translate

Friday 26 June 2015

Sagupal Berinti

Bahannya
2 cawan biji sagu halus
Dibersihkan dengan air dan ditoskan
Campurkan sesudu dua air panas(cuba kepal-kepalkan)

Daun pandan

bahan inti
1/2 cawan tepung kacang hijau
Secawan air
1/2 cawan santan pekat
5 sudu besar gula
1 sudu besar bancuhan tepung jagung
Secubit garam

Campurkan semua bahan inti dan kacau dengan api sederhana sehingga pekat.
Angkat dan sejukkan(Sediakan inti terlebih dahulu)

Cara memasukkan inti sagupal
Bulat-bulatkan inti kacang
Biji sagu tadi kepal-kepalkan dan tekan sedikit rata di telapak tangan.
Masukkan inti dan tutup kemas intinya.
Lakukan sehingga habis.

Cara memasaknya
Didihkan air bersama sehelai daun pandan.
Masukkan sagu yang telah dibulatkan tadi.
Biarkan sehingga ianya timbul
Angkat dan toskan.

Kuah
1 ulas bawang merah(mayang)
1/2 inci halia(mayang halus)
1sudu teh halba
2 cawan santan
Sehelai daun pandan
4 sudu besar gula
Secubit garam
1 sudu teh tepung jagung.(bancuh dengan sedikit air)

Campurkan bahan kuah dan masak sehingga mendidih.
Angkat dan masukkan sagupal kita tadi.

Monday 15 June 2015

Colek Perut

Terima kasih buat kawan persekolahanku dulu Zarina M Zain atas perkongsian  bahan resepi untuk membuat kuah colek perut ini..

Bahannya
Perut rebus hingga lembut dan dipotong kecil dan nipis
Peparu direbus dan ditoskan dipotong nipis dan digoreng garing
Taugeh dicelur
Timun potong memanjang
Kerupuk ikan

Kuah
A
Sekeping gula melaka dimasak dengan secawan air hingga hancur(air bergantung kepada kita untuk mendapatkan kuahnya)

B
3 ulas bawang putih
6 biji cili kering
Sedikit belacan
Blender bahan B dengan sedikit air

C
Air asam jawa(sebesar 20sen)
3 sudu besar sos cili
Gula
Sedikit garam

D
Sedikit bancuhan tepung jagung

E
Bijan disangai


Masukkan bahan B dan C ke dalam A.
Masukkan bahan D dan E
Masak sehingga mendidih(biar lama sedikit)
Pastikan kuah ada rasa lebih manisnya dan sedikit masam.

Bahan tambahan
Jemput-jemput
2 sudu besar udang kering
1/2 labu bawang besar
Blender keduanya dengan sedikit air
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh mauripan
Sesudu besar gula
Air secukupnya
Adun kesemuanya seperti membuat cucur/jemput-jemput.

Cara penyediaannya
Masukkan perut, peparu, sayur taugeh dan timun
Kerupuk ikan diramas kasar dan jemput2 dipotong nipis/kecil
Tuang kuah ke atasnya.

Sunday 14 June 2015

Koleh Kacang Hijau

Bahannya
A
200gm kacang hijau yang telah digoreng(tanpa minyak) dan diblender halus

B
4 keping gula melaka(350gm)
850ml air
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan
Dimasak di atas api hingga gula melaka hancur dan mendidih.
Sejukkan

C
550ml santan
Sedikit garam

D
1 1/2 cawan santan
Dimasak api perlahan sehingga menjadi tahi minyak(selalu mengacau dan apabila sudah berketul dikacau lagi dan pastikan ketulan menjadi hancur dan bewarna keperangan..pastikan jangan menjadi hitam(pahit)
Tapis  dan simpan 2 sudu besar minyaknya untuk dicampur dalam adunan untuk dikacau.

Campur bahan A, B dan C.
Kacau sebati dan masukkan dalam kuali yang telah kita letak 2 sudu besar minyak kelapa tadi.
Guna api sederhana dan dikacau sehingga pekat.(hampir setengah jam)
Masukkan dalam loyang 8X8 inci yang telah disapu dengan minyak kelapa tadi.
Tabur tahi minyak di atasnya.  Sejukkan dan adunan mengeras.
Boleh dipotong.

Friday 12 June 2015

Tortilla Gulung


Bahannya
Beberapa keping kulit tortilla(panaskan tanpa minyak atas kuali sehingga sedikit kekuningan)

Bahan inti
Isian ayam(potong kecil2 perap dengan bawang putih tumbuk dan sedikit garam dan lada sulah)
Tepung jagung
Gaul perapan ayam dengan tepung jagung dan goreng dalam minyak yang banyak.  Toskan.

Daging burger(grillkan..letak lada sulah atasnya.. dan potong memanjang)
Sayur campur(celur sedikit dan campurkan dengan mayonis dan seulas bawang putih cincang.)
Masukkan juga kobis puple dan salad(potong/sagat)

Tomato(dadukan) dan Bawang besar(potong bulat)

Masukkan semua bahan inti ke dalam tortilla dan boleh digulung atau dibuat gulungan poket

Thursday 4 June 2015

Kek Cifon Karemel

A- 50 gm gula dibuat gula hangus (menggunakan bekas untuk kek  - goreng gula hingga hangus dan diangkat)
3 biji kuning telur
40gm gula pasir
1 cawan susu cair
1 sudu besar kastad

Bahan di atas kecuali gula hangus dicampurkan kesemuanya dan dikacau sebati.
Masukkan ke dalam bekas gula hangus tadi dan bakar ia dengan cara steam bake (guna satu bekas yang berisi sedikit air panas dan loyang kek direndam di dalamnya dan masukkan dalam ketuhar)
Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C.

B - 2 biji kuning telur
100 gm tepung naik sendiri
40 gm gula pasir
35 gm minyak jagung
95 gm air
1 sudu teh vanilla

C - 5 biji putih telur(pastikan semasa mengasingkan telur jangan sekali-kali tercampur sedikit kuning telur ke dalam putih telur)
1/2 sudu teh krim of tartar

Bahan B - digaul sebati.

Bahan C - dipukul dengan kelajuan tinggi sehingga pekat.

Campur bahan C ke dalam bahan B 

Bila masak keremel, keluarkan dan masuklah adunan kek tadi (kalau nak buat berwarna warni bubuhlah warna mengikut kesukaan dan masukkan berselang seli..
Bakar dengan cara sama seperti tadi (steam Bake) selama 50 minit atau sehingga masak(guna api bawah dahulu dan bila berbaki 20 minit guna api atas dan bawah
Bila masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan seketika.
Keluarkan dari ketuhar dan biarkan seketika sebelum ditelangkupkan atau dibalikkan.

Monday 1 June 2015

Daging Kerutuk Kicap






Bahannya
Setengah kilo daging(potong kecil)
15 ulas bawang merah(mayang)
3 ulas bawang putih(mayang)
Seinci halia(mayang)
2 inci lengkuas(ketuk kasar)
2 batang serai(ketuk)
1 sudu besar cili giling
3 sudu besar bawang goreng(beli siap)
Sedikit belacan
Sebatang kulit kayu manis
4 biji pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum cengkih
1 sudu besar kerisik
3 sudu besar kicap hitam(kakyah guna jenama Tamin)
2 keping asam gelugur
Sedikit gula melaka
Santan pekat secukupnya(dalam 2 cawan dan tambahlah dengan air sedikit)
Garam dan gula
Ubi kentang

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih, halia dan rempah-rempah(kulit kayu manis, cengkih, lawang dan pelaga)
Apabila layu bawang2 masukkan cili giling, serai, lengkuas dan belacan.
Tumis agak lama sedikit (sehingga sedikit garing bawang2 tersebut)
Masukkan daging dan kicap.  Masukkan sedikit air.
Masukkan asam keping dan gula melaka.  Renehkan sehingga daging empuk.
Masukkan santan dan kerisik.  Tambah gula dan garam.
Biar sedikit pekat.
P/s Ubi kentang boleh direbus berasingan dan dimasukkan ketika daging kerutub hampir masak.