translate

Monday 30 June 2014

Butter Prawn

Udang saiz besar - 7 ekor
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 biji cili padi
2 tangkai daun kari
Sesenduk/4 sudu besar margerin
Sesenduk minyak masak
3 biji kuning telur(pukul dengan garfu)
1/2 kiub pati ayam
Gula
Garam

Udang dibiarkan kulitnya dan dibersihkan dan diperap dengan sedikit garam.
Panaskan kuali(jenis bergeluk) dan masukkan minyak dan margerin.  Bila cair dan mendidih masukkan kuning telur dengan menuangnya lebih tinggi(seperti orang buat teh tarik tuu)..
Kacau sehala dengan menggunakan belakang senduk bulat semasa kita menuang telur tadi.  
Kacau tanpa henti sehingga berjurai dan nampak masak dan sedikit garing...
Tapis dan toskan menggunakan penapis besi.
Lebihan minyak tadi masukkan semula dalam kuali.
Tumis bawang putih bersama halia yang telah dimayang dan dihiris nipis.
Apabila telah kekuningan masukkan udang, daun kari, cili padi(potong kecil2), kiub ayam dan gula.
Kacau sehingga udang agak masak. dan ditoskan (dalam tapisan besi tadi)
Hidangkan dalam bekas dan masukkan  telur tadi di atasnya.


http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/11/butter-prawnvideo.html

Sunday 29 June 2014

Kerutuk Terung

3 biji terung(belah tapi tidak putus)
7 biji bawang merah(kisar)
3 ulas bawang putih(kisar)
Seinci halia(kisar)
Seketul lengkuas- 2 inci(untuk yang kali ini kakyah tak letak)
Sebatang serai(ketuk)
Sehelai daun pandan
2 sudu besar rempah kerutuk
1 sudu kecil cili giling
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 1/2 cawan santan pekat
2 biji cili hijau
Sekeping gula melaka
2 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula jika perlu
Minyak untuk menumis
Kerisik..Tak guna sebab malas buat...

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.  Bila naik bau masukkan cili giling.  Kacau hingga berminyak.  Kemudian masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.  Kacau seketika.  Masukkan rempah kerutuk.  Masukkan sedikit air.  Kacau biar berminyak.  Masukkan santan dan asam jawa.  Masukkan juga gula melaka dan terung.  Seterusnya masukkan cili hijau dan daun pandan.  Tambah garam dan sedikit gula.  Masak hingga terung betul-betul masak dan layu.  Biar sampai kuah menjadi pekat barulah diangkat.

Friday 27 June 2014

Ikan Rebus

Setengah kilo ikan kembung(saiz sederhana)
3 ulas bawang merah(mayang)
3ulas bawang putih(mayang)
Setengah inci halia(hiris nipis)
sebatang serai((potong nipis)
1 keping asam keping
2 sudu besar sos tiram
2 biji cili padi/merah(potong kecil)
Gula dan garam
Sedikit air

Susun ikan dalam periuk dan tabur semua bahan mayang/hiris/potong.
Masukkan sedikit air, sos tiram, asam keping, gula dan garam.
Masak dengan api perlahan hingga masak dan pejal ikannya.
Sedap dimakan dengan nasi panas dan dicecah dengan sambal belacan atau makan dengan nasi begitu sahaja.

Thursday 26 June 2014

Bengkang Pandan

3 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 cawan santan(1 cawan santan pekat dicampur 1 cawan air yang diblender dengan 3 atau 4 helai daun pandan-tapiskan)
Sedikit garam
Pewarna hijau
Sedikit margerin
Bijan

1. Kesemua bahan diblender sehingga sebati(kecuali margerin)
2.Panaskan oven dan biarkan seketika.
3. Letakkan acuan besi di atas dapur dan masukkan 1 sudu kecil margerin dalam bekas acuan tersebut.. Bila minyak panas masukkan adunan yang diblender tadi dan biarkan seketika( 3- 4 minit)
4. Sebelum masukkan dalam oven, tabur dahulu dengan bijan. Kemudian angkat bekas adunan tadi dan masukkan ia ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan bakarlah selama 20 - 25 minit dengan suhu 180C.

P/s kalau tiada acuan berbunga seperti ini boleh guna loyang bulat biasa dan gandakan sukatan resepinya.

7 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula
4 cawan santan(1 cawan santan pekat dicampur 3 cawan air yang diblender dengan 3 atau 4 helai daun pandan-tapiskan)
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Pewarna hijau

1. Kesemua bahan diblender sehingga sebati.
2.Panaskan oven dan biarkan seketika.
3. Masukkan 3 sudu besar minyak masak kedalam bekas adunan dan diletakkan di atas api. Bila minyak panas masukkan adunan yang diblender tadi dan biarkan seketika( 3- 4 minit)
4. Kemudian angkat bekas adunan tadi dan masukkan ia ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan bakarlah selama 50 - 60 minit dengan suhu 180C.

Monday 23 June 2014

Kuih Bakar Ayam


Resepi asal dari Kak Jee Fauziah Abd Samad
Bahannya
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan
180ml air
3 biji telur(gred A)
Secubit garam
Setitik pewarna kuning
2 Sudu besar gula(yang ni kakyah tambah..kitakan kelantan..tapi tak manis)
Minyak sapi(untuk diletak dalam acuannya nanti)

Caranya
Bender semua bahan.(kecuali minyak sapi)
Panaskan acuan di atas dapur dan masukkan 1/4 sudu besar minyak sapi.  Biarkan cair.
Masukkan adunan 3/4 daripada acuan tersebut. (gunakan api yang sederhana)
Biarkan hampir masak dibahagian tepi acuan.  Masukkan inti daging ayam.  Tutup acuan seketika.
Sementara itu panaskan oven.  Masukkan acuan ke dalam oven dan masak sekitar 15 minit dengan suhu  190C(guna api atas sahaja)

Inti daging ayam
Bahannya
Sekeping dada ayam(hancurkan)
3 ulas bawang putih(mayang)
1 labu bawang besar(dadu)
Daun Sup(cincang)
3 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar rempah kari daging
Sebiji cili merah(dadukan)
Sedikit air
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
Masukkan serbuk kari dan sedikit air.
Masukkan bawang besar.  Kacau biar layu.
Masukkan ayam.  Masukkan gula dan garam.
Bila nampak dan masak masukkan daun sup, bawang goreng dan cili merah.
Bolehlah diangkat.

Saturday 21 June 2014

Nasi Goreng

Bahannya
4 cawan nasi
5 ulas bawang putih(ketuk)
2 biji cili padi(potong kecil)
3 sudu besar sos tiram
udang segar(kupas kulit dan biarkan ekornya)
sotong (potong )
Isian daging ayam(potong kecil)
Carrot(potong memanjang)
Lada benggala(potong berpetak)
sebiji telur
3 sudu besar sayuran campur(mix veg)
Lada sulah, gula dean garam
Sedikit minyak untuk menumis

Caranya
Panaskan minyak dan tulis bawang putih bersama cili padi.
Masukkan telur dan kacau biar telur hancur.
Masukkan udang, sotong dan ayam(masukkan lada sulah di atas lauk ini sebelum kita mengacaunya)
Bila kelihatan sedikit masak, masukkan sos tiram.  Masukkan gula dan garam.
Masukkan sayuran campur, carrot dan lada benggala.  Kacau.
Masukkan nasi dan kacau biar agak lama sikit, biar mesra semuanya,  Rasa dan tambah sedikit garam dan bahan perasa jika perlu.  Kacau biar mesra semuanya.
Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Tuesday 17 June 2014

Spaghetti Bebola Daging

Setengah paket Spagheti(dicelur dengan air yang ditambah 2 sudu besar minyak masak dan masak hingga lembut)
200gm daging(dikisar)
2 labu bawang besar(dipotong dadu)
3 biji tomato(dipotong dadu)
3 ulas bawang putih(dimayang kecil)
6 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu teh oregano
5 biji tomato ceri
2 tangkai daun sup(dipotong kecil)
100 gm cheddar(diparut)
Cendawan tin
10 biji bebola dagingSerbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Kiub dagingGula dan garam secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis dan air

Tumis bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan bawang besar, oregano dan seterusnya daging kisar.
Kacau seketika sehingga turun airnya dan masukkan tomato yang telah dipotong tadi.
Seterusnya masukkan sos tomato, cili dan sedikit air. Kemudian masukkan serbuk lada hitam.
Masukkan juga bebola daging.Tambahkan air dan kiub daging.
Masukkan tomato ceri dan juga daun sup.  Seterusnya masukkan gula dan garam mengikut rasa.
Masak sehingga kuahnya sedikit pekat.Bolehlah diangkat

Spaghetti yang direbus tadi diangkat dan ditoskan.
Masukkan cheddar parut dan gaul.

Monday 16 June 2014

Bubur Jagung

Bahannya
5 jantung jagung (hiris)
1 kotak santan kotak(200ml)
5 sudu besar susu pekat
3 sudu besar gula pasir
Secubit garam
Sebiji telur
2 sudu besar sagu halus(rendam seketika)
Sehelai daun pandan
Air secukupnya

Masak jagung dengan air bersama daun pandan sehingga bijian jagung empuk. (kakyah guna jagung susu(mutiara jadi sekejap aje memasaknya supaya empuk)
Pastikan air sudah berkurang, masukkan santan.
Masukkan juga biji sagu, susu, gula dan garam. (kakyah guna jagung jenis manis jadi kuranglah letak gula)
Bila sudah mendidih masukkan telur yang telah dipukul dahulu dengan garfu.  Kacau supaya telur bercampur di dalam kuah.
Bila kelihatan masak bolehlah diangkat dari dapur.

Sunday 15 June 2014

Kek Marble

Resepi ini kakyah ambil dari kalau tak silap...TryMasak..Sikit sebanyak kakyah telah ubahsuaikan mengikut kesesuaian dan citarasa keluarga kakyah..  Nama asal resepinya Kek Belang Zebra.

Bahannya
150gm putih telur
50ml air sejuk
170gm gula halus
1 1/2 sudu teh ovellete
2 kuning telur
200gm tepung gandum
3/4 sudu teh double action
1sudu teh esen vanila
170gm mentega(cairkan)
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar oren sunquick

Caranya
Ayak tepung gandum dan double action.
Campurkan putih telur, air sejuk, gula halus, ovellete, kuning telur, esen vanila dan tepung dalam satu bekas.
Putar hingga kembang dan putih.
Masukkan mentega cair dan susu pekat.  Putar lagi.
Ambil 3 senduk daripada adunan tersebut dan campurkan dengan serbuk koko.  Kacau.
Adunan selebihnya masukkan oren sunquick.  Kacau.
Alas loyang 5in X9in dengan kertas kek.(loyang 4 persegi memanjang)
Tuang adunan putih secara berselang seli dengan adunan koko sehingga habis.
Dengan menggunakan lidi lalukan ia di dalam adunan tersebut.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180C selama 50 minit.(15 minit pertama guna api bawah dan selebihnya guna api atas dan bawah untuk mengelakkan kek merekah.


Friday 13 June 2014

Kuih Topi


Bahan-bahannya
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 cawan air
1 biji telur

Caranya
Semua bahan dimasukkan dalam blender dan diblender hingga sebati semuanya.  Simpan semalaman atau kalau nak cepat simpan 4 jam pun dah okey.  Masukkan minyak dalam kuantiti yang agak banyak juga ke dalam kuali yang tidak rata (bergeluk/cekung).  Bila minyak panas sendukkan adunan kita ke dalam kuali tersebut dan adunan tersebut akan mengelembung seperti topi dan terbalikkan untuk pastikan masak kedua-dua lapisan atas dan bawah.

Wednesday 11 June 2014

Kuih Bakar Daging

Resepi ini saya ambil dari blog Mat Gebu dan sumbernya dari Kak Jee(Fauziah Samad)..Terima Kasih Banyak-Banyak Atas Perkongsian Resepi Yang Cukup Sedap..Buat Setiap Hari Pun Tak Puas Makan...

Bahannya
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan
180ml air
3 biji telur(gred A)
Secubit garam
Setitik pewarna kuning
2 Sudu besar gula(yang ni kakyah tambah..kitakan kelantan..tapi tak manis)
Minyak sapi(untuk diletak dalam acuannya nanti)

Caranya
Bender semua bahan.(kecuali minyak sapi)
Panaskan acuan di atas dapur dan masukkan 1/4 sudu besar minyak sapi.  Biarkan cair.
Masukkan adunan 3/4 daripada acuan tersebut. (gunakan api yang sederhana)
Biarkan hampir masak dibahagian tepi acuan.  Masukkan inti daging.  Tutup acuan seketika.
Sementara itu panaskan oven.  Masukkan acuan ke dalam oven dan masak sekitar 15 minit dengan suhu  190C(guna api atas sahaja)

Inti daging
Bahannya
150gm daging kisar(yang ni kakyah hanya potong kecil2 sahaja)
3 ulas bawang putih(mayang)
1 labu bawang besar(dadu)
Daun Sup(cincang)
3 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar rempah kari daging
Sebiji cili merah(dadukan)
Sedikit air
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
Masukkan serbuk kari dan sedikit air.
Masukkan bawang besar.  Kacau biar layu.
Masukkan daging.  Masukkan gula dan garam.
Bila nampak dan masak masukkan daun sup, bawang goreng dan cili merah.
Bolehlah diangkat.

Saturday 7 June 2014

Jejari Puff(Berbadam Manis)

Terima kasih kepada Ida Osman atas perkongsian resepi.

Bahannya
Sebungkus puff pastry(jenama KAWAN) Potong 4 memanjang
30gm putih telur
110gm gula ising
1/4 sudu teh esen badam
Sedikit garam
Hirisan badam
1 sudu kecil jus lemon

Susun kulit puff atas loyang.
Pukul putih telur dan garam hingga sedikit kembang.
Masukkan gula ising.  Pukul hingga pekat/kembang.
Masukkan esen badam dan jus lemon. Putar seketika.
Sapu adunan ke atas kulit puff.  Tabur hirisan badam.
Bakar selama 5 minit dengan suhu 200C dan alih ke suhu 160C dan bakar lagi selama 15 - 20 minit atau sehingga masak kegaringan.
Bila jejari sejuk simpan dalam bekas bertutup.

Wednesday 4 June 2014

Hokkaido CupCake

Bahannya
5 bji putih telur
1 sudu teh krim of tartar
80gm gula kastor

Cara Merringue...
Pukul putih telur bersama krim of tartar dan kemudian masukkan gula.  Pukul lagi sehingga beku atau kental(bila diterbalikkan tidak jatuh)

5 biji kuning telur
30gm gula kastor
40ml minyak jagung
40ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
60gm tepung kek
25gm tepung kastad
11/2 sudu teh baking powder(kesemua tepung dan baking powder diayak bersama)

Caranya
Pukul telur bersama gula hingga sedikit kembang.  kemudian masukkan minyak dan susu. Pukul lagi seketika.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi.  Kacau.
Masukkan putih telur tadi(merringue) ke dalam adunan kek dan kacau secara kaup dan balik.
Panaskan oven terlebih dahulu.
Masukkan dalam cupcake(biar hampir penuh dan hentakkan sedikit agar tiada rongga dalam adunan) dan bakar selama 25 minit dengan suhu 180C .(cadangan untuk mencantikkan kek ini, 5 minit pertama guna api bawah sahaja dan bakinya guna api atas dan bawah)

Cara membuat tepung kek
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
Ayak bersama kedua-dua tepung tersebut.
Untuk resepi ini timbang tepung kek ini mengikut sukatan dalam resepi(60gm)

Kastad
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula halus
400ml susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega

Sebatikan dahulu tepung dan susu dan masukkan ke semua bahan lain dan masak atas api yang perlahan sehingga pekat dan licin.

Apabila cupcake sudah masak, masukkan kastad dalam paipping (guna nozle muncung tajam) dan tekan dalam kek.Kek kita jadi berinti di dalamnya.

Tuesday 3 June 2014

Roti Daging BlackPepper

Doh Roti
500 gm tepung gandum
4 sudu besar gula kastor
2 sudu besar tepung susu
2 sudu besar water roux
2 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1/4 sudu teh garam

1 biji telur(pukul dengan garfu)
2 sudu besar susu pekat/tepung
Campur dengan air suam agar menjadi 280ml
Sepeket yis (11 gm)
Biarkan sedikit berbuih

Cara membuat water roux
25gm tepung gandum
125ml air
Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan sejukkan.

Sos
Sos Tomato
Sos Cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
Kacau sebati semuanya.
Bagi yang ada BM, uli mengikut aturannya.
Cara menguli tangan:
Masukkan tepung,shortening, susu tepung, garam, gula, baking powder dan bread improver.
Lubangkan ditengahnya dan tuang cecair yis tadi.
Uli biar sebati(doh yang kasar)
Adunkan supaya menjadi doh yang kasar.
Masukkan dlm plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat.
Masukkan dlm bekas mangkuk  dan tutup dengan plastik pembungkus makanan.
Biarkan di tempat yang agak panas selama 30 - 40 minit atau adunan naik sekali ganda.
Apabila adunan sudah naik, tumbukkan adunan untuk memngeluarkan angin di dalamnya.
Bulatkan doh semula.
Bahagikan doh kepada ketulan yang kecil(sekitar 20 biji)
Bulatkan doh dan canai setebal 1/2 inci. Alaskan dengan kertas cupcake.  
Sapu/topping dengan sos dan letak inti daging blackpapper.
Biarkan selama 20 minit/doh mengembang semula.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, selama 25 minit bersuhu 170 - 180C.

Inti(daging black pepper)
Bahan-bahannya
200gm daging(dipotong kecil memanjang dibasuh dan ditoskan)
1 sudu teh lada hitam(ditumbuk)
3 biji bawang merah(kisar)
2 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
Garam dan sedikit gula
Sedikit cuka

Gaulkan semua bahan pada daging dan perap seketika

Bahan tumis
3 ulas bawang putih(mayang halus)
Selabu bawang besar(potong dadu)
1/2 biji biji lada benggala(potong dadu)
1 sudu teh lada hitam(tumbuk)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Cendawan dalam tin(potong kecil)
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan masukkan daging
Pastikan goreng sampai daging empuk.
Masukkan lada hitam. sos tiram dan kicap.
Masukkan lada benggala dan bawang besar dan cendawan.
Kacau seketika dan angkat.