translate

Wednesday, 31 October 2012

Daging Masak Hitam






300gm daging(potong nipis dan memanjang)
4 ulas bawang merah(kisar)
2 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
2 sudu besar cili giling
1 sudu kecil jintan manis(tumbuk)
1 sudu kecil jintan putih(tumbuk)
4 sudu besar kicap manis
Sebatang serai (ketuk)
Selabu bawang besar(potong bulat)
2 sudu besar air asal jawa
Gula dan garam
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Tumis bahan kisar sehingga naik minyak dan masukkan cili giling.  Kacau biar masak sebati.
Masukkan jintan manis dan putih.  Kacau.
Masukkan daging dan serai.  Kacau dan masukkan air asam jawa.
Masukkan juga air.dan kicap  Masukkan juga gula dan garam.  Masak biar empuk dan keluar semula minyak kita tadi..
Masukkan  bawang besar dan bila layu bolehlah diangkat.

Tuesday, 30 October 2012

Popia Goreng Bercili

Beberapa ekor uidang segar dikupas kulit dan ekornya dan dipotong kecil
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
Isi ayam (dipotong kecil)
Taugeh
Carrot(dipotong memanjang dan halus)
Lada merah(potong nipis)
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu kecil sos cili
Lada sulah dan lada hitam(serbuk)
Ubi sengkuang(dipotong nipis dan memanjang)
Timun(dipotong nipis dan memanjang)
Kulit popia secukupnya
air biasa
Minyak sedikit untuk menumis
Minyak masak untuk menggoreng popia

Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kemudian masukkan isi ayam dan udang.
Masukkan sos cili dan sos tomato.
Masukkan sayur taugeh dan carrot.dan lada merah
Masukkan lada sulah dan lada hitam
Tambah sedikit garam dan gula.
Angkat dan ketepikan lebihan cecair/air yang ada bersamanya. Sejukkan
Ambil sekeping kulit popia dan masukkan sayuran dan dimasak, masukkan juga sedikit sengkuang dan timun dan gulung seperti mana kita menggulung ketayap dan kemaskan dengan menyapu air sejuk ditepi gulungan yang terakhir.
Goreng sampai kekuningan dan ditoskan.

Salutan Lada

2 ulas bawang putih(ditumbuk)
2 sudu besar cili giling
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar cuka
3 sudu besar minyak masak
Bijan(yang dah digoreng kering)
1 sudu besar gula (biar agak manis sikit)

Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan cili giling.  Kacau seketika.
Masukkan sos cili dan gula.
Masukkan cuka dan kacau biar agak keluar minyak.
Masukkan bijan dan .masukkan popia goreng.
Segera tutupkan api dan bolehlah diangkat
(untuk popia goreng sekitar 10 biji)

Friday, 26 October 2012

Popia Goreng

Beberapa ekor uidang segar dikupas kulit dan ekornya dan dipotong kecil
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
Isi ayam (dipotong kecil)
Taugeh
Carrot(dipotong memanjang dan halus)
Lada merah(potong nipis)
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu kecil sos cili
Lada sulah dan lada hitam(serbuk)
Ubi sengkuang(dipotong nipis dan memanjang)
Timun(dipotong nipis dan memanjang)
Kulit popia secukupnya
air biasa
Minyak sedikit untuk menumis

Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kemudian masukkan isi ayam dan udang.
Masukkan sos cili dan sos tomato.
Masukkan sayur taugeh dan carrot.dan lada merah
Masukkan lada sulah dan lada hitam
Tambah sedikit garam dan gula.
Angkat dan ketepikan lebihan cecair/air yang ada bersamanya. Sejukkan
Ambil sekeping kulit popia dan masukkan sayuran dan dimasak, masukkan juga sedikit sengkuang dan timun dan gulung seperti mana kita menggulung ketayap dan kemaskan dengan menyapu air sejuk ditepi gulungan yang terakhir.
Goreng sampai kekuningan dan ditoskan.
Makan bersama sos pencicah.
(mana-mana sayuran yang sesuai boleh ditambah seperti kobis atau juga sayuran campuran)

Tart Keju..Prosesnya..

Ambil sedikit adunan keju dan campurkan dengan 1 sudu teh emulco strawberri, masukkan dalam paping beg dan gunting bahagian hujungnya dan lorekkan seperti gambar di atas(kalau nak cantik lagi haluskan muncungnya..tak la macam yang kak buatkan ini..huhuhuhu)

Ambil pengungkil gigi jenis yang tajam..tarik dari atas seperti di atas..cara buat lorekan tu bergantunglah pada kelembutan dan kesenian tangan masing-masing..yang kak ni janji siap ajeee...

Haaa inilah hasil kerastangan kak yang tak seberapa ini..kak buat kurang cantik tak apa janji dapat sebarkan ilmu yang tak seberapa ini.......

Inilah tart keju yang telah siap dibakar selama 15 - 20 minit dengan suhu sekitar 170 - 180C..bergantung pada ketuhar masing-masing..haaa yang nak mencuba..janji buat lagi cantik daripada yang kak buat ni..


Kulit Tart
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila

1.Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi satu doh.
3. Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan di atasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yang kecil aja)
4. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C  sehingga masak.
5.Cara mengeluarkan kulit tart..yang panas-panas tu lagi , gunakan pengcungkil gigi yang jenis tajam tekan ditepi kulit tart dan ia akan terangkat keluar. 
Untuk tutorial klik ..http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/10/kulit-tart-step-by-step.html

inti 
250gm krim keju
50gm mentega
60gm gula halus
1 biji telur

Pukul krim keju, mentega dan gula hingga kembang.  Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang dan berkrim.
Masukkan ke dalam paping beg dan simpan sedikit untuk dicampur dengan stawberri emulco 
Paipkan krim keju ke dalam kulit tart dan paipkan juga krim keju yang bewarna merah dan dengan menggunakan lidi pengungkil gigi corakkan ia.
Bakar semula selama 20 minit lagi dengan suhu seperti di atas.

Thursday, 25 October 2012

Nasi Paprik

Beberapa ekor udang dibuang kulit dan dibiarkan ekornya
Beberapa hirisan kecil daging ayam
Sedikit bunga kobis
2 batang kacang panjang
sedikit carrot dipotong memanjang
Beberapa batang kacang pea
3 batang ketiak jagung(dipotong/dibelah)
2 ulas bawang putih
Setengah biji bawang besar
Sebatang serai
3 helai daun limau purut
3 biji cili apii
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kiub tomyam(ambil 1/4 dari kiub tersebut)
setengah biji limau nipis (diambil airnya)
Sedikit minyak
Sedikit air

Tumis bawang putih yang telah diketuk dan biar seketika.
Kemudian masukkan serai yang telah diketuk dan  daun limau purut dan cili api yang telah dibelah dua.
Biar naik bau.
Masukkan kiub tomyam dan sos tiram.
Masuklah ayam dan kemudian udang.
Masukkan air limau nipis.
Masukkan bawang besar yang telah dipotong memanjang.
Masuklah sayur-sayur yang telah siap dipotong.
Rasalah masim manisnya serta ada rasa masamnya.
Masukkan sedikit air untuk mendapat sikit kuah.

Di makan bersama nasi putih dan ulam timun beserta sambal belacan

Tuesday, 23 October 2012

Roti Pandan Kelapa




500gm tepung roti(high protein)

240ml air daun pandan
2 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan guna sebahagian aja)
4 sudu besar shortening(lemak sayur)
3 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
4 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)

Inti Kelapa
Kelapa parut dimasak dengan gula, daun pandan, beberapa kuntum bunga cengkih dan dimasukkan sedikit pewarna hijau.  Masukkan juga sedikit air.  Masak seperti hendak membuat inti ketayap.

Cara Membuat adunan roti
1.Masuk semua bahan tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).
2. Kalau guna BM tekan On untuk bread dough dan bila sudah siap boleh ke aturan 4.
3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit).  Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Keluarkan adunan itu dari plastik dan ulilah semula  dan biar jadi bulat. Simpan adunan dalam bekas tertutup atau tutup dengan plastik raping selama 40 minit(kalau boleh letak tempat yang terkena cahaya matahari).  Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi dan diuli biar jadi bulat semula dan bagikan kepada beberapa ketulan kecil dan bulatkan. adunan.dan biarkan selama 10 minit.
5. Masukkan inti kelapa manis pada setiap adunan tersebut dan susun dalam bekas yang telah disapu margerin dan dialas kertas kek(biarkan sedikit berjarak).  Biarkan seketika selama 20 minit.
5. Panaskan oven 180 - 200C dan sebelum dimasukkan kedalam  oven sapukan permukaan roti dengan lebihan telur tadi yang telah dicampur dengan sedikit susu segar/susu cair dan ditabur dengan biji bijan.  Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.  Sapu permukaan atas roti dengan margerin dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas tertutup atau masa panas-panas tu bolehlah dimakan.....

Saturday, 20 October 2012

Sambal Tumis Kerang

300gm isi kerang
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Setengah labu bawang besar
4 sudu besar cili giling
Sedikit belacan
2 sudu kecil asam jawa
Setengah keping gula melaka
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Isi kerang dibersihkan dan ditoskan.
Bawang merah, putih dan halia diblender.
Panaskan minyak dan tumislah bahan blender dan masukkan cili giling.  Tumis biar betul-betul naik minyak, kemudian masukkan belacan.  Kacau lagi dan seterusnya masukkan gula melaka dean air asam jawa.
Masukkan isi kerang.  Kacau hingga masak dan berminyak.
Masukkan gula, garam dan bawang besar yang telah dipotong nipis.
Bila nampak sedikit berkilat bolehlah diangkat.

Kulit Tart Step by step

Tatacara Menghasilkan Kulit Tart












Kaedah 2 untuk memasukkan adunan kulit tart ke dalam acuan tart
Setelah kita ratakan adunan pada dasar acuan tart, kita bolehlah mengemaskan tepinya dengan cara yang sama iaitu menggunakan belakang pisau.


Kulit Tart
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila

1.Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi satu doh.
3. Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan di atasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yang kecil aja)
4. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C  sehingga masak.
5.Cara mengeluarkan kulit tart..yang panas-panas tu lagi , gunakan pengcungkil gigi yang jenis tajam tekan ditepi kulit tart dan ia akan terangkat keluar.  

bagi membuat inti cis dan caranya..sila rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/10/tart-kejuprosesnya.html

Wednesday, 17 October 2012

Daging Black Pepper

Bahan-bahannya
1/3 kilo daging(dipotong nipis dan dibasuh dan ditoskan)
1 sudu teh lada hitam(ditumbuk)
3 biji bawang merah(kisar)
2 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
Garam dan sedikit gula
Sedikit cuka

Gaulkan semua bahan pada daging dan perap seketika

Bahan tumis
Seinci halia(mayang halus)
Selabu bawang besar(potong bulat)
Sebiji biji lada benggala(potong)
Sedikit carrot(potong memanjang)
1 atau 2 sudu teh lada hitam(tumbuk)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
Minyak untuk masak daging

Panaskan minyak dan tumis halia dan masukkan daging.Kalau nampak kering berminyak kena tambah air.
Pastikan goreng sampai daging empuk.
Masukkan lada hitam. sos tiram dan kicap.
Masukkan lada benggala dan bawang besar.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung.  Siap untuk dihidangkan.

Tuesday, 16 October 2012

Kek Keju Tenssey


Kek Sponge
250gm tepung vanilla Sponge Mix
4 biji telur
2 biji putih telur
1 sudu teh ovelete
¼ cawan air
2 sudu besar minyak masak
Caranya
Masukkan semua bahan kecuali minyak masak.  Putar sehingga kembang dan gebu putih.
Masukkan minyak dan kacau biar sebati dan rata.
Panaskan ketuhar.
Alaskan kertas kek pada loyang yang telah disapu margerin(gunakan loyang besar seinci daripada loyang  yang kedua nanti)  Bakar dengan suhu 180C selama 25 - 30 minit.(bakar guna api bawah 5 minit dahulu dan selepas itu guna api atas dan bawah)

Adunan keju
250gm krim keju
2 biji kuning telur
Setin susu cair
Setin buahan campuran
2 cawan air
7 - 10 sudu besar gula(ikut kesukaan)
4 sudu besar tepung jagung

Campurkan  krim keju bersama air sirap buahan dalam tin, air, telur(pukul dengan garfu dahulu), susu cair. gula dan tepung jagung.
Masak sehingga pekat(kacau guna pemukul telur tangan)

Kek sponge dibelah dua dan masukskan satu bahagian pada dasar loyang yang kurang seinci daripada loyang kita bakar kek tadi(kek kita menguncup sedikit bila sejuk)Masukkan adunan keju tadi pada atas kek tersebut. Taburkan dengan sedikit buahan campur tadi.   Ambil sebahagian kek yang satu lagi dan tutup lapisannya.  Tuang lebihan adunan keju tadi ke atasnya dan tabur lagi dengan lebihan buahan campuran tadi. Simpan seketika dalam peti sejuk.  Kek ini seeloknya dimakan dalam gelas puding atau piring.

Sunday, 14 October 2012

Daging Singgang Masam

Suku kilo daging
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Seinci lengkuas (nak lebih pun okey)
3  keping asam gelugur
1 sudu besar cili giling
2 biji lada hijau/merah
1 sudu besar rempah ketumbar
Air secukupnya
gula dan garam

Daging dipotong nipis dan kecil-kecil dan dibersihkan.
Bawang merah, putih, halia dan lengkuas dihiris nipis-nipis.
Masukkan daging bersama air (sebanyak mana ikut kesesuaian) bahan-bahan yang dipotong tadi, asam gelugur, cili giling, ketumbar yang telah diketuk-ketuk(supaya bijinya pecah) dan lada hijau.  Masukkan gula dan garam. Masaklah hingga daging empuk dan menjadi berminyak. Rasalah dan tambah gula dan garam mengikut kesukaan.

Thursday, 11 October 2012

Nasi Lemak

3 cawan beras
3 cawan santan
2 ulas bawang merah
1 inci halia
Sehelai daun pandan
Gula dan garam

Masakkan santan bersama daun pandan, bawang dan halia yang telah dimayang dan dihiris, gula dan garam sehingga sekali mendidih(bila mendidih terus matikan api) Sejukkan
Basuh beras dan toskan dan masukkan santan yang telah dimasak tadi.Masaklah dengan cara biasa atau dalam periuk elektrik sehingga masak..

Sambal Bilis
Secawan ikan bilis
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1/2 keping Gula melaka
belacan
5 sudu besar cili giling
sedikit santan
gula dan garam
3 sudu besar air asam jawa

Blender bawang merah, putih dan halia dengan sedikit air.
Tumis bahan blender dengan minyak masak, kemudian masukkan cili giling dan belacan. Kacau hingga naik wangi. Masukkan air asam jawa, gula melaka, sedikit gula dan garam dan masukkan ikan bilis. Kemudian masukkan sedikit santan dan pastikan sambal bilis kita naik minyak barulah ditutup apinya.

Tuesday, 9 October 2012

Kari Ayam


Seekor ayam yang telah dipotong dan dibersihkan.(bersihkan dengan cuka untuk menghilangkan hanyir)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 ulas buah pelaga 
3 atau 4 sudu besar rempah kari ayam(alagapas atau babas)
1 sudu besar cili giling
setangkai daun kari
2 atau 3 biji cili hijau
4 cawan santan kelapa
2 biji kentang(belah 2)
air asam jawa(3 sudu besar)
gula dan garam dan bahan perasa
minyak masak

caranya
1. Bawang merah, putih, dan halia diblender hingga hancur dan di tumis di dalam  minyak yang panas.kemudian masukkan daun kari dan rempah-rempah kecuali serbuk kari. Biarkan sehingga naik minyak dan berbau wangi. Masukkan cili giling dan biarkan saketika .  Kemudian masukkan serbuk rempah kari dan biarkan ia naik bau(masukkan sedikit air kalau bimbang hangit) dan seterusnya masuklah santan pekat dan seterusnya ayam. dan ubi kentang.    Masukkan air asam, gula, garam dan cili hijau dan masaklah kari ayam sehingga betul-betul mendidih dan naik minyak.

Monday, 8 October 2012

Kek Butter

Bahan-bahannya
1 cawan(200gm) mentega
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
4 biji telur
1 sudu teh vanila

Caranya
Putar mentega dengan gula hingga kembang.
Masukkan telur dan vanila   Putar lagi hingga nampak putih(kembang)
Ayak tepung.
Masukkan tepung ke dalam adunan dan kacau menggunakan senduk.
Panaskan oven dengan suhu 180C
Masukkan ke dalam bekas yang telah dialas kertas kek bersapu margerin.
Bakar selama 50 minit.  (5 minit pertama guna api bawah dan selebihnya guna api atas dan bawah.

Friday, 5 October 2012

Kek Mangkuk Chiffon Pandan

Sumber dari buku Resepi Kek-Kek Mangkuk

Bahan-bahannya
75gm tepung kek(nak guna tepung gandum biasa pun ok)
1/4 sudu teh baking powder
3 biji telur(asingkan putih dan kuning)
1/4 krim of tartar
65gm gula halus
25ml santan pekat(guna santan kotak)
35ml jus daun pandan
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Caranya
Pukul putih telur dengan krim of tartar hingga berbuih.  Kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang dan kental(beku)
Ayak tepung dengan baking powder.
Pukul kuning telur dengan garfu, kemudian masukkan susu, santan, jus pandan, minyak dan tepung yang telah diayak tadi.
Masukkan putih telur tadi ke dalamnya. dan kacau biar rata.
Panaskan oven dengan suhu 170 - 180C.
Susun mangkuk kertas dalam petitin.
Masukkan adunan ke dalam kertas kek mangkuk dan hentak perlahan petitin apabila siap semuanya.
Bakar selama 20 minit. (Pada mulanya bakar guna api bawah selama 5 minit dan tukar kepada api atas dan bawah selebihnya)
# adunan ini hanya mendapat 12 biji kek mangkuk sahaja)
Cara membuat tepung kek
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
Terdapat lagi lebihan sedikit  tpg kek untuk sukatan di atas

Thursday, 4 October 2012

Singgang Kepala Ikan Merah

Bahan-Bahannya
Seketul kepala ikan merah dipotong kecil-kecil
3 ulas bawang putih(dimayang)
3 keping halia
10 keping lengkuas
2 biji lada hijau
3 keping asam gelugur
3 biji bendir
Gula dan Garam
Air secukupnya

Rebus kesemua bahan kecuali bendir sehingga berminyak dan betul-betul mendidih.  Sebelum diangkat masukan bendir.  Biarkan seketika.  Rasa singgang biar ada rasa masin, sedikit manis dan rasa masam.
(Pastikan tidak ada rasa dan bau hanyir)

Bingka Labu

Bahan-bahannya
3 cawan santan
3/4 cawan gula
2 cawan tepung gandum
Sebiji labu madu(rebus dengan sedikit garam dan lenyekkan)
2 sudu besar tepung kastad
3 biji telur
1 sudu teh vanilla
Sedikit garam
Biji bijan
4 sudu besar minyak masak

Cara Penyediaanya
Blender semua bahan kecuali labu.
Kacau bahan blender bersama labu.
Panaskan loyang yang telah di masukkan dengan 4 sudu besar minyak di atas dapur.
Apabila panas masukkan adunan tadi
Sementara itu oven telah dipanaskan terlebih dahulu.
Biarkan adunan atas api seketika dan pastikan ada sedikit bau hangit.
Angkat dan taburkan dengan bijan dan masukkan dalam oven dengan suhu 180 - 200C selama 1 jam.