translate

Sunday, 12 June 2011

Singgang Ikan Muduk

Singgang Kepala Ikan Muduk.

Bahan-bahannya

Kepala ikan mudiuk
2 inci lengkuas
Sedikit halia
3 /4 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
4 keping asam gelugur(keping)
beberapa biji bendir
beberapa biji cili hijau
Beberapa biji cili api

Cara-caranya

1. Kepala ikan yang telah dibersihkan dan dicuci dengan air asam jawa dimasukkan ke dalam periuk yang berisi air dan direbus bersama  lengkuas, halia dan bawang putih  yang telah dihiris nipis.
2. Masukkan juga asam keping, cili hijau , cili api, garam dan bahan perasa.  Masakkan biar mendidih.  Bila mendidih masukkan pula kacang bendir dan bawang besar yang telah di hiris nipis..  Biarkan mendidih lagi seketika.

Thursday, 9 June 2011

Asam pedas kepala ikan merah

Bahan-bahan
Kepala ikan merah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
kunyit
3 sudu besarcili giling
3 helai daun limau purut
2 batang serai
daun kesum
sekumtum bunga kantang
air asam jawa
gula dan garam
(kalau nak masukkan cili hijau dan bendir pun tak kisah)

Cara-caranya
1. Bawang merah, putih, halia dan aedikit kunyit di blender.
2. Tumiskan bahan blender tadi bersama cili giling, daun limau purut dan serai yang telah diketuk.
3. Apabila naik bau masukkan air asam jawa.
4. Masukkan ikan tersebut dan seterusnya bunga kantang dan daun kesum dan lada hijau.  Apabila mendidih masukkan garam dan bahan perasa dan seterusnya bendir.  Biarkan mendidih dan naik minyak.

Wednesday, 8 June 2011

Nasi Kerabu Kuning



Nasi Kerabu Kuning
3 cawan beras
3 cawan air
Sehelai daun Kunyit
Sehelai daun pandan
4 helai daun limau purut
1/2 sudu teh serbuk kunyit

Masaklah nasi seperti biasa kita menanak nasi.


Tumis untuk nasi kerabu
Bahan-bahan..
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
sebatang serai
2 sudu besar cili boh
sedikit kunyit
2 keping asam keping
gula melaka(ikut rasa)
sedikit belacan
santan pekat (2 cawan)
minyak untuk menumis dan garam secukup rasa

Cara-cara nya
1.Bawang merah, putih, halia diblender.
2.Tumiskan bahan blender tadi . Apabila naik bau masukkan cili kisar tadi,serbuk kunyit, serai yang telah dikatak dan asam keping tadi. Masakkan seketika kemudian masukkan belacan dan gula melaka dan kacau seketika.
3.Masukkan santan dan garam mengikut rasa...biarkan mendidih dan jika terlebih pekat masukkan sedikit air panas (tips...tumis kita akan nampak cantik dan berminyak jikalau dimasukkan sedikit air panas dalam masakan tadi). Biarkan mendidih sedikit lama sedikit. Biarkan nampak pekat dan berminyak.

Sambal ikan
Bahan-bahannya
4 ekor ikan selayan( ikan sardin) yang sederhana besarnya.
4/5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
sedikit halia
sebatang serai
1 sudu besar lada hitam
1 cawan kelapa goreng
4/5 keping asam keping
gula dan garam

cara-caranya
1. Ikan dibersihkan dan durebus bersama asam keping dan garam Sejukkan
2. Buang tulangnya dan menggunakan tangan dihancurkan isi ikan tersebut dan selepas itu digoreng kering seketika(boleh juga semasa digoreng ini dimasukkan sedikit lada sulah)
3. Bawang merah, putih, halia dan serai(potong kecil2 dahulu) ditumbuk bersama lada hitam. Apabila lumat masukkan gula dan garam.Hancurkan.
4. Kelapa kering ditumbuk(jika ianya agak kasar) kemudian masukkan bahan yang ditumbuk  dan isi ikan yang digoreng kering tadi. Gaulkan semuanya.
5. Rasalah (kalau tidak cukup rasanya masukkan garam dan ajinomoto(jika mahu).
6. Bawang besar dihiris dan diramas-ramas sebelum dimasukkan dalam sambal ikan kita tadi.


Budu
Masak bersama sekeping asam keping, sedikit gula melaka.cili api yang ditumbuk sedikit,sedikit halia.seditkit serai dan sedikit bawang merah. Biar mendidih seketika.

Sambal lada
Beberapa biji Cili api(burung) dan seulas bawang putih, 2 sudu besar cuka, sedikit air masak, gula dan garam. Semua bahan ditumbuk dan apabila sedikit hancur masukkan cuka dan air tadi.

Ulam-ulaman(kerabu)
Kobis,kacang panjang, taugeh.\, bunga kantang, daun kesum, bawang besar, serai. Dihiris halus-halus.

Daging bakar
Daging dipotong besar-besar dan diperap bersama bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan serai yang diblender. Masukkan sedikit garam, sedikit cuka dan asam jawa dan sedikit minyak. Biarkan seketika.
Bakar sehingga masak.

Saturday, 4 June 2011

Udang goreng Tempura

Baha-bahan
Beberapa ekor udang sederhana besar(dikupas kulit dan dibiarkan ekornya)
seulas bawang putih(ditumbuk)
lada sulah
putih telur
tepung tempura

Cara
1. Udang dicuci dan dilumur dengan bawang putih dan lada sulah.
2. Tepung tempura dicampur dengan putih telur, sedikit lada sulah dan sedikit air(jangan pekat dan cair sangat).
3. Celupkan dengan udang tadi dan digoreng hingga kekuningan.

Friday, 3 June 2011

Kerapu masak Nyonya (Kukus)



Bahan-bahan
Seekor kerapu sederhana besar(dibuang tulang dan disapu dengansedikit garam,lada sulah dan seulas bawang putih yang telah ditumbuk)
sos/kuah
2 batang serai
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
beberapa biji cili padi
3 helai daun limau purut
(bahan-bahan ini diblender atau ditumbuk)
sekeping asam keping
2/3 sudu besar sos tiram
gula/bahan perasa
1.Bahan-bahan yang diblender ditumis dengan sedikit minyak apabila berbau wangi masukkan asam keping, sos tiram dan bahan perasa.
2.Sediakan dan panaskan pengukus. Ikan tadi diletakkan dalam bekas yang boleh dikukus dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumis tadi dan kukuslah selama 20 minit.

roti dan tart

 roti bun
Resepinya:
500gm tepung roti(high protein)
200ml air suam(kalau uli guna tangan 220ml)
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan guna sebahagian aja)
3 sudu besar shortening(lemak sayur)
2 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla
4 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)

1. masuk semua bahan tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).
2. Kalau guna MB tekan On untuk bread dough dan bila sudah siap boleh ke aturan 4.
3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit).  Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Simpan adunan dalam bekas tertutup atau kain sedikit lembab selama 40 minit(kalau boleh letak tempat yang terkena cahaya matahari).  Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi dan diuli biar jadi bulat semula dan bahagilah adunan menjadi bulatan-bulatan yang kecil (20 biji pun ok)
5. Letak di dalam bekas yang telah disap[u margerin dan dialas dengan kertas minyak dan adunan roti disusun sedikit berjarak dan biasanya dalam bekas yang sederhana besar kita kena sediakan beberapa adunan.Biarkan seketika dan biasanya sekiitar 20 minit dan selepas itu panaskan oven 180 - 200C dan sebelum dimasukkan kedalam  oven sapukan permukaan roti dengan lebihan telur tadi yang telah dicampur dengan sedikit susu segar/susu cair dan kalau suka taburkan bijan atau kelapa kering atau apa-apa aja dan kalau suka juga roti tadi boleh diletak dengan apa-apa inti.  Bakar selama 20 minit dan bila masak keluarkan dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas tertutup atau masa panas-panas tu bolehlah dimakan.....



 nak biar kosong atau pun taruh inti pun boleh
tart telur boleh ditukar dengan apa-apa inti seperti keju dan lain-lain.

Bahan Pastri
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula kastor
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila
caranya
Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga kembang.
Masukkan tepung gandum dan adun supaya menjadi doh yang sebati.  Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart dan lebihan adunan yang terkeluar melebihi bekas acuan tart dibuang dengan diratakan  menggunakan belakang pisau.  Bakar selama 20 minit dengan menggunakan redai pembakar paling bawah sekali dalam oven.

Inti Telur
6 biji telur
480ml air
160 gula pasir
80ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
caranya
Campurkan semua bahan di atas (telur sebelum dicampurkan pukul ia dahulu dengan garfu).  Masak di atas api yang kecil dan apabila pekat bolehlah diangkat dan dbiarkan sejuk.

Masukkan inti telur ke dalam kulit tart dan bakar ia selama 20 minit dengan suhu 180C(mengikut jenis oven) dan inti telur ketika dikeluarkan dari oven kelihatan masih cair tetapi akan beku apabila mulai sejuk.

Thursday, 2 June 2011