5 cawan santan(jangan pekat dan jangan cair sangat)
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
Secubit garam1/2 sudu teh perisa rose
Pewarna pink
Caranya
Panaskan santan dan gula sehingga gula menjadi hancur. Sejukkan.
Panaskan periuk pengukus dan pastikan air menggelegak/mendidih dengan api yang kuat.
Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam santan. Masukkan juga garam dan perisa rose. Tapis.
Bahagikan adunan kepada 2 bekas yang berasingan.
Masukkan pewarna pink ke dalam bekas tersebut(satu bekas warnanya lebih terang daripada satu bekas yang satu lagi atau biarkan tanpa warna)
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan dasarnya alas dengan plastik.
Kukus setiap lapisan selama 5 atau 7 minit. Bagi lapisan terakhir kukus selama 10 - 15 minit.
Keluarkan dari pengukus dan sejukkan dan bolehlah dipotong.
salam kak, cantiknya kuih ni. loyang size berapa ye.. akak guna
ReplyDeletew salam..terima kasih..kyah guna loyang 8x8inci.
DeleteComeynyaa...sayang nak makan hehehe
ReplyDelete