Roti Jala
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula
sedikit garam
2 1/2 cawan air
sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning
Sebiji telur
Adunkan semua bahan tersebut dan ditapis untuk mendapat adunan yang tidak berketul-ketul.
Dengan menggunakan bekas roti jala kirailah ia dalam kuali yang disapu sedikit minyak dan apabila masak boleh digulung berintikan serunding daging.
Inti Serunding Daging
2 cawan serunding daging
6 ulas bawang merah(kisar)
4 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit Halia(kisar)
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar rempah kari daging
2 sudu teh air asam jawa
Sedikit minyak untuk menumis
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
Naik bau masukkan cili giling. Kacau seketika.
Masukkan rempah kari dan air asam jawa.
Kacau hingga naik minyak.
Masukkan serunding daging dan kacau hingga serata dan kering.
Tambah gula dan garam jika perlu.
great idea !
ReplyDelete