translate

Saturday, 29 October 2011

mashmellow



resepinya
B - 120ml air sejuk
      50gm geletin halal gel
Guna mangkuk yang agak besar

campurkan keduanya dan biarkan seketika.

A - 120ml air 
      300gm gula pasir
      220gm golden sirap
      sedikit garam (1/2 sudu teh)
      1 sudu teh vanilla
Masak bahan2 A sehingga betul-betul mendidih.  Padankan api.
Masukkan ia ke dalam mangkuk bahan B. 
Putar dengan kelajuan tinggi selama 10 - 15 minit (sehingga betul-betul pekat....orang kelantan kata pekat gelemat).  
Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu terlebih dahulu dengan minyak.
Simpan semalaman dahulu baru boleh dipotong. (nak letak dalam peti sejuk pun boleh)

Cara memotongnya....Sebelum memotong mashmellow sapukan permukaan atas dan bawah mashmellow dengan campuran tepung jagung dan gula ising (kalau nak kurangkan manis 4 tepung jagung 1 gula iasing)  Potonglah dengan pisau pizza atau menggunakan gunting dan biarkan bergaul dengan campuran tepung tadi...selamat makan....

golden sirup..kak beli siap tapi bagi yang nak mencuba membuatnya

200gm gula
50gm air
1kg gula
600gm air mendidih
2 keping lemon

Masak 200gm dengan 50gm air sehingga kuning
selepas itu masukkan air mendidih dan  1kg gula  serta lemon
Masak sehingga 45 minit dan agak pekat.

6 comments:

  1. kak yah...anak2 suka mashmellow nih..
    leh try buat sendiri lah mcm ni..

    ReplyDelete
  2. ank2 sy pun suka...nk tya sikit air sejuk 2 dr peti ais ke?

    ReplyDelete
  3. biasanya kak guna air dari peti sejuk tapi sebenarnya tak kisah..

    ReplyDelete
  4. salam kak yah .. kalau golden sirap tu x leh ganti dgn madu ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu guna madu mungkin mashmellow tak jadi spt yg sepatutnya

      Delete
  5. terima kasih, anak sy suka makan tapi selalu dihalang beli sebab was2, lepas ni boleh cuba buat sendiri...

    ReplyDelete