translate

Sunday, 20 January 2019

Laksa Siam

Bahan-bahannya
Sebungkus laksa siam atau laksa biasa

Kuahnya
6 ekor ikan selayang
2 keping asam gelugur
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
seinci lengkuas
Sedikit halia
2 batang serai(potong pendek)
1/2 inci kunyit
Setengah kuntum bunga kantan(potong pendek)
1/2 sudu teh lada hitam
5 biji cili padi

Belacan
4 helai daun limau purut
2 biji limau nipis
1/2 sudu besar sos sotong/ikan
1 sudu besar cili giling
Setengah kilo santan

Ikan direbus dengan sedikit air dan dimasukkan sekali asam gelugur dan semua bahan untuk kuahnya.
Masukkan juga sedikit garam.
Biarkan mendidih,  Matikan api.
Keluarkan ikan dan asam gelugur, (perisikan ikan - kisar isi ikan dan tulang2nya juga dikisar berasingan dan ditapis)-  campurkan keduanya dan Ketepikan.
Bahan-bahan lain yang telah direbus tadi dikisar bersama sedikit belacan dan daun limau purut.
Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar tadi.
Masukkan juga cili giling.
Bila naik bau masukkan ikan yang telah dikisar tadi.
Masukkan santan.
Masukkan asam gelugur(kyah guna yang rebus tadi dan tambah 2 keping yang baru.
Masukkan juga sos sotong dan jus limau nipis.
Letak gula dan garam.
Biarkan sehingga masak.

Bahan ulam
Kacang panjang(potong panjang)
Timun(potong panjang)
Bunga kantan(hiris halus)
Daun selum

1 comment:


  1. تبحث عن شركة متخصصة فى خدمات التنظيف بالدمام بافضل المعدات والسوائل وثقة تمة فى العمل ودقة فى النتائج كل هذه المميزت توفرها شركة الجنرال الشركة الافضل والامثل فى الخدمات المنزلية بالدمام وبما اننا الشركة الافضل والامثل بدون منافس سوف نسعى لتوفر افضل الخدمات باقل تكلفة وبقدر كبير من الاهتمام والدقة عزيزى اينما كنت فى اى منطقة ا وحى تابع لمدينة الدمام اتصل بنا وسوف نصلك فى الحال شركة االجنرال للخدمات المنزلية
    شركة نقل عفش بالدمام

    شركة تسليك مجاري بالدمام

    شركة مكافحة حشرات بالدمام

    شركه تنظيف منازل بالدمام ومجالس وكنب وشقق

    شركه مكافحه نمل ابيض بالدمام بافضل المبيدات

    شركه تنظيف مجالس وكنب بالدمام بافضل مواد التنظييف

    شركه تنظيف خزانات بالدمام مع التعقيم والغسيل

    شركه تنظيف سجاد بالدمام

    شركه تنظيف شقق بالدمام وفلل وقصور



    ReplyDelete