translate

Tuesday 22 July 2014

Cara Berlauk

Bahannya
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan santan
2 biji telur
2 sudu besar gula
Secubit garam
Pewarna kuning

Caranya
Masukkan kesemuanya ke dalam blender.
Blender hingga sebati semuanya.
Letak acuan atas api yang kecil
Acuan cara dimasukkan sedikit minyak sapi.
Masukkan adunan hampir penuh.
Letak inti daging dan tutup bekas acuan sekejap.
Apabila sudah masak keluarkan dari bekasnya.

Inti daging
100gm daging cincang
Seulas bawang putih(cincang)
1/2 sudu besar serbuk kari daging
1/2 labu bawang besar(dadu)
Beberapa tangkai daun sup(cincang)
Gula dan garam

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih.
Apabila naik wangi masukkan bawang besar.
Kacau biar layu.
Masukkan serbuk kari dan sedikit air.
Kacau hinģga naik sedikit minyaknya.
Masukkan daging. gula dan garam.
Kacau hampir kering. Masukkan daun sup.
Biar sehingga sedikit kering barulah diangkat.

Monday 21 July 2014

Sagupal

Bahannya
1 cawan sagu halus(rendam sekejap dalam air dan titikkan dengan pewarna pewarna merah)
1 ulas bawang merah(mayang)
1/2 inci halia(mayang halus)
1/2 sudu besar halba
2 cawan santan
Sehelai daun pandan
4 sudu besar gula
Secubit garam
Pewarna merah
1 sudu teh tepung jagung.(bancuh dengan sedikit air)

Panaskan air secukupnya sampai mendidih.
Toskan sagu dan bulatkan dengan cara mengepalnya dengan tangan kita.
Masukkan ke dalam air yang mendidih dan tunggu sehingga ianya timbul baharulah diceduknya.
Toskan.
Masak santan bersama daun pandan, bawang, halia dan halba.
Masukkan gula dan sedikit garam.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan bila sekali mendidih terus di angkat.
Campurkan dengan sagu tadi.

Sunday 20 July 2014

Mee Kuah


Sebungkus mee kuning
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
Beberapa ekor udang
2 biji telur
Sawi
Beberapa ketul ketulan kecil isi ayam
Fish cake
2 biji tomato
2 sudu besar udang kering
sebiji cili merah
Gula dan garam
Limau nipis

Rendam sekejap mee dalam air panas dan toskan.
Tumbuk bawang merah dan udang kering.
Ketuk bawang putih.
Sayur sawi, tomato potong dengan cara biasa.
Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan bahan tumbuk dan cili giling.  Biar sampai wangi.
Biar seketika dan kemudian masukkan sos -sos dan kicap.
Masukkan ayam dan juga udang dan masukkan air(berpadanan).  Biar sampai mendidih.  Pecahkan telur sebiji- sebiji dan kacau jangan hancur.  Masukkan gula dan garam, serta fish cake(potong kecil), sayuran dan cili merah yang telah dipotong kecil tadi dan sebelum diangkat masukkan mee kuning.
Boleh dihidangkan bersama limau nipis, daun bawang dan bawang goreng.

Friday 18 July 2014

Puding Cocktail

2 tin susu cair
1  tin air dari buah dalam tin
1 biji telur dipukul dengan garfu
beberapa kuntum bunga cengkih
Gula
Sedikit garam
Campurkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih (bila nampak sekali mendidih terus matikan api..jangan berketul)

Agar-agar
10gm agar-agar serbuk
800ml air
4 ketul(kecil) gula batu
Gula (3 senduk kecil)
Masak agar-agar bersama air dan gula batu dan gula sehingga kesemuanya hancur dan bolehlah dibahagikan dalam beberapa bekas dan warnakan mengikut warna masing-masing

Kastad
3 sudu besar tepung kastad
1/2 gelas susu cair
2 1./2 gelas air
3 sudu besar gula
Kacau semuanya atas api yang perlahan sehingga pekat dan mendidih dan sejukkkan dalam bekas.

Agar-agar yang telah beku dipotong kecil-kecil, begitu juga dengan kastad.
Campurkan kesemuanya dan ditambah juga dengan buahan tin dan juga ais kiub.

Monday 14 July 2014

Roti Canai Cheesy

Bahannya
Beberapa keping roti canai segera
Cheddar parut
Thausand Island atau mayonis

Caranya
Panaskan kuali dengan sedikit margerin.
Panaskan roti canai segera sehingga kekuningan dikedua-dua belahnya.
Taburkan parutan cheddar dan thausand island di atasnya.
Lipat dan biarkan cheddar mencair.
Bolehlah diangkat.
Boleh dimakan begitu sahaja.

Gulai Darat Daging

Bahannya
1/2 kilo daging(potong nipis)
7 biji bawang merah(tumbuk lumat)
3 ulas bawang putih(tumbuk lumat)
Sedikit halia(tumbuk lumat)
3 sudu besar rempah kari darat
2 biji lada hijau
2 biji ubi kentang(kupas kulitnya dan belah 2)
1 sudu besar kerisek
1/2 inci lengkuas(tumbuk lumat)
1 sudu besar rempah ketumbar(tumbuk lumat)
3 cawan santan
1 sudu besar cili giling.
2 keping asam keping
Gula dan garam

Bahan tumbuk digaul dengan daging.
Masukkan juga cili giling, asam keping serta gula dan garam.
Letak atas dapur dan masukkan juga santan.
Masukkan ubi kentang.
Bila mendidih masukkan kerisek dan lada hijau.
Try rasanya dan bila naik minyak bolehlah diangkat dari dapur.

Kerabu jantung pisang dengan perut

1/2 biji jantung pisang
3 ekor ikan selayang sederhana besar
3 keping asam keping
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 sudu teh lada hitam
2 sudu besar kelapa yang sudah digoreng tanpa minyak
Sedikit perut lembu yang dah siap direbus hingga empuk (kalau tak masukkan pun tidak mengapa)
2 atau tiga sudu besar santan
1 sudu teh cuka
2 biji limau nipis(kalau jenis yang banyak air kalau tidak mesti lebihlaa)
Gula dan garam

Ikan direbus dengan sedikit air dan asam keping sereta  garam sehingga masak. Biarkan sejuk.
Jantung pisang dipotong nipis-nipis dan direbus dengan air sehingga empuk(masa rebus kak letakkan sekeping asam keping).  Pastikan betul-betul empuk jantung pisang tersebut.
Bila sudah boleh diangkat toskan dengan air sejuk(supaya cepat sejuk)dan bolehlah dramas-ramasl jantung tersebut supaya keluar airnya.
Ikan rebus dibuang tulangnya dan pastikan sedikit hancur isinya..
Tumbuk lada hitam, kemudian masukkan bawang merah, putih dan halia.  Biarkan sampai lumat.
Masukkan gula(1 sudu besar) dan ditumbuk lagi.
Gaulkan bersama jantung pisang, perut lembu yang telah dipotong nipis, isi ikan dan kelapa goreng tadi.
Masukkan cuka dan air limau nipis.  Gaul biar sebati.
Masukkan santan kelapa (santan kotak pun selalu kak guna) dan rasalah kesedapannya kalau tak cukup garam tambahlah ia begitu juga dengan gula.
Untuk menambah rasa masukkan cili api dan juga bawang besar yang telah dipotong nipis.

Tuesday 8 July 2014

Solok Ikan


Bahannya
3 ekor ikan kembung(belah belakangnya dan keluarkan tulang, kikis isi ikan yang melekat pada badan ikan dengan menggunakan sudu)
1 sudu besar kelapa kering(tumbuk)
5 sudu besar kelapa parut putih(tumbuk)
3 biji bawang merah(tumbuk)
2 ulas bawang putih(tumbuk)
Sedikit halia(tumbuk)
1/2 sudu teh biji lada hitam(tumbuk)
3 tangkai daun kesum(potong/cincang)
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam

Hancurkan/tumbuk semua bahan kecuali badan ikan dan daun kesum.
Masukkan daun kesum dan gaul hingga sebati.
Masukkan ke dalam badan ikan tadi, isikan biar penuh.
Goreng menggunakan minyak banyak dengan api yang perlahan sehingga kekuningan.
(Kemungkinan hanya 2 ekor ikan sahaja yang dapat menghasilkan solok ikan daripada 3 ekor ikan ini)

Monday 7 July 2014

Roti Jala dan Kuzi Ayam

Roti Jala
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
sedikit garam
2 1/2 cawan air
sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning
Sebiji telur

Adunkan semua bahan tersebut dan ditapis untuk mendapat adunan yang tidak berketul-ketul.
Dengan menggunakan bekas roti jala kirailah ia dalam kuali yang disapu sedikit minyak  dan apabila masak boleh digulung atau dilipat segitiga.

Kuzi Ayam(kuzi cara mudah)
1/3 ekor ayam dipotong dan dibersihkan dan diperap seperti nak goreng ayam.
2 biji ubi kentang
sedikit kismis
sedikit kacang gajus
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
3 sudu besar sos tomato atau tomato puree
Rempah kasar(kulit Kayu manis(1), pelaga hindi(3) dan bunga lawang(2)
2 sudu besar rempah kuzi..(kalau tiada guna rempah kurma pun okey)
Setengah tin susu cair
Air(tidak kisah bila nampak kuah pekat boleh tambah air lagi masa sedang memasak)
3 sudu besar Bawang goreng(beli yang dah siap di kedai
Sehelai daun pandan
Gula dan garam

1.Ayam digoreng begitu juga ubi kentang yang telah dipotong kecil, dan kismis juga digoreng di dalam minyak yang panas.
2. tumiskan bawang merah, putih dan halia yang telah diblender sehingga naik bau dan masuklah rempah kasar, sos tomato dan rempah kuzi.Masukkan juga bawang goreng. Selepas itu masukkan daun pandan, susu cair dan air.  Masuklah ayam, ubi kentang dan buah kismis yang telah digoreng tadi. Masukkan gula dan garam. Pastikan kuzi ayam kita betul-betul mendidih dan bolehlah dimakan bersama roti jala.
Sebenarnya kuzi ini yang mudah disediakan dan kalau orang tua-tua dulu cara pembuatan agak rumit seperti bawang besar digoreng hingga garing dan juga ada penggunaan zafferan.Juga penggunaan tomato puree.

Sunday 6 July 2014

Akok

Bahan-bahannya
5 biji telur
100ml air
150gm gula melaka(2 keping saiz kecil)
2 helai daun pandan
200ml santan pekat
Sedikit garam
30gm tepung gandum

Masak air bersama gula melaka, daun pandan dan sedikit garam hingga gula melaka hancur.
Angkat dan masukkan santan.  Sejukkan.(kak sejukkan dalam peti ais sekejap)
Masukkan kesemuanya ke dalam blender bersama telur dan tepung gandum.
Blender sampai berbuih.
Tapiskan.
Panaskan oven suhu 200C dan panaskan acuan akok(bunga kemboja) atau petitin yang telah kita sapu dan masukkan sedikit minyak masak selama 5 minit.
Masukkan adunan separuh/setengah penuh dan bakar selama 25 - 30  minit.
Akok akan mengembang dan naik tinggi semasa proses pembakaran dan akan turun semula..
Masa membakar bergantung pada acuan...kalau guna bekas petitin untuk cupcake tu hanya sekitar 15 minit sahaja.

Saturday 5 July 2014

Mee Kari

Bahan-bahannya
1/2 kilo mee kuning
direndam seketika dengan air panas dan disiram dengan air biasa dan ditoskan

Kuah Kari
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Sedikit halia
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar udang kering
Beberapa ekor udang segar
Beberapa potongan kecil ayam 
Isi kerang
2 biji kentang
5 cawan santan
3 sudu besar rempah kari daging
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
sebatang kulit kayu manis
2 sudu besar air asam jawa
gula dan garam
Daun kari

Bawang dan halia diblender.
Panaskan periuk dengan minyak  dan  tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari.
Masukkan bahan blender dan cili giling.  Biar naik bau.
Udang kering ditumbuk kasar dan dimasukkan dalam bahan tumis tadi.
Masukkan serbuk kari yang telah dicampur sedikit dengan air.  Biarkan naik minyak dan berbau wangi.
Masukkan santan dan juga ketulan ayam tadi.
Masukkan air asam jawa, gula dan garam dan juga ubi kentang yang telah dpotong kecil.
Biar sampai mendidih dan masukkan udang..
Biar betul-betul mendidih dan naik minyak dilapisan atas santan.
rasalah rasanya dan tambah apa yang patut.
Bolehlah diangkat.

Bahan tambahan
telur rebus
Bawang goreng
Tomato dicelur seketika
Sawi dicelur seketika
Taugeh(celur)
Limau nipis
Daun Bawang

Pengat Pisang dan Nangka

6 biji pisang
Nangka(buang bijinya)..sedikit sahaja.
1 sudu besar biji sago(rendam dahulu seketika)
2 senduk kecil gula(bergantung pada kesukaan masing2)
Secubit garam
2 cawan santan
Sehelai daun pandan

Kalau pisang agak terlebih masak, kita masakkan santan dahulu bersama daun pandan, gula dan garam.
Bila mendidih baharulah masukkan pisang dan nangka.
Masukkan biji sago dan biar mendidih seketika.
Bolehlah diangkat.
Kalau pisang masih keras dan pejal(baru masaknya), boleh dimasukkan kesemuanya sekali dan proses seperti di atas.