit garam.
Kacau atas api sederhana kuat sehingga pekat dan berkilat.
Masukkan dalam bekas yang sesuai.

Kuah
300ml santan pekat
Secubit garam
Bancuhan air tepung jagung sedikit(dari setengah sudu besar tepung jagung)

Satukan semuanya dan kacau atas api sehingga mendidih dan pekat.


Wednesday, 22 June 2016

Ketupat Sotong

Bahannya
Sekilo sotong segar
Secawan beras pulut
1 1/2 cawan santan(cukup untuk menutupi sotong masa merebusnya nanti)
2 keping gula melaka
2 sudu besar gula
Sedikit garam
Daun Pandan
Beberapa kuntum bunga cengkih

Caranya
1.Terlebih dahulu rendam pulut yang telah siap dibersihkan bersama dengan santan lebih kurang 10 minit.
2.Masukkan beras pulut tadi ke dalam sotong yang telah siap dibersihkan. Masukkan lebih kurang separuh penuh sahaja.  Masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.
3.Masukkan ke dalam periuk dan masukkan juga lebihan santan tersebut bersama saki baki lebihan beras pulut ,daun pandan, bunga cengkih dan gula melaka dan sedikit garam. Apabila mula mendidih, kita masukkan gula dan dengan api yang perlahan biarkan ia sampai kuahnya agak pekat

Puding Kentang



Bahannya
10 gm agar-agar serbuk
5 biji ubi kentang(direbus dengan secubit garam sehingga empuk)
Setin susu cair
3 biji telur
2 sb tepung kastad
1 st esen vanilla
1 cawan gula(kakyah kurang manis)
800ml air

Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih.
Blender ubi kentang, esen vanilla, telur, tepung kastad dan susu cair.
Masukkan dalam periuk tadi dan biar mendidih sekali lagi.
Tuangkan dalam loyang mengikut kreativiti masing-masing.
Sejukkan.

Boleh juga lihat dari saluran youtube kakyah




Saturday, 18 June 2016

Gulai Ikan Kering(campur nanas)

Ikan kering secukupnya(bersihkan)
5 ulas bawang merah(kisar)
1 ulas bawang putih(kisar)
1 inci lengkuas(kisar)
1/2 inci kunyit(kisar)
1/2 sudu besar cili kering/4 biji cili kering(kisar)
3 cawan santan
Nanas secukupnya
Cili merah
Gula dan garam(jika perlu)

Campurkan bahan kisar dan cili giling dalam santan.
Dalam periuk yang berasingan masukkan ikan kering, nanas dan cili merah.
Ambil sesenduk kuah dari santan yang bercampur tadi(kalau nampak terlalu sedikit campur sedikit air.
Masak ikan kering tersebut dalam api yang sederhana kecil sehingga kuah sedikit kering.
Sementara itu untuk kuah yang banyak tadi juga panaskan atas api.  Sentiasa mengacau supaya tidak berketul.
Bila ikan kering tadi masak, masukkan kesemuanya(jangan dicampur kuah dari ikan kering, nanti masin) ke dalam kuah yang banyak tadi.
Biar sampai mendidih dan rasalah masin dan manisnya.
Tips..jikalau tiada nanas boleh juga dicampur dengan timun atau cili hijau.
Bila menggunakan timun hendaklan dimasukkan juga asam keping.

Friday, 17 June 2016

Ikan Masak Tauchu

Bahannya
3 ekor ikan(potong 2) - Perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan beberapa titis cuka makan.
4 biji bawang merah(mayang)
2 biji bawang putih(mayang)
Sedikit halia(potong memanjang)
4 biji cili padi(belah 2)
1 biji cili merah(potong kecil)
2 sudu besar tauchu
3 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu besar air asam jawa
2 batang kacang panjang(potong menyerong)
Beberapa potongan timun.
Selabu bawang besar(potong bulat)
Tomato(belah 4)
Air secukupnya
Gula dan garam

Ikan yang telah diperap seketika digoreng dalam minyak sehingga masak.(ketepikan)
Tumis dengan sedikit minyak, bawang merah, putih dan halia hingga berbau wangi.
Masukkan cili padi.  Kacau seketika.
Masukkan tauchu, kicap manis dan cair.
Masukkan air dan biar sedikit mendidih.
Masukkan timun dan kacang panjang.
Masukkan ikan, bawang besar dan cili merah.
Masukkan buah tomato.
Rasalah masin dan manisnya.
Biar sedikit kering airnya dan bolehlah diangkat.

Thursday, 16 June 2016

Ayam Lada Kering

Bahannya
5 ketul bahagian ayam(bersihkan dan tos)
3 sudu besar sos tiram
Lada sulah
3 sudu besar tepung jagung
Lumurkan semua bahan kepada ayam dan perap seketika.
Goreng sehingga masak.(ketepikan)

Sos
6 biji cili kering(potong 2)
6 ulas bawang putih(ketuk)
Sedikit halia(ketuk hancur)
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap cair
1/2 kiub pati ayam
1 labu bawang besar(potong bulat)
Cili merah/benggala(pilihan)
Air secukupnya.
Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.  Masukkan cili kering dan goreng hingga sedikit garing.
Masukkan sos cili, kicap dan air secukupnya.
Masukkan pati ayam dan sedikit gula.
Masukkan ayam dan biar mereneh seketika.
Masukkan bawang besar dan cili merah.
Bila sedikit layu bolehlah diangkat.


Tuesday, 14 June 2016

Kebab Ayam

2 keping dada ayam(isi sahaja dikisar)
1labu bawang besar(potong dadu kecil)
1 biji cili merah(dadukan)
1 biji tomato(dadukan)
Beberapa tangkai daun sup(potong halus)
1/2 sudu teh oregano(pilihan)
1 sudu besar minyak zaitun
1 biji telur
4 sudu besar serbuk roti/biskut tawar yang diblend pun boleh juga.
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Lada sulah
Sedikit gula dan garam

Gaul kesemua bahan dan dibentuk bulat memanjang(kakyah gula lidi buluh sebagai batangnya)
Bakar dalam ketuhar selama 50 minit dengan suhu 180-200C.
Sesuai dimakan dengan nasi arab.

Monday, 13 June 2016

Puding Roti Bersos Kastad

10 keping roti dicarik-carik
4 biji telur
500ml susu segar
4 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan kismis
1/2 cawan coklat chip

Sapu loyang/mangkuk dengan margerin.
Susun roti di dalam loyang/mangkuk.  Tabur kismis dan coklat chip.
Susun lagi roti dan lakukan proses yang sama sebanyak 3 lapis.
Susu segar, gula, vanila dan telur kacau dalam satu bekas.
Tuang ke dalam loyang roti...Tekan sedikit roti supaya ditutupi oleh bahan yang dituang tadi.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 40-45 minit dengan suhu 180C.
Keluarkan dan sejukkan.

Sos Kastad
3 sudu besar tepung kastad(kakyah guna bird)
1 cawan susu segar
1 cawan air
1/2 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
4 sudu besar gula(bergantung)

Kacau kesemuanya atas api yang sederhana kecil sehingga mendidih.
Keluarkan dan sejukkan.
Dihidangkan bersama puding roti.

Friday, 10 June 2016

Mee Segera Berkuah

Bahan-bahannya
3 keping mee segera(direndam sehingga lembut)
7 ulas bawang putih(diketuk)
3 biji cili padi(potong kecil)
Ayam(ketulan kecil)
Udang segar(dikupas kulitnya dan dibiarkan ekornya)
Sotong(dipotong bulat)
Sebiji telur
2 batang sawi(potong)
Tomato(dibelah 4)
1 sudu besar udang kering(tumbuk)
1 sudu besar cili giling
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar kicap cair
sebiji cili merah(hiris nipis)
2 tangkai daun sup
Lada sulah
Bawang goreng
Limau nipis
Air secukupnya
Gula dan garam secukupnya

Caranya
Toskan mee segera
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili padi.
Masukkan cili giling, kacau seketika..  Masukkan sos tomato, tiram dan kicap.
Masukkan udang, sotong dan ayam.  Kacau seketika.
Masukkan air.  Biar sampai mendidih.  Pecahkan telur sebiji.
Masukkan sayur yang telah dipotong, cili merah dan tomato
Masukkan mee dan masukkan juga gula dan garam(jika perlu)
Sebelum diangkat masukkan juga daun sup, lada sulah dan bawang goreng.

Thursday, 9 June 2016

Biskut Famous Amos

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur
1/4st garam
1/2 sb susu tepung
1/2 st vanilla
Bahan B
2 cawan tepung gandum(ayak)
1sb serbuk koko(ayak)
1/2 st cuka
1/2 st soda bicarbonat
1/2 cawan biji bunga matahari/walnut cincang
1 cawan coklat chip(kakyah guna coklat rice aje)

Satukan bahan A dan sebatikan dengan whisk.
Campur bahan ayak dengan susu tepung dan soda bicarbonat.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis ke dalam adunan bahan A tadi.
Kacau dengan senduk sahaja.
Masukkan cuka.  Kacau.
masukkan coklat rice/chip dan biji bunga matahari..(adunan agak lembek sedikit)
Sudukan adunan ke dalam loyang(adunan akan mengembang jadi jarakkan sedikit setiapnya)
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180C selama 20 minit.

Wednesday, 8 June 2016

German Cookies

Sumber Resepi dari LinaKz Shaari
Bahannya
125gm mentega
40gm gula aising
1 sudu teh esen vanilla
125gm tepung kentang
80gm tepung gandum

Caranya
Ayak tepung gandum dan tepung kentang.
Pukul mentega, aising dan vanila menggunakan spatula(senduk kayu)
Masukkan tepung gandum dan kentang.  Gaul sehingga menjadi doh yang lembut.(kalau terlalu lembut masukkan ke dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
Bulatkan adunan kecil-kecil dan susun dalam loyang pembakar yang telah di alas dengan kertas pembakar.
Tekan adunan dengan garfu dan ditabur dengan hiasan yang sesuai.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170-180C selama 15 minit.

Monday, 6 June 2016

Tart Nanas

250gm mentega
400gm tepung gandum
40gm tepung kastad
50gm gula ising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila

Kacau mentega dengan gula ising hingga sebati.  Masukkan kuning telur dan esen vanila.  Kacau lagi.
Ayak tepung gandum dan kastad dan masukkan ke dalam bahan tadi dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan ke dalam penerap tart gulung dan tekan memanjang.
Letakkan inti nanas(bulatkan dengan ukuran yang sesuai)
Gulungkan dan letak atas loyang yang telah disapu dengan mentega/margerin
Sapu bahagian atasnya dengan kuning telur yang telah dicampur pewarna kuning.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu suhu 180C selama 25 - 30 minit.

Inti nanas
Sebiji nanas(kupas dan blender)
Gula bergantung pada saiz nanas
Beberapa kuntum bunga cengkih
sedikit garam

Masak dan kacau sehingga kering dan berkilat.

Biskut Coco Crunch

Sumber resepi..Blog CitaRasa Wan

Bahannya
250gm mentega
180gm gula perang
2 biji kuning telur
300gm tepung gandum
30gm tepung jagung
1/4st baking powder
1/4st soda bicabornat
100gm coco crunch (yang telah dikisar hancur)
Coco crunch(untuk hiasan atasnya)
Untuk resepi kakyah ini bahan 50gm coklat chip kakyah tak masukkan.

Caranya
kacau mentega dengan gula perang sehingga sebati.
Masukkan telur.  Kacau seketika.
Ayak tepung gandum bersama tepung jagung baking powder dan soda bicarbonat..
Masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan mentega tadi.  Uli sampai lembut.
Sapu loyang dengan sedikit mentega.
Bulatkan adunan sebesar guli dan tekan coco crunch di atasnya.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 25 minit atau biskut masak.

Untuk topping coklat di atasnya
Ketulan coklat putih(dicairkan dengan teknik double boil)
Paipkan atas biskut yang telah sejuk.

Saturday, 4 June 2016

Kerabu Mangga

Bahannya
2 biji mangga muda(kalau jenis pauh lemak tu sebiji pun dah cukup)
2 ekor ikan rebus(dibuang tulang2nya)
Seulas bawang merah besar(mayang dan diramas2)
Cili padi(potong bulat nipis)
Gula dan garam(jika perlu)

Mangga disagat memanjang.
Isi ikan dihancurkan dengan tangan sahaja.
Masukkan semua bahan dan pastikan semuakan mesra.
Tips..gula masukkan dahulu ke dalam mangga yang disagat sebelum lain2 bahan.

Thursday, 2 June 2016

Laksam

Bahan untuk laksam
2 cawan tepung beras(kakyah guna jenama Golden Coin)
3 1/2 cawan air (guna air suam2 kuku)..yang setengah cawan air tu jangan masukkan semua, try kukus sekeping dahulu kalau ok cukuplah 3 cawan air.....tepung beras berlainan jenis mempengaruhi juga sukatan air kita.

Bancuh kedua bahan menjadi adunan yang tidak berketul-ketul.
Kukus dalam pengukus selama 2 atau 3 minit.
Adunan laksam dikukus di atas tudung periuk yang telah disapu dengan sedikit minyak pada kukusan pertama laksam.

Kuah
1/2 kilo ikan selayang 
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia(masukkan sedikit aja sebab dalam kuahnya kita tak nak ada bau halia)
3 cawan santan.
3 keping asam keping
1 sudu teh lada hitam
gula dan garam
Ikan yang telah direbus tadi dibuang tulangnya(tulang tu jangan dibuang sebab kita nak ambil air tulangnya)
Bawang merah, putih dan sedikit halia diblender.
Lada hitam diblender bersama bahan-bahan di atas atau boleh juga ditumbuk berasingan.
Isi ikan diblender dengan air, begitu juga tulang ikan tadi boleh diblender berasingan dan diambil airnya.
Campurkan bahan-bahan blender atau tumbuk tadi ke dalam santan dan dimasak.
Campurkan juga asam keping, gula dan garam.  Masak biar sampai mendidih tapi jangan sampai naik minyak.(Kalau nampak kuah pekat sangat bolehlah ditambah dengan air lagi). Kuah laksam mesti ada rasa lada hitam, sedikit manis.

Ulaman
Taugeh
Timun batang
Bunga kantan
Kobis
Kacang panjang


Cara mengukus dan menggulung laksam SINI

Wednesday, 1 June 2016

Ayam Lemon

Bahannya
Ketulan ayam yang dipotong sederhana kecil.
2 ulas bawang putih(tumbuk halus)
Sedikit halia(tumbuk halus)
Sedikit garam
Lada sulah
Putih telur(dari satu biji telur)
Tepung jagung

Bersihkan ayam dan toskan,
Semua bahan digaul semua(kecuali tepung jagung).
Bila semuanya mesra taburkan dengan tepung jagung dan pastikan ayam bersalut tepung.
Goreng api sederhana sehingga kekuningan.

Sos
Beberapa hirisan lemon
Air secukupnya
1/2 kiub pati ayam
Bancuhan tepung jagung
Pewarna kuning
Gula dan sedikit garam(jika perlu)
Cili padi(potong kecil)

Panaskan kuali.
Perah lemon dalam air (sisa hirisan masukkan bersama)
Masukkan juga kiub ayam dan cili padi.
Bila sudah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung, gula dan garam jika perlu.
Pastikan sos rasa masam dan manis.
Hidang ayam tadi dengan dituang dengan sos lemon .

Monday, 30 May 2016

Homemade Ikan Sardin

Bahannya
Sekilo ikan sardin(dibuang perut, kepala dan ekor dan dibersihkan)
Sekeping asam jawa
Sehiris halia
Sedikit garam dan air secukupnya.

Rebus ikan dan bahan-bahan tadi di dalam periuk tekanan selama 1 jam.

Bahan kuah
10 ulas bawang merah(kisar)
4 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
2 sudu besar cili giling
5 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ayam
Gula dan sedikit garam(jika perlu)
Sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.  Bila pecah minyak masukkan cili giling.  Kacau seketika.
Masukkan sos tiram, sos tomato,kicap cair dan kiub ayam.  Biar naik bau seketika.
Sebelum diangkat masukkan gula dan garam(jika perlu)

Tuang bahan kuah ke dalam ikan rebus(biarkan bersama air rebusannya sekali).(kakyah keluarkan dahulu asam keping tadi)
Biar mendidih sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
Sedia untuk dimakan dengan apa sahaja.
p/s..tulang temulang ikan sardin sudah jadi rapuh disebabkan kita rebus dalam periuk tekanan.

Sunday, 29 May 2016

Mee Kuah

Sebungkus mee kuning
10 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cairBeberapa ekor udang
Beberapa ketul ketulan kecil isi ayam
2 biji telur
Sawi
2 biji tomato
2 sudu besar udang kering
sebiji cili merah
Gula dan garam
Limau nipis

Rendam sekejap mee dalam air panas dan toskan.
Bawang merah, putih dan udang kering diblender dengan sedikit air.
Sayur sawi, tomato potong dengan cara biasa.
Tumis bahan blender sehingga naik bau dan wangi.
Biar seketika dan kemudian masukkan sos -sos dan kicap.
Masukkan ayam dan juga udang dan masukkan air(secukupnya).  Biar sampai mendidih.  Pecahkan telur sebiji- sebiji dan kacau jangan hancur.  Masukkan gula dan garam, sayuran dan cili merah yang telah dipotong kecil tadi dan akhir sekali masukkan mee kuning.  Biarkan seminit dan matikan api.
Boleh dihidangkan bersama limau nipis, daun bawang dan bawang goreng.

Sunday, 22 May 2016

Kebab Ayam

Bahannya
Bahagian dada ayam(ambil isinya sahaja dan dicincang)
3 keping burger ayam(potong kecil-kecil)
Setengah labu bawang besar(dadukan)
Sebiji tomato(dadukan)
Setengah biji lada benggala(dadukan)
3 ulas bawang putih(potong kecil)
Beberapa tangkai daun sup(potong kecil)
Setengah batang timun(sagat bahagian luarnya sahaja)
Setengah batang carrot(sagat)
Setengah sudu teh origano
2  sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1  sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos black paper
3 sudu besar mayonis
1 sudu teh gula
sedikit minyak untuk menumis

Tumis bawang putih dengan bawang besar.  Bila naik bau masukkan origano.
Masukkan ayam cincang dan daging ayam burger.  Kacau seketika
Masukkan sos-sos dan kicap cair.
Masukkan sayur-sayur, tomato dan daun sup.
Sebelum angkat, jika perlu masukkan sedikit gula.
Matikan api, masukkan mayonis dan gaul seketika.

Kulit tortilla
Sedikit mentega

Daun salad secukupnya.

Panaskan kuali roti canai dengan disapu sedikit mentega/minyak(sedikit sapuan sahaja)
Letakkan kulit tortilla dan panaskan seketika(pusing-pusingkan mengikut pusingan jam dengan jemari kita)
Angkat kulit tortilla dan letakkan daun salad di atasnya.
Masukkan inti dan lipat dibahagian bawahnya dan digulung seperti biasa.
Panaskan seketika atas kuali tadi.
Angkat dan sedia untuk dimakan.

Friday, 15 April 2016

Roti Jala Berlauk

Roti Jala
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula
sedikit garam
2 1/2 cawan air
sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning
Sebiji telur

Adunkan semua bahan tersebut dan ditapis untuk mendapat adunan yang tidak berketul-ketul.
Dengan menggunakan bekas roti jala kirailah ia dalam kuali yang disapu sedikit minyak  dan apabila masak boleh digulung berintikan serunding daging.

Inti Serunding Daging
2 cawan serunding daging
6 ulas bawang merah(kisar)
4 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit Halia(kisar)
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar rempah kari daging
2 sudu teh air asam jawa
Sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
Naik bau masukkan cili giling.  Kacau seketika.
Masukkan rempah kari dan air asam jawa.
Kacau hingga naik minyak.
Masukkan serunding daging dan kacau hingga serata dan kering.
Tambah gula dan garam jika perlu.

Friday, 8 April 2016

Takoyaki

Bahannya
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
4 cawan air
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar kicap cair
3 biji telur

Inti
Kobis(potong panjang kecil)
Daun sup(cincang)
Carrot(sagat)
Sotong(potong kecil)
Ketam stik(yang dibeli di pasaraya bahagian dingin beku)..potong nipis

Campur semua bahan dan kacau biar sekata semuanya.
Simpan setengah jam dalam peti sejuk.
Masukkan adunan dalam botol bermuncung tajam.
Panaskan acuan takoyaki di atas api sederhana kecilnya dan sapu minyak masak dalam acuan .
Masukkan adunan 3/4 daripada keseluruhan acuan dan masukkan isi sotong, potongan ketam, kobis, carrot dan daun sup.
Penuhkan adunan keseluruhannya.  Bila separuh masak tolakkan ia separuh ke atas dan isikan adunan biar memenuhi acuan tersebut.
Lakukan proses sehingga takoyaki menjadi bulat keseluruhannya.
Bila masak bolehlah diangkat.

Sos takoyaki
1/4 cawan sos cili
1/4 cawan tomato pure(boleh ganti dengan sos tomato)
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan kicap manis
1/4 cawan kicap cair

Masak atas api yang kecil sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Menghidang takoyaki cara kakyah
Takoyaki dihidang di atasnya bersama sos takoyaki, mayonis, seaweed dan sotong kering proses.



Wednesday, 16 March 2016

Ikan Phat Phet

Bahannya
2 ekor ikan sederhana sebesar(dibersihkan dan dilumur sedikit garam, serbuk kunyit dan beberapa titis cuka, perap seketika dan digoreng separuh masak)
5 ulas bawang merah(kisar)
6 ulas bawang putih(kisar)
1/2 inci halia(kisar)
1 inci lengkuas(kisar)
2 batang serai(kisar)
1/2 sudu teh lada hitam(kisar)
Sedikit belacan(kisar)
1 inci kunyit hidup(kisar)
5 biji cili padi(kisar)
2 sudu besar air asam jawa
3 helai daun limau purut
Bawang besar(potong bulat)
Air secukupnya, gula dan garam
Minyak untuk menumis

Tumis bahan kisar hingga naik wangi.
Masukkan daun limau purut dan sedikit air,
Masukkan air asam jawa dan ikan.
Masukkan gula dan garam.
Masukkan bawang besar.
Bila bawang sudah layu bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Monday, 14 March 2016

Kengsom

Bahannya
Ikan(sebarang ikan yang sesuai)
4 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
Sedikit halia *
Sedikit lengkuas *
Setengah kuntum bunga kantan *
2 batang serai *
Seinci kunyit *
Sedikit belacan *
4 biji cili padi(ikut kesukaan ..kalau nak lebih) *
5 batang daun kesum
5 batang kangkung
Beberapa potong nanas
Sekeping asam keping
Gula dan garam

Blender bahan bertanda *.
Air secukupnya dimasukkan dalam periuk dan didihkan.
Apabila mendidih masukkan bahan kisar bersama asam keping, gula dan garam.
Apabila sekali mendidih masukkan nanas dan ikan(kakyah guna kepala ikan isi putih)
Biar mendidih seketika.  Masukkan daun kesum dan kangkung.
Rasa dan bolehlah diangkat dari dapur.

Thursday, 10 March 2016

Roti Sarang Lebah

Resepi
500 gm tepung roti
400 gm tepung gandum
5 sudu besar shorterning
4 sudu besar susu pekat
2 biji kuning telur
1 peket mauripan(11 gm)
1 sudu teh vanila
3 sudu teh bread improver
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar ovellete
2 sudu teh garam
500ml air sejuk
4 ketul kiub ais

Masukkan semua bahan kecuali garam dan shorterning ke dalam Bread Maker atau pengadun kek(guna mata uli roti)
Bila bahan bahan bercampur masukkan shorterning dan garam..  Uli sehingga roti elastik.
Masukkan ke dalam mangkuk dan perap selama 1 jam.
Tumbuk bagi mengeluarkan angin.
Bentukkan roti mengikut kesukaan.
Bakar selama 25 minit dengan suhu 180C.

Sos butterscoth
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
Secubit garam
1 sudu kecil esen vanila

Panaskan mentega.  Biar cair.
Masukkan gula perang.  Kacau biar cair dan berbuih tepinya..
Masukkan susu cair dan esen vanila serta garam.
Kacau hingga pekat.  Angkat dan sejukkan.


Tuang sos ke atas roti.

Bagi rujukan membulatkan roti SINI
Bagi rujukan menguli dengan tangan SINI