translate

Tuesday, 13 January 2015

Pai Epal

Kulit
300gm tepung gandum
120gm mentega (potong dadu)
40gm shortening(potong dadu)
1sudu besar gula ising
1/3 sudu teh garam
3 - 4 sudu besar air sejuk

1 biji kuning telur
1/4 sudu teh esen vanila
1 sudu besar susu segar
Satukan ketiga-tiga bahan tersebut.

Campurkan bersama tepung dengan gula dan garam.
Masukkan mentega dan shortening.
Gaulkan kesemua bahan supaya menjadi serbuk roti(gaul dengan hujung jari sahaja dan naik ke atas)
Masukkan air sejuk dan campuran telur.
Uli supaya menjadi doh yang lembut.
Masukkan ke dalam plastik dan simpan dalam peti ais selama 20 minit.
Keluarkan dan bahagikan ke pada 2 bahagian.
Canai doh menggunakan 2 keping plastik(bawah doh dan atas doh)
Masukkan ke dalam bekas pai dan kemaskan.
Masukkan inti pai epal dan ketulan doh yang satu lagi dicanai seperti yang pertama dan digunakan untuk menutupi permukaan pai(boleh guna kreativiti sendiri)
Sapu dengan telur yang telah dipukul dengan sedikit susu segar/cair di atas permukaannya.
Bakar selama 40 minit dengan suhu 170C atau sehingga masak.