translate

Friday, 14 March 2014

Daging Goreng Kicap


Anak Kakyah memang suka menu ini.  Kakyah suka buat menu ini untuk bekal mereka ke sekolah juga sarapan mereka sebelum melangkah kaki ke selkolah.  Memang menjadi kemestian mereka makan makanan berat sebelum ke sekolah.  Kakyah ingin kongsikan resepi yang mudah dan kebanyakan anak suka sebab ada kicappp. Bila nak masak menu ni selalunya kakyah akan goreng dahulu daging ni pada malamnya dan pada waktu pagi barulah panaskan balik dan buat kuahnya.  Senangkan untuk kakyah yang bergegas juga untuk ke sekolah.

Daging Goreng Kicap.

Daging goreng
Bahannya
400gm daging(potong nipis)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit Halia
Kunyit(kakyah guna serbuk kunyit)
1/2 sudu teh cuka
1 sudu teh gula

Bahan kuah/sos
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos toram
3 sudu besar kicap manis
1 keping asam keping
Bawang besar(potong bulat)
Cili merah(kalau nak letak)
Gula dan air secukupnya


Blender semua bahan dengan sedikit air.
Gaulkan dengan daging tadi dan masukkan juga sedikit garam, cuka dan gula.
Biarkan seketika(10 minit)
Goreng dengan sedikit minyak sehingga daging empuk dan masak(waktu menggoreng air akan keluar dan lama kelamaan ianya kering dan akan mengeluarkan minyak tadi.  Gunakan api yang sederhana aje.
Bila minyaknya sudah kelihatan masukkan cili giling.  Kacau seketika.
Masukkan sos-sos tadi dan kicap.  Masukkan juga asam keping.
Masukkan bawang besar.  Kacau seketika dan masukkan air.
Masukkan gula dan cili merah
Sedia untuk dihidangkan.


4 comments:

  1. fuhhh sedapnyerr....
    peberet jgk nih...

    ReplyDelete
  2. Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  3. Salam yah.. fuhh sempat lagi enterpremmm blm p sekolah..caya laa cikgu kita

    ReplyDelete
  4. mmg betul kak yah anak2 saya pun suka betul dgn masakan kicap,agaknya kalau x de kicap kt rumah alamat tak nk makanlah diorg....

    ReplyDelete