translate

Saturday, 3 December 2016

Udang Celup Tepung

Bahannya
Setengah kilo udang sederhana besar(kupas kulit dan tinggalkan bahagian ekornya)
200gm tepung gandum
Sebiji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu teh kicap cair
1/2 sudu besar gula
2 ulas bawang putih(tumbuk)
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Air 160ml

Caranya
Perap udang yang telah dibersihkan dengan lada sulah, bawang putih dan kicap cair.
Ayak tepung gandum bersama kastad dan baking powder.
Adun tepung dengan air, telur, gula dan secubit garam.
Biarkan adunan seketika.(sekejap aje)
Celup udang ke dalam aduan tepung dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.

Tepung Boko Ubi Kayu

Bahannya
Sekilo ubi kayu(potong dan kerat kecil2)
Gula secukupnya(1 cawan)
4 helai daun pandan
Secubit garam
Pewarna hijau(opsyenal)

Blender ubi kayu dengan sedikit air.
Blender daun pandan dengan sedikit air juga(tapis)
Masukkan ubi kayu dan air daun pandan dalam kuali.
Masukkan gula, pewarna hijau dan secubit garam.
Kacau atas api sederhana kuat sehingga pekat dan berkilat.
Masukkan dalam bekas yang sesuai.

Kuah
300ml santan pekat
Secubit garam
Bancuhan air tepung jagung sedikit(dari setengah sudu besar tepung jagung)

Satukan semuanya dan kacau atas api sehingga mendidih dan pekat.


Wednesday, 22 June 2016

Ketupat Sotong

Bahannya
Sekilo sotong segar
Secawan beras pulut
1 1/2 cawan santan(cukup untuk menutupi sotong masa merebusnya nanti)
2 keping gula melaka
2 sudu besar gula
Sedikit garam
Daun Pandan
Beberapa kuntum bunga cengkih

Caranya
1.Terlebih dahulu rendam pulut yang telah siap dibersihkan bersama dengan santan lebih kurang 10 minit.
2.Masukkan beras pulut tadi ke dalam sotong yang telah siap dibersihkan. Masukkan lebih kurang separuh penuh sahaja.  Masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.
3.Masukkan ke dalam periuk dan masukkan juga lebihan santan tersebut bersama saki baki lebihan beras pulut ,daun pandan, bunga cengkih dan gula melaka dan sedikit garam. Apabila mula mendidih, kita masukkan gula dan dengan api yang perlahan biarkan ia sampai kuahnya agak pekat

Puding Kentang

Bahannya
10 gm agar-agar serbuk
5 biji ubi kentang(direbus dengan secubit garam sehingga empuk)
Setin susu cair
3 biji telur
2 sb tepung kastad
1 st esen vanilla
1 cawan gula(kakyah kurang manis)
800ml air

Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih.
Blender ubi kentang, esen vanilla, telur, tepung kastad dan susu cair.
Masukkan dalam periuk tadi dan biar mendidih sekali lagi.
Tuangkan dalam loyang mengikut kreativiti masing-masing.
Sejukkan.

Saturday, 18 June 2016

Gulai Ikan Kering(campur nanas)

Ikan kering secukupnya(bersihkan)
5 ulas bawang merah(kisar)
1 ulas bawang putih(kisar)
1 inci lengkuas(kisar)
1/2 inci kunyit(kisar)
1/2 sudu besar cili kering/4 biji cili kering(kisar)
3 cawan santan
Nanas secukupnya
Cili merah
Gula dan garam(jika perlu)

Campurkan bahan kisar dan cili giling dalam santan.
Dalam periuk yang berasingan masukkan ikan kering, nanas dan cili merah.
Ambil sesenduk kuah dari santan yang bercampur tadi(kalau nampak terlalu sedikit campur sedikit air.
Masak ikan kering tersebut dalam api yang sederhana kecil sehingga kuah sedikit kering.
Sementara itu untuk kuah yang banyak tadi juga panaskan atas api.  Sentiasa mengacau supaya tidak berketul.
Bila ikan kering tadi masak, masukkan kesemuanya(jangan dicampur kuah dari ikan kering, nanti masin) ke dalam kuah yang banyak tadi.
Biar sampai mendidih dan rasalah masin dan manisnya.
Tips..jikalau tiada nanas boleh juga dicampur dengan timun atau cili hijau.
Bila menggunakan timun hendaklan dimasukkan juga asam keping.

Friday, 17 June 2016

Ikan Masak Tauchu

Bahannya
3 ekor ikan(potong 2) - Perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan beberapa titis cuka makan.
4 biji bawang merah(mayang)
2 biji bawang putih(mayang)
Sedikit halia(potong memanjang)
4 biji cili padi(belah 2)
1 biji cili merah(potong kecil)
2 sudu besar tauchu
3 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu besar air asam jawa
2 batang kacang panjang(potong menyerong)
Beberapa potongan timun.
Selabu bawang besar(potong bulat)
Tomato(belah 4)
Air secukupnya
Gula dan garam

Ikan yang telah diperap seketika digoreng dalam minyak sehingga masak.(ketepikan)
Tumis dengan sedikit minyak, bawang merah, putih dan halia hingga berbau wangi.
Masukkan cili padi.  Kacau seketika.
Masukkan tauchu, kicap manis dan cair.
Masukkan air dan biar sedikit mendidih.
Masukkan timun dan kacang panjang.
Masukkan ikan, bawang besar dan cili merah.
Masukkan buah tomato.
Rasalah masin dan manisnya.
Biar sedikit kering airnya dan bolehlah diangkat.

Thursday, 16 June 2016

Ayam Lada Kering

Bahannya
5 ketul bahagian ayam(bersihkan dan tos)
3 sudu besar sos tiram
Lada sulah
3 sudu besar tepung jagung
Lumurkan semua bahan kepada ayam dan perap seketika.
Goreng sehingga masak.(ketepikan)

Sos
6 biji cili kering(potong 2)
6 ulas bawang putih(ketuk)
Sedikit halia(ketuk hancur)
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap cair
1/2 kiub pati ayam
1 labu bawang besar(potong bulat)
Cili merah/benggala(pilihan)
Air secukupnya.
Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.  Masukkan cili kering dan goreng hingga sedikit garing.
Masukkan sos cili, kicap dan air secukupnya.
Masukkan pati ayam dan sedikit gula.
Masukkan ayam dan biar mereneh seketika.
Masukkan bawang besar dan cili merah.
Bila sedikit layu bolehlah diangkat.