translate

Sunday 30 November 2014

Roti Pandan Kelapa

Bahannya
200gm tepung roti
400gm tepung gandum
4 sudu besar shorterning
4 sudu besar gula
2 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil yis(mauripan)
1 1/2 sudu kecil bread improver
2 sudu kecil ovelette
2 biji kuning telur
350ml ais peti
5 ketul kiub ais
1/2 sudu kecil perasa pandan
1 sudu besar pewarna hijau
Sedikit garam halus

Inti kelapa
2 mangkuk kelapa parut(yang putih)
Sehelai daun pandan(carik2kan)
1/2 mangkuk gula(ikut citarasa)
Sedikit air
Masak atas kuali seperti yang buat inti ketayap

Doh Roti
Masukkan semua bahan kecuali shorterning dan garam ke dalam pengadun kek (guna mata untuk uli roti).
Apabila semua bahan teradun masukkan shorterning dan garam.  Putar/uli selama 15 minit.
Bila selesai tutup bekas dengan kain/plastik selama 1 jam.
Bila doh dah naik sekali ganda tumbuk doh untuk membuang angin di dalamnya.
Bulatkan doh setiap satunya sekitar 60gm.
Masukkan inti dan tutup dengan kemas.  Letakkan dalam kertas cupcake atau disusun terus dalam loyang.
Biarkan mengembang semula dalam sekitar 40 minit.
Sebelum bakar spraykan dengan air(jangan banyak..sekadar nampak lembap sedikit di atasnya) dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180 - 190C selama 20 - 25 minit.
Keluarkan dan sapu dengan mentega/margerin di atasnya ketika panas.
Bila sejuk simpan dalam bekas tertutup.

Monday 24 November 2014

Kek Marble


Bahannya
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan margerin(cairkan/panaskan)
1 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovelette
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan air biasa
1 sudu besar serbuk koko(bancuh dengan sesudu besar air panas)

Ayak tepung gandum dengan baking powder.
Masukkan semua bahan kecuali margerin ke dalam mangkuk.  Putar sehingga kembang putih dan gebu.
Masukkan margerin cair dan putar sekejap, biar bercampur semuanya.
Ambil 4 sudu besar adunan dan campurkan dengan bancuhan koko tadi.
Tuang adunan kosong ke dalam bekas loyang yang telah disapu margerin/alas dengan kertas kek.
Tuang adunan berwarna ke atasnya dan lorek2kan supaya menjadi marble/bercorak.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180C selama 45-50 minit.
P/s boleh dapat 2 kek seperti ini.



Friday 21 November 2014

Bun Burger

Bahannya
Doh
400gm tepung gandum
1 biji kuning telur
2 sudu besar shorterning
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil ovelette
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil garam
4 ketul kiub ais
250ml ais dari peti sejuk(air sejuk)

Inti
Mayonis
Sayuran campur
Sosej(rebus dan potong nipis
Campurkan/gaul
Sos cili
Mayonis


Caranya
Masukkan semua bahan doh kecuali shorterning dan garam ke dalam mesin pengadun roti atau kek.(guna mata untuk roti)
Bila semuanya bercampur masukkan shorterning dan garam.  Uli sehingga doh menjadi elastik(sekitar 15 minit)
Keluarkan dan biarkan dalam bekas tertutup(dengan kain atau plastik) sehingga kembang berganda.
Keluarkan dan tumbuk untuk mengeluarkan angin.
Buat ketulan kecil(40gm).  Biarkan 10 minit.
Gelek doh tersebut dan masukkan ke dalam kertas cupcake...Masukkan inti dan tutup dengan doh yang lain di atasnya...Biarkan mengembang semula(30-40 minit.
Sebelum bakar paipkan sedikit sos cili.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180C selama 25 minit.

Thursday 20 November 2014

Kek Mulus

Bahannya
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan margerin
1 cawan gula pasir halus(kalau gula kastor kurangkan sedikit sukatannya)
1 sudu teh ovelette
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telur(saiz besar)
1/4 cawan air

Caranya
Cairkan margerin dengan api yang kecil.
Ayak tepung gandum dengan baking powder.
Masukkan semua bahan(kecuali margerin cair) ke dalam mangkuk.  Putar sehingga putih gebu.
Masukkan margerin.  Putar biar bercampur keseluruhannya.
Masukkan ke dalam loyang yang sesuai dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170 - 180C selama 45 minit atau sehingga kek masak(pastikan kek keperangan di atasnya supaya kek tidak lembap dipermukaan atasnya apabila dibiarkan lama diluar)
Tips untuk kek tidak merekah, guna api oven bahagian bawah dahulu selama 5 minit sebelum menukarnya kepada api atas dan bawah keseluruhannya selepas itu.
(Gambar kek kyah ni yang nampak cerah tu sebenarnya bahagian bawah)

Friday 7 November 2014

Cucur Kembung


Terima kasih kepada tuan empunya resepi, kakyah tak tahu yang letak nama siapa sebab kebanyakannya menggunakan resepi yang sama.

Bahannya
3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu pekat manis
Secubit garam

Campurkan tepung dengan garam.
Masukkan juga susu pekat.
Masukkan air panas.  Kacau dengan sudu/senduk..  Biarkan sejuk atau suam.
Sapukan tangan dengan sedikit minyak masak.
Ambil sedikit adunan dan bulatkan.  Lakukan sehingga habis.
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga cucur kekuningan.(guna api sederhana)
Angkat dan alaskan dengan kertas serap minyak.

Wednesday 5 November 2014

Talam Labu


Sumber dari blog Sinar Kehidupan

Bahannya
Lapisan bawah
300gm labu yang telah direbus(lenyekkan)
100gm tepung hongkwe(putih)
1 1/4 cawan santan
3/4 cawan gula
secubit garam
Sedikit pewarna kuning
1 sudu teh esen vanila(kakyah letak)

Lapisan Atas
60gm tepung hongkwe(putih)
2 cawan santan pekat
1 sudu besar gula(kakyah Letak)
Secubit garam

(6X6inci)Loyang/bekas plastik di alas dengan plastik.

Caranya
Lapisan bawah
Campurkan tepung hingkwe dengan santan,gula, garam, pewarna kuning dan esen vanila dalam periuk.
Masak dengan api yang perlahan sehingga mendidih.
Masukkan labu dan kacau hingga pekat.
Tuang ke dalam bekas yang telah dialas tadi.  Sejukkan.

Lapisan atas
Masak santan, tepung hongkwe, gula dan sedikit garam sehingga pekat.
Tuang ke dalam bekas tadi.
Sejukkan.
Siap untuk dihidangkan.
P/s talam ini tak perlu dikukus..

Sunday 2 November 2014

Ayam Percik

Bahan
Setengah ekor ayam (di potong pada bahagian yang kecil)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 sudu besar  air asam jawa
garam secukup rasa

Blender bawang merah, putih dan halia dengan sedikit air dan digaulkan bersama ayam.
Masukkan juga sedikit garam dan  air asam jawa . Masaklah dengan api yang perlahan(kecil) sehingga mendidih dan kita lihat ayam hampir masak.

Bahan Kuah
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 batang serai
1 keping asam gelugur
1 1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung beras kalau tiada guna tepung jagung pun okey  (dibancuh dengan sedikit air) kalau kuah tak pekat boleh tambah lagi
Gula dan garam

Bawang merah, putih dan halia diblender dengan air yang sedikit.
Masukkan santan ke dalam periuk dan dimasukkan bahan blender tadi.
Masukkan juga asam gelugur/keping  serai yang telah diketuk, bancuhan air tepung beras dan gula dan garam.  Masaklah sehingga kuah pekat.  Angkat.

Masaklah ayam tadi diatas pan/kuali dengan minyak yang sedikit (macam buat burger tu)
Balik-balikkan ayam nampak sedikit hangit. Curahkan kuah tadi diatas ayam tersebut dan balik-balikkan ayam tersebut dalam pan kita itu.  Biar kuah sebati dengan ayam. Angkat dan curahkan lebihan kuah ke atas ayam kita.