Terima kasih kepada Sally Rashid atas perkongsian resepi yang sememangnya sedap. Maaf kakak minta kerana kak menggunakan resepi dari Sally tetapi telah kak ubahsuai cara persembahannya..Sorri ye kak tak boleh buat kek coklat yang bertopingkan coklat selalu..Bahaya...
Bahan-bahannya
200gm tepung gandum diayak 2 kali (sally guna tpg superfine)
100gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonat
3 biji telur
200gm gula pasir halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
Lapisan krim keju
250gm krim keju
70 gm gula halus
1 biji telur
20gm tepung gandum
1 sudu teh jus lemon
25ml air
blueberry filling
Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bicarbonate.
Putar telur dengan gula hingga kembang. Masukkan bahan ayak . Kacau.
Masukkan minyak masak. Kacau.
Masukkan susu dan air panas. kacau hingga sebati dan berkilat.
Sapu loyang(9x9 inci) dengan margerin dan di alas dengan kertas kek(lebihkan kertas kek tersebut untuk menyenangkan untuk mengangkatnya nanti bila kek sudah masak).
Simpan 2 sudu besar adunan kek untuk marble.
Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian ke dalam loyang dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180C (5 minit pertama bakar dengan api bawah dan masa selebihnya api atas dan bawah)
Masukkan sebahagian adunan krim cheese ke atas kek coklat dan letakkan sedikit bluebery filling di atasnya. , bakar selama 15 minit.
Keluarkan dan tuang bahagian yang kedua dan bakar semula selama 20 minit lagi dan lakukan cara pembakaran seperti lapisan yang pertama tadi.
Apabila kek masak tuang lebihan adunan krim cheese dan paipkan lakaran marble di atasnya.
Bakar semula selama 15 minit.
Lapisan krim keju
250gm krim keju
70 gm gula halus
1 biji telur
20gm tepung gandum
1 sudu teh jus lemon
25ml air
blueberry filling
Putar krim keju dengan gula hingga kembang. Masukkan telur. Putar.
Masukkan tepung gandum, jus lemon dan air. Putar biar sebati.
translate
Tuesday 26 February 2013
Sunday 24 February 2013
Cempedak Goreng
Sebiji buah cempedak diambil isinya
Secawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar margerin
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar kelapa parut
1 sudu besar bijan
1 biji telur
1/2 sudu teh double action atau baking powder
1 sudu teh garam
1/2 cawan air suam
Sedikit serbuk kunyit
Adun semua bahan kecuali isi cempedak.
Kacau biar serata. Masukkan isi cempedak dan gaul biar sebati.
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan dan garing.

Saturday 23 February 2013
Hokkaido Cupcake
5 bji putih telur
1 sudu teh krim of tartar(boleh ganti dengan sedikit garam halus)
80gm gula kastor
Cara Merringue...
Pukul putih telur bersama krim of tartar dan kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga beku atau kental(bila diterbalikkan tidak jatuh)
5 biji kuning telur
30gm gula kastor
40ml minyak jagung
40ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
60gm tepung kek
25gm tepung kastad
1 sudu teh beking powder(kesemua tepung dan beking powder diayak bersama)
Pukul telur bersama gula hingga sedikit kembang. kemudian masukkan minyak dan susu. Pukul lagi seketika.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi. Kacau.
Masukkan putih telur tadi(merringue) ke dalam adunan kek dan kacau secara kaup dan balik.
Panaskan oven terlebih dahulu.
Masukkan dalam cupcake dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180C .(5 minit pertama guna api bawah sahaja dan bakinya guna api atas dan bawah)
Kastad
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula halus
400ml susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega
Sebatikan dahulu tepung dan susu dan masukkan ke semua bahan lain dan masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan licin.
Apabila cupcake sudah masak, masukkan kastad dalam paipping (guna nozle muncung tajam) dan tekan dalam kek.Kek kita jadi berinti di dalamnya.
Cara membuat tepung kek
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
Campurkan dan ayak. Dah siap tepung kek kita..tapi ini untuk secawan tepung kek..resepi di atas 60gm aje..jangan masukkan kesemuanya...

Friday 22 February 2013
Chocolate Moist Cake
Sumber dari blog Wanmus.com
Bahan-bahannya
Kek
250gm mentega
3/4 cawan gula halus
4 biji telur
2 cawan tepung gandum(ayak)
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
Coklat rice
Didihkan air ke dalam pengukus dengan api yang kuat.
Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
Kemudian masukkan telur satu persatu. Putar lagi hingga sebati.
Campurkan koko dengan susu cair.
Masukkan tepung gandum dan adunan serbuk koko ke dalam adunan secara berselang seli. Putar dengan kelajuan sederhana.
Sapu loyang dengan margerin dan alas dengan kertas kek. Masukkan adunan ke dalam loyang(tutup dengan aluminium foil loyang tersebut dan untuk mengelakkan kek melekat pada permukaan atasnya sapu aluminium foil dengan sedikit margerin) dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Sejukkan kek.
Toping
2 sudu besar margerin
6 sudu besar susu pekat manis
6 sudu besar serbuk koko
Air panas secukupnya untuk melikatkan adunan
Tuang toping ke atas kek dan taburkan dengan coklat rice
Thursday 21 February 2013
Kuetiau Tomyam
4 ulas bawang putih(diketuk)
3 batang serai(diketuk)
4 helai daun limau purut(dibuang tulangnya)
4 biji cili padi(diketuk)
2 biji limau nipis(diambil jusnya)
1/2 sudu besar cuka
Bunga kobis
Carrot
Sawi(potong)
Tomato(dibelah 4)
Bawang besar(potong bulat)
Udang(dikupas kulitnya dan dibiarkan ekornya)Kak tak masukkan habis stok..
beberapa ketulan kecil isi ayam
Bebola ikan
Gula dan garam
Air secukupnya
Minyak
Caranya
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama cili padi Biar naik bau kemudian masukkan serai dan daun limau purut. Kemudian masukkan air secukupnya.
Bila mendidih masukkan isi ayam dan udang. Masukkan juga bebola ikan.
Masukkan cuka dan jus limau nipis.
Masukkan sayur-sayur dan bawang besar yang telah dipotong.
Masukkan gula dan garam. Bila semuanya masak bolehlah diangkat
Sebungkus kuetiau
Basuh dengan air panas dan toskan.

Tuesday 19 February 2013
Puding Labu
Lapisan Bawah
Setengah bungkus agar-agar kering (25gm satu bungkus)
3 1/2 mug air
3/4 mug gula
sebiji labu di rebus
1 sudu besar kastad
1 sudu teh garam
2 biji telur
1/2 tin susu cair
Caranya
Labu diblender bersama susu cair, telur, tepung kasrad dan sedikit garam hingga hancur.
Masak agar-agar bersama air hingga hancur, kemudian masukkan gula.
Apabila gula sudah hancur bolehlah dimasukkan bahan blender tadi. Masak hingga mendidih dan bolehlah diangkat.
Sejukkan dalam bekas yang sesuai sehingga sedikit beku lapisan di atasnya.
Lapisan Atas
Setengah bungkus agar-agar kering(lebihan yang separuh tadi)
3 mug air
1/2 tin susu cair
1/2 mug gula
Masak agar-agar bersama air hingga hancur, kemudian masukkan gula.
Masukkan susu cair dan sedikit garam.
Biar sampai mendidih.
Bolehlah diangkat dari dapur.
Masukkan ke dalam lapisan puding labu tadi secara berhati-hati dan biarkan beku.

Sunday 17 February 2013
Bubur Pulut Hitam
300gm beras pulut hitam
Santan kotak(kecil)
2 keping gula melaka
Beberapa sudu besar gula(ikut kesukaan)
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan
Bersihkan beras pulut hitam dan toskan.
Masukkan air dan daun pandan secukupnya dan rebus sehingga beras kita masak(pecah bijinya). Tambah air kalau kering.
Masukkan santan(pastikan sudah masak dan airnya sedikit kering barulah dimasukkan santan), gula melaka, gula dan garam. Masak hingga mendidih. Bolehlah diangkat.
Boleh dihidang dengan memasukkan sedikit santan pekat yang telah dicampur dengan sedikit garam.

Saturday 16 February 2013
Sekaya Pulut
400ml santan
3 cawan beras pulut
Sedikit garam
Sehelai daun pandan
Pulut dibersihkan dan direndam sekurang-kurangnya 1 jam. Masukkan ke semuanya ke dalam loyang dan dikukus dengan air yang sudah mendidih selama 20 minit. Diangkat dan keluarkan daun pandan dan ditekan-tekan pulut tersebut supaya lebih mampat.
10 biji telur
3 keping gula melaka(jenis yang sederhana besarnya)
Pecah-pecahkan gula melaka dan diblender bersama telur tadi.
Masukkan ke dalam loyang pulut tadi dan dikukus semula selama 30 - 40 minit atau setelah dicucuk telur kelihatan masak.
Sejukkan seketika dan baru boleh dipotong.

Friday 15 February 2013
Kek Marble
1 1/2 cawan tepung naik sendiri.
1 cawan gula kastor
1 cawan margerin
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur
1 sudu besar mentega
2 sudu besar serbuk koko(bancuh dengan sedikit air panas)
Pukul gula dengan margerin dan mentega hingga kembang.
Masukkan telur dan dipukul lagi biar kembang
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung . Putar dengan kelajuan perlahan. Biar semuanya sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian, Satu biarkan plain(lebih banyak)dan satu lagi campurkan dengan bancuhan koko tadi(semangkuk sahaja). Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas dengan kertas kek secara berselang seli sehingga habis.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar dengan suhu 180C selama 45 minit.
Seperti biasa bakar guna api bawah dahulu dan bila berbaki 30 minit barulah dibakar guna api atas dan bawah.
Untuk membuat sendiri tepung naik sendiri sila rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/02/buat-sendiri-tepung-kek-dan-tepung-naik.html
Thursday 14 February 2013
Donut
400gm tepung gandum
125gm taufu lembut
2 sudu susu tepung
1 biji telur
150ml air suam
3 sudu besar shorterning
3 sudu besar gula
2 sudu teh yis
1/2 sudu teh garam
1 st baking powder
gula aising untuk salutan
1.kalau guna BM masukkan semua bahan dan tekan On ajalahhh.Pergi kaedah 3.
2.Kalau uli tangan masukkan semua bahan dan ulilah hingga tak melekat kat tangan(sekejap sahaja dan bukannya uli betul-betul) dan seterusbya masukkan dalam plastik dan ditekan dan digolek2 selama 5 - 8 minit. Keluarkan dan diuli semula sekejap dan masukkan dalam bekas bertutup (kalau kak cuma tutup dengan plastik raping dan letakkan di atas permukaan atas oven kita yang sedang dipanaskan dengan suhu sekitar 160C selama 1/2 jam(kak alas dengan redai besi kek kita tu di atas permukaan oven tersebut)...Peringatan JANGAN letak dalam oven tapi di ATAS oven kita tu...
3. Apabila sudah kembang ditumbuk2 dan diuli semula dan di bulat2kan dan dibiarkan selama 10 minit.
4. Selepas itu bentukkan seperti biasa(donatlaaa) dan dibiarkan selama 40 minit(pastikan alas dengan beking paper) dan akhirnya gorenglah dan angkat kemudian taburlah dengan gula aising atau gula kastor.

Wednesday 13 February 2013
Kek Lapis Blueberry Cheese
Terima Kasih Amie(Salami Simon) atas perkongsian kek ini yang sungguh Sedapp...
Sumber RSR - Brother Rozzan
450gm mentega
250 krim keju
1 sudu besar ovelette
170gm gula halus
10 biji telur
1 tin(400gm) susu pekat manis
300gm tepung hongkong
100gm horlick
250gm blueberry filling
1 sudu teh esen blueberry(tak guna)
Pewarna ungu
Putar mentega dengan krim keju serta ovellete hingga kembang.
Kemudian masukkan gula. Apabila semuanya nampak kembang dan lembut, memasukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan susu pekat. Dengan kelajuan yang sederhana masukkan tepung hongkong(yang telah diayak) dan horlick.. Biar sampai sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian sama banyak. Satu adunan masukkan blueberry filling dan pewarna ungu.(dan juga esen blueberry). Adunan yang satu lagi biar plain sahaja.
Panaskan oven dengan suhu 180C - 200C
Sapu loyang dengan sedikit lebihan mentega dan alas dengan kertas kek.
Ambil sesenduk adunan plain dan ratakan pada loyang kita. Bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit. Kemudian masukkan sesenduk juga adunan yang bercampur blueberry di atas lapisan kek yang pertama(pastikan kalau adunan pertama ada sedikit mengelembung cucuk-cucukkan dengan lidi pada kawasan tersebut.) Untuk proses membakar lapisan kek yang kedua dan seterusnya HANYA gunakan api atas sahaja. Setiap pembakaran menggunakan masa selama 10 minit. Lakukan proses ini berselang seli antara dua adunan tersebut.
Lakukan sehingga habis adunan tersebut.(untuk lapisan terakhir kak bakar selama 15 minit.)

Monday 11 February 2013
Kue Teou Kungfu
Bahan-bahannya
Sebungkus kue teou(400gm)
4 biji telur
2 sudu besar kicap manis
Minyak untuk menggoreng
Basuh kuetiau dan toskan.
Gaulkan dengan kicap.
Pecahkan telur dan pukul dengan garfu. Masukkan dan gaulkan dalam kuetiau tadi.
Masukkan sedikit minyak dan masukkan sedikit kuetiau tadi. Goreng dan balikkan. Biar kuetiau nampak masak dan sedikit garing. Buatlah sekitar 5 atau 6 kali.
Kuahnya
5 ulas bawang putih(ketuk dan potong)
Udang segar
Isi ayam
Sotong
Cendawan hitam(kak beli yang kering..rendam dengan air panas sekejap dan potong nipis)
carrot
Bunga kobis
Bebola ikan
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
2 biji cili kering(potong kecil)
Lada benggala
Serbuk lada hitam
Gula dan sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
2 sudu besar tepung jagung campur sedikit air
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga sedikit wangi. Masukkan cili kering. Goreng biar nampak sedikit garing. Masukkan isi ayam, udang dan sotong. Kacau biar sedikit masak. Masukkan sos tiram, kicap dan sos cili. Masukkan air(pastikan cukup untuk jadikan kuah kuetiau). Bila mendidih masukkan bebola ikan. cendawan hitam, carot, bunga kobis dan lada benggala. Masukkan juga gula dan sedikit garam. Masukkan juga serbuk lada hitam.
Bila kita lihat semuanya masak, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan biar sedikit pekat barulah diangkat.
Cara menghidang..ambil seketul kuetiau dan curahkan kuahnya..
Sunday 10 February 2013
Apam Mekar
Sumber dari Nur Comel..Terima kasih kerana Apam memang Comell
Bahan-bahannya
200gm tepung beras
180gm gula pasir
1 cawan susu segar
2 sudu teh baking powder(kak guna double action)
Cara-caranya
Panaskan pengukus dengan api yang kuat.
Kacau gula dengan susu segar sehingga gula hancur.
Campurkan dengan semua bahan dan kacau biar sebati.
Bahagikan kepada 3 adunan dan warnakan mengikut kesukaan.
Masukkan kertas cupcake ke dalam acuan lompang.
Masukkan adunan ke dalamnya.(untuk mudah masukkan adunan ke dalam paping beg dan paip untuk satu cupcake tiga warna)
Kukus selama 15 minit dengan api yang kuat.
Saturday 9 February 2013
Proses membuang tulang ikan..Siakap 3 Rasa.
Hari ini..cuti Tahun Baru Cina..kak nak kongsikan dengan kawan-kawan cara membuang tulang ikan untuk ikan siakap dan juga kerapu..kalau kita makan kat restoren atau hotel mereka buat cara ni..anak-anak pun kita tak bimbang kalau makan sebab tulangnya sudah clear......taklah bimbang takut tercekik tulang nanti...dan resepinya kat copi pes dari blog kak yang lepas..Siakap Tiga Rasa..Selamat mencuba.....
Menggunakan pisau yang tajam, rapatkan mata pisau disebelah atas tulang utama ikan dan potong memanjang sepanjang atas tulang ikan tersebut(pastikan jangan sampai terbelah belakangnya)
Proses yang sama, lakukan cara yang sama untuk bahagian tulang di sebelah bawah pula(untuk memudahkan ubah kedudukan ikan tersebut..lihat kedudukan kepala ikan untuk gambar atas dan yang ini
Menggunakan gunting khas(guna pisau pun boleh..) potong bahagian bawah tulang utama tersebut.
Lakukan cara yang sama untuk bahagian atas tulang tersebut
Tarik tulang tersebut..kalau susah untuk tanggal gunakan gunting untuk menanggalkan bahagian yang melekat tersebut.
Haaa..Senangkan...dah tertanggal kesemua tulang yang memanjang tersebut.
Menggunakan alat mencabut tulang guna playar(plier)..mintak dengan suami tau.., atau kalau dia tak bagi pisau pun boleh..tapi berhati-hati dengan jari...
Selepas itu pastikan tulang-tulang dibuang kesemuanya. Akhirnya menggunakan gunting atau pisau potong ekor, sirip dan apa-apa yang patut...
Dan bersihkan dengan melumur dengan asam jawa dan cuci dengan air bersih akhirnya...
Seekor ikan siakap dibuang isi perutnya dan dibelah kiri kanan sebelah bawah dan dibuang tulangn ya
4 ulas bawang putih
Setengah labu bawang besar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 biji Lada Benggala
Beberapa potongan nenas dalam tin
2 keping cendawan hitam
2 sudu besar sayur campur
sedikit kiub tomyam
Sedikit tepung jagung
lada sulah
gula dan garam
Air asam jawa (untuk membasuh ikan)
Ikan dibersihkan dan dibasuh dengan air asam jawa. Ambil seulas bawang putih dan ditumbuk dan dilumurkan bersama garam pada keseluruhan ikan tersebut. Sapukan juga sedikit lada sulah. Perap seketika. Sebelum digoreng sapukan ikan dengan tepung jagung dan dengan menggunakan minyak yang banyak gorenglah ikan kita sehingga masak.(Pastikan semasa menggoreng buka belahan ikan(kangkangkan ikan tersebut..hehehe..)
Untuk kuah
Panaskan minyak dan tumislah bawang putih sehingga naik bau. Kemidian masukkan sos cili. sos tomato dan sos tiram. Masukkan juga bawang besar yang telah dipotongf nipis. Masukkan juga cendawan hitam yang telah dipotong kecil, lada benggala yang telah dipotong mengikut kesukaan kita, sayur campur nenas dan sedikit kiub tomyam (kalau tak nak masukkan pun tak apa). Masukkan sedikit air. Masuklah juga gula dan garam dan tumislah kuah tersebut seketika. Masukkan kuah sos tesebut kedalam ikan siakap dan dihidangkan.

Apam Nasi
4 cawan tepung beras
2 cawan gula
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis
2 peket Eno
Pewarna makanan
Cara-caranya
Nasi diblender bersama air hingga hancur.
Kemudian masukkan gula, tepung beras dan yis, diblender lagi sampai sebati.
Keluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.
Simpan semalaman.
Keesokkannya kacau semula adunan tersebut sehingga sebati dan masukkan Eno. Kacau.
Bahagikan adunan kepada beberapa bekas dan bolehlah dimasukkan pewarna mengikut kesukaan.
Panaskan pengukus. Buka api kuat.
Apabila air betul-betul menggelegak(mendidih) kukuslah apam menggunakan acuannya. Kukus selama 10 minit.
Keluarkan dari acuan dan dihidangkan bersama kelapa parut yang telah dikukus dan selepas itu digaul dengan sedikit gula
Wednesday 6 February 2013
Red Velvet Layer Cheesecake
Kek red Velvet
3 sudu besar susu tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk
330 gm tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna merah
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar cuka
Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, susu tepung dan , baking powder sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis dengan kelajuan yang sederhana. Tambahkan juga pewarna merah ke dalam adunan. kacau sebati. Campurkan dan kacau baking powder dengan cuka, kemudian masukkan ke dalam adunan Kacau sebati adunan tersebut. .Ambil 3 sudu besar daripada adunan tersebut untuk lakaran marble. Bahagikan kepada dua adunan sama banyak. Satu adunan masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin dan dialas dengan kertas kek(biarkan kertas kek melebihi loyang bagi senang kita mengangkat kek bila masak) Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari oven dan tuang kurang separuh daripada lapisan keju dan bakar selama 10 - 15 minit Keluarkan dari oven dan masukkan adunan yang kedua tadi. Bakar semula selama 25 - 30 minit atau sehingga masak. Selepas itu tuang lapisan krim cis dan buat lakaran marble (caranya adunan yang disimpan (3 sudu besar tadi masukkan dalam plastik asing gunting hujungnya dan paip secara memanjang dalam loyang kek empat persegi kita itu dan menggunakan lidi atau apa-apa pun ditarik lakaran tersebut) Bakar semula selama 15 - 20 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dan dengan menggunakan lebihan kertas tadi angkatlah kek kita.
Cara membuat krim keju...Lapisan krim keju
250gm krim keju
3/4 cawan gula halus
1 biji telur
Putar krim keju dengan gula hingga kembang dan masukkan telur. Putar lagi hingga betul-betul kembang.

Monday 4 February 2013
Puding Tauhu
1/2 tahil (18.7gm) agar-agar kering
2 liter air
1 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
Laici dalam tin
Buah-buahan campuran dalam tin
Air gula
Cara-caranya
Masak agar-agar bersama air hingga hancur. Apabila agar-agar sudah hancur masukkan susu cair dan pekat kedalamnya(pastikan susu pekat dan cair disatukan dahulu dalam bekas sebelum dimasukkan kedalam periuk agar-agar tersebut) Kacau sehingga mendidih semula. Tuangkan dalam bekas/mangkuk dan bekukan.
Kuahnya pula..
Satukan air laici dalam tin dan air gula(ikut kesukaan kemanisannya)
Cara makan....
Masukkan kuah air gula bercampur air laici ke dalam Puding tauhu yang telah di taburkan buah laici dan buah-buah campuran dalam tin tadi. Sudukan ke dalam gelas atau mangkuk kecil apabila nak memakannya. Lembutnya macam taufu lembut.....

Friday 1 February 2013
buat sendiri tepung kek dan tepung naik sendiri
Hari ini kak bagi off pada tukang ambik gambar
...sebenarnya hari ini kak ingin berkongsi maklumat antara tepung kek
dengan t:epung naik sendiri ...kak selalu beli tepung naik sendiri tapi kadang-kala tu masa kita ayak ....ada ulat laaa....geliii..kalau kak tak guna dah terus buang masuk tong sampah....tapi kini tak jadi masalah dah sebab tepung naik sendiri dah buat sendiri.....kalau nak cuba caranya....
500gm tepung gandum
7 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Campurkan semua dan ayak sebanyak 3 kali....dan dah siap tepung naik sendiri ku...bolah simpan dalam bekas bertutup dan bila nak nak guna bolehlah guna tanpa was-was....
Dan ada juga resepi dia kata bahannya tepung kek...ramai yang tersilap guna tepung naik sendiri pulak...tepung kek dengan tepung naik sendiri berbeza...dan kita boleh buat sendiri tepung kek ini...caranya
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
Ayak keduanya dan jadilah untuk secawan tepung kek...kalau nak banyak buatlah lagi sebanyak mana kita mahu....

Subscribe to:
Posts (Atom)