translate

Sunday 27 January 2013

Kek Ciffon Kastad Keremel..step by step

Goreng gula atas api sederhana
Goreng sehingga kuning dan berair
Dalam mangkuk..campurkan susu cair, kuning telur, gula, dan tepung kastad..kacau biar sebati dan akhirnya masukkan dalam gula hangus tadi
bakar dengan cara masukkan air dalam loyang yang lebih besar..masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu..
Campurkan kuning telur,tepung naik sendiri,gula, minyak jagung dan air..kacau biar sebati..
Dalam mangkuk yang lain..pukul putih telur hingga beku..
Campurkan ke dalam adunan tadi..kaup dan balik..biar sebati..
Bahagukan adunan..dan color ikut suka..
Paipkan sedikit demi sedikit.ke dalam keremel kita yang telah masak...
Ini..kalau nak buat corak..
Dah masakkk
Silakannnn makan....

A- 50 gm gula dibuat gula hangus (menggunakan bekas untuk kek  - goreng gula hingga hangus dan diangkat)
3 biji kuning telur
40gm gula pasir
1 cawan susu cair
1 sudu besar kastad

Bahan di atas kecuali gula hangus dicampurkan kesemuanya dan dikacau sebati.
Masukkan ke dalam bekas gula hangus tadi dan bakar ia dengan cara steam bake (guna satu bekas yang berisi sedikit air dan loyang kek direndam di dalamnya dan masukkan dalam ketuhar)
Bakar selama 20 minit dengan suhu 190C.

B - 2 biji kuning telur
100 gm tepung naik sendiri
40 gm gula pasir
35 gm minyak jagung
95 gm air
1 sudu teh vanilla

C - 5 biji putih telur(pastikan semasa mengasingkan telur jangan sekali-kali tercampur sedikit kuning telur ke dalam putih telur)
1/2 sudu teh krim of tartar

Bahan B - digaul sebati.

Bahan C - dipukul dengan kelajuan tinggi sehingga pekat.

Campur bahan C ke dalam bahan B (Ingat proses ini dilakukan apabila kita lihat masa kat ketuhar kita hampir tamat  20 minit tadi)

Bila masak keremel, keluarkan dan masuklah adunan kek tadi (kalau nak buat berwarna warni bubuhlah warna mengikut kesukaan dan masukkan berselang seli..
Bakar dengan cara sama seperti tadi (steam Bake) selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari ketuhar dan biarkan seketika sebelum ditelangkupkan atau dibalikkan.

Disebabkan tepung naik sendiri stoknya kehabisan..kak buatlah sendiri tepung naik sendiri ni...caranya

500gm tepung gandum
7 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Ayak sebanyak 3 kali..siap Tepung Naik Sendiri kuuu

Thursday 24 January 2013

Red Velvet Cheese Cake

oo
Kek red Velvet
3 sudu besar susu  tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk

330 gm tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna merah

1 sudu teh baking powder
1 sudu besar cuka

Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, susu tepung dan , baking powder sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis dengan kelajuan yang sederhana.  Tambahkan juga pewarna merah dan campuran baking powder dengan cuka ke dalam adunan.  Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin dan  dialas dengan kertas kek(biarkan kertas kek melebihi loyang bagi senang kita mengangkat kek bila masak).  Simpan sedikit adunan bagi membuat lakaran marble..  Bakar selama 30 - 35 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari oven dan tuang lapisan  krim keju dan paipkan adunan yang disimpan sedikit tadi untuk lakaran marble, untuk marble kita buat garisan memanjang dan lorekkan dengan lidi sate atau lidi pengcungkil gigi. (kalau guna loyang bulat..kak ..buat bulatan kecil ditengah dan diikuti semakin membesar dan lakukan sehingga selesai dan dengan menggunakan lidi pengungkil gigi..buatlah lakaran tersebut)..Bakar selama 25 - 30 minit.  Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dan dengan menggunakan lebihan kertas tadi angkatlah kek kita.

Lapisan krim keju
250gm krim keju
3/4 cawan gula halus
1 biji telur

Putar krim keju dengan gula hingga kembang dan masukkan telur.  Putar lagi hingga betul-betul kembang.
Lapisan krim keju ini kita sediakan ketika kek red velvet sedang dibakar.  Bila kek sudah dikeluarkan dari oven, kita tuangkan krim keju ini dan bakar semula seperti resepi di atas.

Wednesday 23 January 2013

Mee Udang

Setengah kilo mee(dibasuh dengan air panas dan ditoskan)
400gm udang segar(sebahagian dikupas kulitnya dan selebihnya bersama2 kulitnya)
2 sudu besar udang kering(kisar)
4 ulas bawang merah(kisar)
6 ulas bawang putih (kisar)
2 batang serai(potong kecil dan kisar)
2 sudu besar cili giling
3 biji ubi kentang(saiz besar) direbus dan dihancurkan
1/2 kiub tomyam
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Tumis bahan kisar dan juga cili giling hingga naik wangi.  Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.  Masukkan kiub tomyam.
Masukkan air mencukupi dan juga ubi kentang.  Masukkan gula dan garam.
Bila mendidih masukkan udang.  Biar sampai masak.

Bahan hiris
Sawi(potong dan celur)
Tomato(belah 4 dan celur)
Fish cake(goreng dan potong nipis)
Telur rebus
Cili merah(hiris nipis)
Limau nipis
Bawang goreng



Monday 21 January 2013

Ayam Percik

Bahan
Setengah ekor ayam (ayam kecil)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 sudu besar  air asam jawa
garam secukup rasa

Blender bawang merah, putih dan halia dengan sedikit air dan digaulkan kedalam ayam bersama garam dan  air asam jawa . Masaklah dengan api yang perlahan(kecil) sehingga mendidih dan kita lihat ayam hampir masak.

Bahan Kuah
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 batang serai
1 sudu besar air asam jawa
1 1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung beras kalau tiada guna tepung jagung pun okey  (dibancuh dengan sedikit air) kalau kuah tak pekat boleh tambah lagi
Gula dan garam

Bawang merah, putih dan halia diblender dengan air yang sedikit.
Masak santan di atas api dan dimasukkan bahan blender tadi bersama air asam jawa, serai yang telah diketuk, bancuhan air tepung beras dan gula dan garam.  Masaklah sehingga kuah pekat.  Angkat.

Masaklah ayam tadi diatas pan dengan minyak yang sedikit (macam buat burger tu)
Balik-balikkan ayam nampak sedikit hangit. Curahkan kuah tadi diatas ayam tersebut dan balik-balikkan ayam tersebut dalam pan kita itu.  Biar kuah sebati dengan ayam. Angkat dan curahkan lebihan kuah ke atas ayam kita.

Saturday 19 January 2013

Mee Sizzling

Bahan-bahannya
5 keping mee sanggul (rendam sekejap dan toskan)...untuk 3 orang..tapi kat rumah ni hanya untuk 2 orang makan....tu pun tak cukup..huhuhuhu...
4 ulas bawang putih(ketuk dan potong kecil)
Seinci halia(mayang halus)
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
3 biji cili kering(potong beberapa bahagian)
Udang segar(buang kulit dan dibiarkan ekornya)
Isi ayam(potong nipis)
3 biji tomato(belah empat)
Beberapa keping cendawan hitam(potong kecil)
Beberapa batang sayur sawi(potong kecil)
Carrot(potong memanjang)
Telur
Serbuk lada hitam
Gula dan garam
1 sudu besar tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
Air secukupnya untuk kuah..3 atau 4 cawan
Minyak untuk menumis

Bahan Penting
HOT PLATE

Cara-caranya
Panaskan minyak dalam kuali  dan tumis bawang putih sehingga sedikit kekuningan.  Segera masukkan halia dan cili kering.  Bila wangi semuanya, masukkan ayam dan udang.  Kacau seketika.  Masukkan sos tiram dan kicap.  Masukkan air dan juga cendawan.  Masukkan gula dan sedikit garam.  Masukkan bancuhan tepung jagung.  Kacau dan ianya sedikit pekat.  Ketepikan.

Panaskan hot plate dan masukkan sedikit mee sanggul ( bahagikan kepada 3 atau 2 bahagian dan kuahnya serta bahan2 lain pun bahagikan agar mencikupi).  Masukkan kuah.  Pecahkan sebiji telur ke atasnya.  Masukkan sayur sawi dan carrot.  Masukkan tomato dan serbuk lada hitam.  Kacau-kacau sedikit agar sayur dan tomato kena kuahnya.  Bila nampak sedikit layu bolehlah diangkat.

KALAU TIADA HOT PLATE BOLEHLAH BUAT SEPERTI BIASA IAITU APABILA KUAH PEKAT MASUKKAN SAYUR2 DAN TOMATO SERTA LADA HITAM.  PECAHKAN TELUR DAN AKHIRNYA MASUKKAN MEE SANGGUL..DAN BOLEHLAH DIHIDANGKAN DALAM BEKAS YANG BERSESUAIAN.


Friday 18 January 2013

Ayam Bakar Madu

Setengah ekor ayam(2 bahagian paha)
6 ulas bawang putih(tumbuk)
Seinci halia(tumbuk)
1 sudu besar lada hitam(tumbuk)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar minyak zaitun(nak masukkan minyak biasa pun ok)
Sedikit minyak untuk memanggang

Campurkan semua bahan tumbuk dengan sos tiram, madu, gula, minyak zaitun dan garam.  Kacau biar sebati.
Perap bersama ayam selama setengah hari(3 atau 4 jam dalam peti).
Bakar/panggang atas kuali tanpa minyak sehingga masak(masukkan sedikit minyak pada permukaan kuali tersebut)

Thursday 17 January 2013

Apam Nasi




2 cawan nasi

4 cawan tepung beras
2 cawan gula
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis
2 peket Eno
Pewarna makanan

Cara-caranya
Nasi diblender bersama air hingga hancur.
Kemudian masukkan gula, tepung beras dan yis, diblender lagi sampai sebati.
Keluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.
Simpan semalaman.
Keesokkannya kacau semula adunan tersebut sehingga sebati dan masukkan Eno.  Kacau.
Bahagikan adunan kepada beberapa bekas dan bolehlah dimasukkan pewarna mengikut kesukaan.
Panaskan pengukus.  Buka api kuat.
Apabila air betul-betul menggelegak(mendidih) kukuslah apam menggunakan acuannya.  Kukus selama 10 minit.
Keluarkan dari acuan dan dihidangkan bersama kelapa parut yang telah dikukus dan selepas itu digaul dengan sedikit garam.


Wednesday 16 January 2013

Kek Cempedak

Sumber Resepi
Shahriah Abdullah Masterchef Malaysia

Bahan-bahannya
250gm mentega
220gm gula kastor(kak guna 200gm)
5 biji telur
100ml susu segar
1 sudu teh vanila
bahan ayak
280gm tepung kek
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam

400gm cempedak(kak guna 350gm dan kak blender)

Pukul mentega bersama gula hingga kembang.  Masukkan telur satu persatu.  Putar.  Masukkan vanila.
Masukkan berselang seli antara tepung dengan susu.  Putar kelajuan sederhana.  Masukkan juga cempedak.  Putar perlahan biar sebati.
Sapu loyang dengan margerin dan alas dengan kertas kek.  Bakar selama 50 - 60 minit dengan suhu 180C(bakar dengan api bawah dulu selama 15 minit dan seterusnya api atas bawah baki selebihnya)..dan yang penting panaskan dahulu ketuhar sebelum masukkan kek.

Cara-cara menghasilkan tepung kek
..untuk mendapatkan secawan tepung kek, kita hendaklah mencampurkan 3/4 cawan tepung gandum dengan 1/4 cawan tepung jagung..ayak..Sukatan ini boleh diperbanyak mengikut sukatan resepi kita.

Kari Daging dan Terung Bulat

300gm daging(potong nipis)
3 biji terung bulat(belah 4)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
rempah kasar(kulit kayu manis(1), pelaga(3) dan bunga lawang(2)
3 sudu besar rempah kari daging(Alagapas/babas)
Setangkai daun kari
1 sudu besar cili giling
2 biji cili merah/ hijau
3 cawan santan
Air asam jawa
Gula dan garam

Tumis daun kari bersama rempah kasar,serta  bawang-bawang dan halia yang sudah diblender. Biarkan sehingga naik wanginya dan seterusnya masukkan cili giling.  Biarkan seketika.  Selepas itu masukkan serbuk kari, kacau(tambah sedikit air) dan seterusnya masukkan daging yang telah dipotong kecil tadi , Kacau dan tutup periuk supaya daging mudah empuk dan pastikan jangan hangit.(guna api yang kecil)- kalau nak guna periuk tekanan pun okey.  Apabila daging emput boleh masukkan santan. Seterusnya masukkan air asam jawa, gula dan garam.  Biar sedikit mendidih. Masukkan terung yang telah dipotong dan cili, pastikan terung betul-betul masak .  Masaklah sehingga  naik minyak dan menjadi kelihatan cantik.

Tuesday 15 January 2013

Kuih Lapis Keladi

5 cawan santan(1 1/2 cawan santan pekat dicampur dengan air bagi menjadikan 5 cawan santan)
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
Perisa keladi
Pewarna makanan
Sedikit garam

Panaskan santan dan gula sehingga gula menjadi hancur.  Sejukkan.
Panaskan periuk pengukus dan pastikan air menggelegak/mendidih dengan api yang kuat.
Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam santan.  Masukkan juga garam dan perisa keladi.
Bahagikan adunan kepada 2 bekas yang berasingan.  Satu bahagian masukkan setitik pewarna puple dan dalam bekas yang satu lagi satu sudu teh pewarna puple tersebut..
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan kukus setiap adunan secara berselang seli selama 5 atau 7 minit.  Bagi lapisan terakhir kukus selama 10 - 15 minit.
Keluarkan dari pengukus dan sejukkan dan boleh dikeluarkan kuih tersebut dari loyang,

Sunday 13 January 2013

Kek Pisang Coklat

Bahan-bahannya
180gm mentega dicairkan
4 biji telur
270gm gula perang
2 sudu teh vanila
1 sudu teh garam
180gm tepung naik sendiri
100gm serbuk koko
1 cawan susu cair
40gm valnut dicincang
30gm serbuk badam
3 biji pisang masak dilenyek
100gm coklat chip

Ayak tepung, garam dan serbuk koko.
Pukul telur dengan gula perang sehingga kembang.  Kemudian masukkan mentega dan pisang. Masukkan juga serbuk badam dan valnut, putar dengan kelajuan sederhana..   Masukkan susu, esen dan juga campuran tepung tadi.   Pukul kelajuan sederhana sehingga sebati.  Akhir sekali masukkan coklat chip, kacau biar sebati.
Panaskan oven dengan suhu 180C
Alas loyang dengan kertas kek yang telah disapu margerin.  Masukkan adunan dan bakar selama 50 minit ke 1 jam atau sehingga masak.

Friday 11 January 2013

Krim Puff dan Prosesnya

Cairkan mentega bersama air dan masukkan tepung gandum.  Kacau sehingga adunan berminyak dan tidak melekat di periuk. ( guna api sederhana dan lebih kurang 10 minit).  Angkat dan sejukkan.

Masukkan telur dan vanilla ke dalam adunan

Putar adunan dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan sebati

Masukkan adunan ke dalam paping beg yang telah dimasukkan nozel untuk bunga krim puff dan paip ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan di alas dengan kertas kek.  Bakar dengan suhu 200C selama 30 minit.
Untuk intinya...(rujuk resepi dan caranya
Tak perlu belah kulit..sekadar cucuk inti ke dalam kulit krim puff(guna nozel yang muncungnya lebih kecil..jangan terlalu kecil, nanti susah nak keluar..)

Kulit Krim Puff
300gm tepung gandum
250gm mentega
4 cawan air
4 biji telur
2 sudu teh vanila

Masak air bersama mentega sehingga hancur kemudian masukkan tepung .
Kacau sehingga tidak melekat di dinding periuk.
Angkat dan sejukkan.
Masukkan telur dan putar sehingga sebati adunan tersebut(sekejap aja)
Masukkan dalam paping beg dan dengan nozel untuk cream puff paipkan pada loyang yang telah disapu margerin dan dialas kertas kek.
Bakar selama 30 minit dengan suhu 200c atau bergantung pada oven masing-masing. (suhunya biar panas sedikit daripada bakar kek)
Apabila kekuningan bolehlah diangkat dan disejukkan atau kalau saya lebih mudah ketika panas kita masukkan krim kerana kulit cream puff tidak perlu dibelah dengan pisau...Masukkan krim kedalam nozel jenis muncung tajam dan cucukkan pada kulit krim puff.

Cream
400ml susu segar..kalau nak guna susu cair pun okey..tapi susu segar lebih sedapppp.
3 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula
2 biji telur
sedikit garam
1 sudu besar mentega.

Masak kesemuanya sehingga pekat dan sejukkan.
Masukkan dalam paping beg asing dan masukkan dalam belahan kulit puff tadi.


Inilah hasilnya..walaupun tak la cantik sangat tapi bolehlah untuk makan bersama keluarga....Selamat mencuba!!!!!!

Tuesday 8 January 2013

poli

3 cawan ubi kayu yang telah diparut(sukatan tak kisah..banyak mana pun ok)
Plastik tahan panas
Steppler

Masukkan ubi kayu parut ke dalam plastik dan disteppler agar ubi tidak keluar masa proses merebus nanti..
Rebus dalam air yang banyak selama 45 minit -1 jam atau sehingga masak
Keluarkan dan sejukkan
Potong dan digaul dengan kelapa parut muda yang telah dicampur dengan sedikit garam.
Boleh dihidangkan juga bersama air gula merah atau juga air gula melaka.


Air gula merah
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
Daun pandan
Masak kesemuanya di api api mendidih.


Saturday 5 January 2013

Green Velvet Cheesecake

3 sudu besar susu  tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk

330 gm tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna hijau

1 sudu teh baking powder
1 sudu besar cuka

Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, susu tepung dan baking powder sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis dengan kelajuan yang sederhana.  Masukkan juga pewarna hijau.  Campurkan baking powder dengan cuka ke dalam mangkuk kecil.  Kacau biar sebati dan berbuih.  Masukkan dengan kadar segera ke dalam adunan kek dan kacau biar sebati.  Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin dan  dialas dengan kertas kek(biarkan kertas kek melebihi loyang bagi senang kita mengangkat kek bila masak).  Simpan sedikit adunan bagi membuat lakaran marble..  Bakar selama 30 - 35 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari oven dan tuang lapisan keju dan paipkan adunan yang disimpan sedikit tadi untuk lakaran marble )..Bakar selama 25 - 30 minit.  Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dan dengan menggunakan lebihan kertas tadi angkatlah kek kita.

Lapisan krim keju
250gm krim keju
3/4 cawan gula halus
1 biji telur

Putar krim keju dengan gula hingga kembang dan masukkan telur.  Putar lagi hingga betul-betul kembang.



Friday 4 January 2013

Nasi Dagang

Nasi Dagang
700gm beras nasi dagang
300gm beras pulut
3 ulas bawang merah
seinci halia
1 gelas santan pekat(dari setengah biji kelapa parut kita blender 1 gelas air panas/masak dan perah)
1 gelas santan cair(setelah diperah santan tadi blender semula dengan 1 gelas air biasa)
gula dan garam
2 sudu besar halba

caranya
1 Basuh campuran beras tersebut dan rendam semalaman.
2.Toskan dan kukus sehingga ianya masak(dengan api yang kuat)
3. Keluarkan dari pengukus dan digaul bersama santan cair yang telah dicampur bersama halba, bawang yang telah dimayang nipis , halia yang dipotong nipis, gula dan garam.
4. Kukus semula dan biarkan seketika.(sehingga naik wap)
5. Angkat dan masukkan ke dalam bekas dan digaul dengan santan pekat yang telah dicampur lebihan bawang, halia, halba, gula dan garam.

Gulai Lengkuas Ikan Tongkol
Seekor ikan tongkol yang agak besar(yang besar lebih sedap dan guna ikan tongkol(Aya) hitam yang isinya putih dan lembut bila masak) dicuci juga dengan air asam jawa dan dibersihkan  direbus dengan sedikit air dan dibubuh asam keping agak banyak (10) dan pastikan ada rasa masinnya ....bubuh garam la tu)
10 ulas bawang merah(kalau guna bawang merah besar 4 biji dah cukup)
1 1/2 inci lengkuas
1 sudu besar cili giling(kalau guna lada kering 4 biji )
1/2 inci kunyit dan kalau guna serbuk kunyit 1/2 sudu teh aja
2 keping asam keping/gelugur
Santan..biar cukup untuk ikan tersebut
Lada Hijau
garam dan gula
Sedikit minyak (yang orang-orang tua punya resipi tak guna minyak)

Cara
Tumbuk atau blender bawang merah, lengkuas, kunyit dan lada kering hingga lumat/hancur.
Tumis bahan blender tadi dengan minyak yang sedikit.(kalau menu asal santan dicampur dengan bahan tumbuk tadi dan terus masak...yang ini kalau tidak kacau betul-betul ia akan berketul-ketul)
Bila bahan blender dan sedikit naik bau masukkan santan dan lada hijau.dan asam keping.
Masukkan juga ikan yang telah direbus tadi...kacau elok-elok untuk memastikan ikan tidak hancur.
Kalau ada sedikit air rebusan ikan tadi boleh dimasukkan sekali.
Rasalah masin dan manisnya dengan memasukkan gula dan garam(gulai ni lebih sedap ada rasa masim dan sedikit manis  dan pada ikannya rasa masin dan masam asam keping tadi)
Angkat bila betul-betul mendidih dan sedikit naik minyak.

Tuesday 1 January 2013

Ayam Bakar dan Nasi Goreng

Ayam Bakar
Setengah ekor ayam(jadikan 2 potongan)
Sebiji tomato(kisar)
Selabu bawang besar(kisar)
Sebatang serai(kisar)
2 tangkai daun sup(kisar)
Setangkai daun rosmari(kisar)
Setangkai daun thyne(kisar)
1 sudu besar jus lemon
Gula dan garam
1 sudu besar minyak zaitun(apa2 pun boleh jugak)
Sedikit minyak untuk dimasukkan dalam kuali

Campur bahan kisar dengan minyak, jus lemon, gula dan garam.
Ayam dibersihkan dan diperap dengan semua bahan di atas.  Biarkan seketika.  Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.  Bakar separuh masak dalam kuali dan seterusnya dalam ketuhar selama 40minit dengan suhu 200C.

Nasi Goreng
4 mangkuk nasi dingin
5 ulas bawang putih
2 sudu besar sayur campur
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
lada sulah
2 sudu besar bawang goreng
Isi ayam dipotong kecil
Beberapa ekor udang yang telah dibuang kulitnya
Lada hitam

Ketuk bawang putih.
Panaskan minyak dan tumislah bahan di atas tadi.
Apabila bawang sudah kekuningan, angkat/ketepikan bahan goreng tadi dan masukkan sebiji telur dan kacau.
Apabila telur agak masak, gaulkan kesemua bahan dan kuali tadi, biar bercampur dan kemudian masukkan udang dan ayam serta lada sulah.  Kacau seketika.
Masukkan semua  sos, gula dan garam.
Masukkan nasi dan gaul biar sebati.
Masukkan bawang goreng .
Rasalah kesedapan ikut cita rasa masing-masing dan tambah apa yang perlu(kalau dah masuk nasi gula tidak lagi boleh dimasukkan cuma masukkan ajinomoto atau lada sulah)
Angkat dan ketepikan.